facebook instagram
Showing posts with label Vitamin untuk Kurus. Show all posts
Showing posts with label Vitamin untuk Kurus. Show all posts

Tuesday, 14 April 2015

"Dah berdiet dan bersenam tapi berat badan turun sikit saja. Lepas tu, tak turun-turun dah. Saiz pinggang dan perut pun sama saja, takda perubahan"

Anda mengalami situasi seperti di atas? Saya sarankan anda periksa pengambilan protein dalam pemakanan seharian anda.

Mengapa PROTEIN, bukan Karbohidrat?
- Protein boleh memberikan rasa kenyang yg berpanjangan berbanding karbohidrat atau lemak
- Protein membantu mengekalkan dan membina otot
- Protein menggalakan pembakaran lemak


Protein yang bagaimana?

Protein sahaja tidak mencukupi untuk anda yg mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan. Anda perlukan PROTEIN yg dilengkapi dengan LEUCINE. Ini kerana , leucine atau leusina sejenis asid amino yang bukan sahaja menggalakkan pembakaran lemak tetapi turut memelihara dan membina OTOT


Mengapa OTOT penting untuk menguruskan badan dan perut?

Dalam proses menurunkan berat badan, kita tak sedar yg otot kita turut HILANG sepanjang proses itu. Hilang disebabkan bersenam dan kekurangan kalori. Tanpa otot yang mencukupi, metabolisme akan menurun dan memperlahankan pembakaran kalori. Impaknya, kita sukar menurunkan dan mengekalkan berat badan.

CINCH Shake 
"Minuman protein dengan LEUCINE"



TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE CINCH

"Mula2, saya pun tak yakin boleh turun berat badan sebab sebelum ni banyak juga produk saya ambik tapi failed. And alhamdulillah Shaklee merealisasikan impian untuk jadi kurus" - Harijah

"My customer lost 13 kg after consumed Omega, Cinch and Herb Lax. Tengah hari lunch macam biasa dan malam minum Cinch " - Sue




Kajian/Study Tentang Leucine
Leucine bukannya ditambah secara suka-suka tapi berdasarkan kajian. Dalam satu kajian yg dijalankan selama 10 minggu, melibatkan 2 kumpulan wanita, leucine telah dibuktikan membantu untuk menurunkan berat badan tanpa kehilangan otot. Kedua-dua kumpulan ini hanya dibenarkan mengambil 1,700 kalori sehari tapi bezanya:
Kumpulan 1 - mengambil diet TINGGI protein dengan tambahan leucine
Kumpulan 2 - mengambil diet rendah protein tetapi tinggi karbohidrat

Keputusan selepas 10 minggu:

Kedua-kedua kumpulan telah berjaya mengurangkan 16 pounds secara purata. TETAPI : 
Kumpulan 1 - hilang LEBIH BANYAK lemak, ukurlilit/inci dan mengekalkan otot
Kumpulan 2 - lemak dan ukurlilit/inci yg hilang kurang dari kumpulan 1. otot yg hilang lebih banyak dari kumpulan 1



PROMO SET SLIMMING INCH LOSS
*sah sehingga 30 April 2015 sahaja



SMS/Whatsapp SEKARANG untuk dapatkan 3 FREE GIFT EKSKLUSIF *
⇩⇩⇩⇩⇩
1. E-book Resipi Marvellous ESP❤❤ 
2. Shaklee Herblax (Trial set)
3. Shaker

SMS/Whatsapp : 019-4587610 
ATAU  
PM facebook : Beautecology

*hanya di Beautecology
*sementara stok masih ada
*sah dengan setiap pembelian Set Slimming InchLoss


 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 1 April 2014

Bismillah...

