facebook instagram
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

Friday, 27 February 2015

Bismillah...

Bulan lepas, saya telah dikejutkan dengan berita seorang rakan sebaya (berusia 35 tahun) telah diserang strok. Ketika entri ini ditulis, beliau telah pun menghembuskan nafasnya setelah koma selama 2 minggu. Meninggalkan suami dan seorang anak berusia 9 tahun

Kejadian ini membuka mata saya, strok bukan ekslusif kepada golongan yg berumur sahaja. Apa yg terjadi pada rakan saya telah membuktikan bahawa strok juga menyerang golongan muda di bawah 40-an. Tapi, bagaimana ia boleh berlaku? Saya jarang menulis entri yg tentang penyakit serius/kritikal sebab jujurnya saya mengaku, memang saya tak ambil kisah langsung pasal strok sebelum ini. Jika anda juga macam saya yang tak pernah ambil tahu tentang strok sebelum ini, luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini. Kenali simptom-simptom strok agar langkah pencegahan ataupun rawatan awal dapat dilaksanakan.

Apa itu STROK?
Strok atau serangan angin ahmar berlaku apabila saluran darah yg membawa bekalan oksigen dan nutrien ke otak, terganggu akibat dari gumpalan dalam saluran darah(blockage) atau saluran darah pecah/koyak. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yg secukupnya, sel otak akan berhenti berfungsi. Seterusnya, menyebabkan pesakit berada dalam keadaan koma.

Contoh arteri yg 95% tersumbat/terhalang (artery blockage)


TIADA Tanda-tanda Awal
Hasil daripada pembacaan saya, TIADA tanda-tanda awal strok yg jelas. F.A.S.T ialah cara mengesan strok tetapi apabila serangan strok hampir berlaku. Tetapi, dengan mengenal pasti punca-punca berlakunya strok dapat membantu mengurangkan risiko untuk serangan strok berlaku.


Punca-punca Strok
- Umur/lanjut usia
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Merokok
- Genetik

Saya tidak pernah nak ambil tahu tentang punca-punca strok seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi sebab alasannya - Saya Masih Muda. Kejadian yg berlaku kepada rakan saya ini, menyedarkan saya bahawa strok tidak mengenal usia.

Jadi, apakah yg boleh kita lakukan bagi mencegah punca-punca strok?
- Bersenam
- Berhenti merokok/minuman beralkohol
- Amalkan gaya hidup sihat
- Jaga pemakanan
- Buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara berkala


Supplemen Shaklee yg berikut amat baik untuk memelihara kesihatan jantung:
- VIVIX
- OMEGA GUARD
- PHYTOCOL ST
- COQ HEALTH

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma
sms/whatsapp : 019-4587610
facebook : beautecology






 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 8 July 2014

Bismillah...

Ya, bukan barah payudara atau kanser servik tetapi PENYAKIT JANTUNG ialah pembunuh nombor satu wanita di dunia.

Dulu-dulu, penyakit jantung sangat sinonim dikalangan warga emas. Tetapi penyakit jantung sekarang tak mengenal usia. Banyak kes yg berkaitan penyakit jantung seperti serangan jantung, darah tinggi melibatkan golongan muda di bawah usia 40-an. Kenapa ini berlaku?

Antara punca yg menjadi punca sakit jantung ialah faktor gaya hidup seperti :
- pemakanan tidak sihat
- merokok
- minum arak
- tidak bersenam
- kurang tidur yg berkualiti
- berat badan berlebihan
- tekanan di tempat kerja

http://theconversation.com/stress-and-unhealthy-lifestyle-linked-to-heart-disease-14377

Langkah pencegahan awal yg paling mudah ialah dengan MENGUBAH cara hidup dari aspek pemakanan. Makan di luar pada hari ini seakannya seperti telah menjadi budaya hidup sebab ia mudah dan senang didapati. Anda tiada kawalan terhadap jumlah garam, gula, perisa dan perasa tiruan yg digunakan. Anda juga tiada kawalan terhadap jumlah makanan yg diproses yg digunakan. Bukan itu sahaja, anda juga tiada kawalan ke atas mutu bahan mentah yg digunakan.


8 Diet yg sihat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

1. Kawal bahagian (portion) pengambilan makanan
- jangan ambil lebih daripada yg diperlukan
- ambil tahu jumlah kalori supaya tidak lebih dari 1800 kalori sehari

2. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- bahan dalam sesetengah sayuran dan buahan dapat menghalang penyakit kardiovaskular
- ambil buah-buahan bagi emenggantikan snek/makanan ringan jika masih tidak kenyang

3. Pilih bijirin penuh (Whole Grain)
- kaya dgn fiber dan nutrien yg memainkan peranan penting dalam kestabilan tekanan darah dan kesihatan jantung
- gantikan beras biasa kepada beras perang, roti putih kepada wholemeal,
- kurangkan makanan berasaskan tepung gandum

4. Kawal paras kolesterol dan pengambilan lemak tidak sihat
- pengambilan lemak tepu(saturated) dan trans(trans fat) adalah lebih baik dari jenis lemak lain

5. Pilih protein rendah lemak
- ikan ialah pilihan protein yg terbaik selain dari kekacang dan bijian

6. Kurangkan pengambilan garam
- hanya satu sudu kecil garam sehari utk dewasa yg sihat

7. Rancang pemakanan anda lebih awal
- sediakan menu harian

8. "Special Treat " sekali sekala
- jika teringin, seminggu sekali adakan "cheat day" untuk menikmati makanan seperti kek, kentang goreng dan lain-lain

Pengambilan suplemen Shaklee juga dapat MEMBANTU mencegah dan mengatasi masalah berkaitan penyakit jantung.

  • VIVIX - mengandungi resveratrol mengatasi segala masalah berkaitan penyakit jantung termasuk kolesterol, darah tinggi, strok dan lain-lain
  • OMEGA GUARD - mengandungi Omega-3 yg dapat merendahkan kadar lemak dalam darah atau trigliserid
  • PHYTOCOL ST - menurunkan paras kolesterol
  • GARLIC - membantu mengekalkan tekanan darah dan kolesterol yg normal 
  • CoQ10 - membantu menurunkan tekanan darah


Bertindak SEGERA kawal dan jaga kesihatan jantung anda.

shaklee jantung

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut"
whatsapp/sms: 0194587610
pm : facebook.com/messages/beautecology



 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template