facebook instagram

About Me



Assalamualaikum/salam sejahtera.

Anda tengah mencari cara-cara yang selamat untuk menjadi lebih cantik dan lebih sihat, kan? Samalah kita, welcome to the blog.

Kadang-kadang kita ni pakai hentam je makan produk itulah, guna produk inilah. Tapi kita jarang nk kaji apa kesannya dalam jangka masa panjang dan apa jadi bila kita stop guna produk itu. Kadang-kadang juga kita guna/makan sesuatu produk sebab kita baca testimoni - "Dalam seminggu je kulit saya jadi putih melepak dan berseri-seri selepas makan produk xxx" (padahal kulit kita ni sejak azali hitam manis kan?). Pernah tak terfikir apalah bahan-bahan yang digunakan, sekejap je dah boleh nampak kesannya kan?

Salah satu tujuan blog ini ialah untuk saya berkongsi cara, produk dan tips yang pernah/sedang saya gunakan. Dan yang penting sekali SELAMAT digunakan. Tapi saya akan lebih fokus kepada jenis produk yg kita makan atau supplements. Bukannya apa, sebelum ini pun saya tak kisah pun dengan supplements ni. Sebab saya ingat, kalau nak kulit cantik gunalah cleanser, moisturiser, whitening cream, night cream, eye cream, exfoliator dan bermacam-macam jenis cream lagilah. Kalau tak berkesan, tukarlah dari brand A ke brand B ke C dan seterusnya.

Alkisahnya, setahun yg lepas, saya discover yang kulit saya ini sensitif. Jadi, bermulalah pencarian produk organik/natural - paraben, sulphate, silicone free. Dan bermulalah cycle yang sama melompat dari brand X ke brand Y ke brand Z dan seterusnya. Adalah kesan tapi sangatlah minimum. Kadang-kadang rasa macam tak berbaloi spend beratus-ratus hengget kan. Saya pun mulalah buat research sana sini, kenapa jadi macam tu. Kebanyakan write-up yang saya jumpa, recommend untuk amalkan pemakanan sihat dan supplements untuk repair kulit dari dalam di samping penggunaan produk luaran. Pemakanan sihat tu macam susah kan nak buat? Hehe... Meanwhile, supplements macam senang sikit nak buat. Tapiiiiiii....nak makan supplements apa???

Jadi, bermulalah pulak pencarian saya untuk supplements yang sesuai dan SELAMAT. Satu je habit saya ni dari dulu, saya memang tak guna produk indie contohnya produk yang byk dijual di internet dan toko jamu. Sebabnya, saya ada pengalaman ngeri dengan produk indie ni, yang kalau boleh memang rasa nak saman company tu. Lain kalilah saya cerita pasal tu, insya allah. Sambung balik pasal pencarian supplements yang selamat ni. Kat facebook saya, punyalah ramai kawan-kawan yang jual Shaklee ni. Yang saya perasan, ramai yang guna untuk tujuan breastfeeding. Memula saya ignore tapi saya start baca sikit-sikit pasal Shaklee ni. Rupanya, banyak lagi supplements Shaklee ni yang boleh digunakan oleh sesiapa je. Shaklee ni dah lama ada, lebih 50 tahun pun. Banyak clinical researches yang Shaklee dah buat, natural, halal dan diluluskan oleh kementerian kesihatan. Kesimpulannya, SELAMAT. Tanpa berlengah lagi (ecehhh..), saya pun mula makan set Sinus (B Complex, Vitamin C dan Alfalfa) and kulit/skin (GLA/Vitamin E). Kesannya, tak nampaklah dalam masa seminggu kan. Tapi lepas sebulan tu, gatal-gatal pun kurang, kulit jadi lebih lembut walaupun masih ada parut (ini supplements, bukan magic potion), kulit kurang berminyak dan tak kering lagi. Lepas tu, saya start amik ESP pulak. ESP ni lagi marvelous actually, kedut-kedut/dark circle pun dah kurang.

To date, saya dah guna Shaklee selama 3 bulan. Tapi saya masih lagi guna produk penjagaan muka yang organik/natural. So, itulah sedikit sebanyak yang mendorong saya untuk memulakan blog ini.

In short, saya ialah seorang:
- ibu kepada 2 anak
- isteri yang bekerja di Pulau Pinang
- pengguna tegar produk organik/natural
- pengguna Shaklee
- Shaklee Independent Distributor - Id: 921151







No comments:

Post a Comment

blogger template