Terdapat dua jenis lemak dalam badan kita ni iaitu, visceral dan subcutaneous. Subcutaneous ialah lemak yg berada di bawah permukaan kulit spt bertumpu di pinggang, punggung dan dada. Manakala visceral ialah lemak yg berada jauh dalam perut, di celah-celah organ kritikal dalam badan kita. Antara dua ini, visceral adalah lemak yg lebih merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kegagalan organ. Dan kerana visceral terletak di bahagian dalam, jadi memang MUSTAHIL untuk dihilangkan dengan krim, lotion mahupun spray. Ia hanya boleh dihilangkan dengan 3 cara ini:
- Kawal pemakanan
- Senaman
- Pengambilan Supplemen/Set Kuruskan Badan

Set Kuruskan Badan Shaklee
Set Kurus Shaklee menggunakan 3 langkah iaitu 3B:

1. BUANG - Shaklee Alfalfa/Herblax
Kenapa perlu buang atau detox? Lemak yang telah dibakar perlu dibuang keluar dari tubuh. Jika dibiarkan tersimpan walaupun sudah dibakar, lemak tadi akan diserap kembali oleh tubuh. Detox juga perlu untuk usus besar yg bersih. Jika tidak, nutrien tidak dapat diserap oleh tubuh. Badan akan hantar isyarat yg ia perlukan nutrien (masih lapar), maka kita pun makan dan makan lagi. Entri pasal perut buncit ni ada cerita in detail kaitan usus besar dengan selera makan. Alfalfa berperanan sebagai agen detox kesulurhan, melawaskan sistem pencernaan dan sangat bagus utk yg ada sembelit

2. BAKAR - Shaklee OmegaGuard/Lecithin
Lemak perlu dibakar supaya dapat dikeluarkan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jika tidak dibakar atau diuraikan, maka berkepuklah lemak di dalam badan kita. Bila dah penuh kat pinggang, punggung, peha...lemak tu akan melimpah ruah ke bahagian organ penting badan kita yakni visceral fat. Bahaya tu dek non, risiko utk kena darah tinggi, kencing manis dll tu memang ada. OmegaGuard ni lagi satu kelebihannya, boleh kawal selera makan kalau kena cara makannya.

3.BINA - Shaklee Cinch/ESP
Bina di sini ialah bina otot bagi menggantikan lemak yang telah dibuang tadi. Kalau lemak tidak digantikan dengan otot, maka terjadilah kulit menggeleber dan tidak firm. Penat-penat je turunkan berat badan, tapi body tak mantap dan pejal. Cinch ni kaya dengan protein dan leucine yang boleh menukarkan lelemak kepada otot.



shaklee untuk kurus



Baru-baru ni ternampak produk SPRAY BAKAR LEMAK. Biar betul, spray je boleh bakar lemak? Dah tu, kenapa la banyak lagi orang yg obesiti kalau dah senang sangat nak bakar lemak. Hmmm...terbayang kambing yg di barbeque dan lemaknya yg menitis-nitis. Gitu ke kekdahnya?

Pilih set/supplemen kurus yg selamat untuk dimakan mahupun digunakan. Ada yg menjanjikan berat badan akan turun dalam masa 2 minggu sahaja tetapi bahan yg digunakan adalah sejenis dadah yg bukan sahaja boleh menyebabkan kegagalan organ tetapi juga kematian.

Set Kurus Shaklee ni saya dah guna lebih dari setahun. Tiada penurunan berat yg mendadak tetapi berat badan saya stabil dan perut saya tidak lagi buncit seperti dahulu. Ini bermakna, visceral fat telah pun berkurang. Selera makan juga terkawal dan saya tidak lagi teringin makan makanan yg merapu sebab badan saya menerima nutrien yg secukupnya. Mahukan perubahan yg sama?
Call/SMS/Whatsapp : 0194587610

