facebook instagram

Monday, 10 June 2013

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Bismillah...

PCOS (sebutan: Pikos) ialah sejenis keadaan bg seorang wanita yg mengalami ketidak seimbangan hormon (hormone imbalance). Ketidak seimbangan hormon ini boleh menyebabkan perubahan pada kitaran haid, cyst dalam ovari, sukar hamil dan lain-lain masalah kesihatan. Statistik pada tahun 2004 menunjukkan di US sahaja, terdapat lebih dari 7 juta wanita mengalami PCOS. Manakala di negara kita, terdapat lebih dari 500 ribu yang mengalami PCOS.
*Saya sedang mencari statistik terbaru. Saya akan update bila jumpa.

Perbezaan antara ovari normal dan ovari PCOS
credit


Mengapa PCOS Terjadi
PCOS dikaitkan dengan perubahan pada hormon-hormon berikut:
- Estrogen dan progesterone -> hormon orang perempuan yang membantu ovari membebaskan telur
- Androgen -> hormon orang lelaki tapi perempuan ada sikit hormon ni

Kebiasaannya, telur yg telah matang akan dibebaskan sewaktu datang haid. Tapi, sebaliknya berlaku bagi penghidap PCOS atau lebih dikenali sbg PCOS-er dikalangan blogger TTC. PCOS-er tidak dapat membebaskan telur yg telah matang keluar dari ovari. Akibatnya, cyst boleh terbentuk dalam ovari. Secara tidak langsung, boleh menyebab ketidaksuburan(infertility)

PCOS boleh dialami oleh gadis remaja, setelah mereka mula period. Wbp, kebanyakan PCOS-er didiagnose dalam lingkungan umur 20an dan 30an.

Simptom PCOS
#Perubahan pada kitaran haid
- Tidak period. Setelah period kali pertama atau beberapa kali period yang normal
- Period tidak tetap. Ciri-ciri: Sekejap ada, sekejap takda, sekejap byk, sekejap sikit.
#Ciri-ciri seperti orang lelaki terbentuk
- Bulu tumbuh di badan seperti di dada, puting, muka, perut
- Saiz payudara mengecil
- Clitoris membesar
- Rambut semakin nipis. Macam org lelaki, botak di tengah2 kepala
- Suara menjadi semakin dalam
#Perubahan pada kulit
- Jerawat semakin teruk
- Sekitar ketiak, groin, leher dan payudara menjadi hitam dan berkedut
#Berat badan bertambah atau obesiti
#Sukar hamil

Jika ada tanda-tanda di atas, sila pergi berjumpa doktor pakar sakit puan secepat mungkin.

Doktor akan menjalankan beberapa jenis ujian berikut bagi mengesan PCOS selain dari pelvic laparoscopy dan vaginal ultrasound:
  • Estrogen level
  • FSH level
  • LH level
  • Male hormone (testosterone) level
  • 17-ketosteroids
  • Fasting glucose (blood sugar) and other tests for glucose intolerance and insulin resistance
  • Lipid level
  • Pregnancy test (serum HCG)
  • Prolactin level
  • Thyroid function tests

Rawatan yang biasa dicadangkan
1. Kurangkan berat badan
- mengurangkan berat badan dapat merawat perubahan hormon dan penyakit lain spt diabetes, darah tinggi dan kolesterol
2. pil perancang kehamilan (birth control pill) utk tetapkan kitaran haid
- ubat diabetes (selain dari mengawal diabetes, ia juga digunakan utk tetapkan kitaran haid dan membantu mengurangkan berat badan)
3. LH-releasing hormone (hormon bagi membebaskan hormon lutein)
4. clomiphene citrate (bagi pertumbuhan ovari dan membebaskan telur. Ubat yg biasa digunakan ialah Clomid)

Tahukah anda Shaklee GLA selain dari boleh menetapkan kitaran haid, ia juga boleh menurunkan paras gula bagi pesakit diabetes?


Rujukan:
http://www.clearpassage.com/what-we-treat/infertility/polycystic-ovarian/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001408/#adam_000369.disease.causes
http://www.rightdiagnosis.com/p/pcos/stats-country.htm

No comments:

Post a Comment

blogger template