Testimoni Set Kurus Shaklee Turunkan Berat Badan

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 6 March 2014

Bismillah...
“Teringin nak makan coklat kek kat secret recipe”
“Dah tengah malam ni, lapar pulak. Nak makan biskutlah”
Jika anda kerap mengalami dua situasi di atas, teringin(craving) nak makan yg manis-manis dan makan di tengah malam, anda mungkin mempunyai masalah LEPTIN.
Leptin merupakan ketua segala hormon yang mengawal rasa lapar dan rasa kenyang. Leptin dirembeskan oleh tisu lemak. Jadi, jika lemak dalam badan tinggi makan kadar leptin juga tinggi. Kadar leptin yg tinggi dan diiringi dengan KERINTANGAN LEPTIN, boleh menyumbang kepada KETIDAKSUBURAN, obesiti dan cepat tua. Antara masalah lain yg boleh dikaitkan dengan kerintangan leptin ialah tekanan darah tinggi, obesiti, strok dan kadar insulin tinggi.
Antara simptom kerintangan leptin ialah sukar menurunkan berat badan dan sukar nak mengekalkan perubahan untuk menjadikan tubuh lebih sihat.
Faktor berlakunya leptin resistance
-          kurang tidur
-          pengambilan fruktos
-          stress/tekanan
-          pengambilan karbohidrat(simple) yg banyak
-          kadar insulin yg tinggi
-          makan dengan banyak
-          kuat bersenam
-    penyerapan nutrien yg lemah akibat usus kotor

Cara memperbaiki Leptin Resistance
-          kurangkan pengambilan makanan berkanji, mengandungi fruktos, gula dan refined food
-          mengambil protein dan lemak pada kadar yg tinggi di waktu pagi
-          tidur dengan lebih baik
-          berjemur di bawah matahari
-          jangan lakukan senaman cardio
-          bersenam di waktu petang
-          membuang toksin dari dalam badan atau DETOKS

-          tingkatkan pengambilan OMEGA -3 dan kurangkan pengambilan Omega-6

shaklee diet plan

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 31 July 2013

Bismillah...

Entri terakhir untuk bulan ini perihal pengurusan berat badan, sempena dengan tema bulan Julai "Jom Kurus". Malam ni akak SA nak pikir tema apa pulak untuk bulan Ogos nanti. Ada sesiapa nak share idea yg bernas, sila la romen komen kat bawah.

Akak SA yakin, korang semua mesti pernah rasa tertekan atau STRESS. Stress sebab berat badan tak kurang-kurang, sebab banyak kerja, sebab anak tak sihat, sebab jalan tetiap hari jem, sebab tak tau nak masak apa buka puasa nanti dan 1001 lagi sebab stress. Nak tahu tak, stress ni adalah salah satu punca berat badan naik atau berdiet tapi berat badan tak turun-turun?

Bila kita stress, badan kita akan membebaskan tiga jenis hormon iaitu adrenalin, CRH dan cortisol. Adrenalin dan CRH boleh kurangkan selera makan tapi kesannya sekejap je. Yang meninggalkan kesan yg lama, si cortisol ni. Kalau tadi adrenalin dan CRH kurangkan selera makan, cortisol ni pula bagi tambah selera makan. Sebab cortisol ni konon tugasnya, menambahkan apa yang kurang kat badan kita ni lepas hilang stress. Dengan selera-selera makan sekali di tambah juga. Kita ni bila stress, makanan yang macam mana kita cari? Akak SA kalau stress confirm cari frappucino starbucks, cheese cake takpun gi melawat bakeri, borong segala pastri. Ini lah yg dipanggil "comfort food". Comfort food ni, kebiasaannya memang bukan dari kategori makanan sihat. Kategori yg tinggi gula, tinggi karbohidrat dan menambah lemak dalam badan pendek kata comfort food ni jatuh kategori menambah berat badan.

So, sebab tu lah kalau boleh elakkan stress . Ada pelbagai cara yg boleh kita buat. Meh akak SA senaraikan cara yg best dan senang nak buat
1. Urut/Massage - ini mmg akak SA suka sangat. Kalau boleh, seminggu sekali nak pergi mengurut
2. Tidur - ini lagi senang kan, kan kan??
3. Jauhi kopi, rokok dan alkohol - kopi tu payah sikit tapi skrg dah kurang banyak...alhamdulillah
4. Time out - berhenti sekejap dan rehatkan minda. Main game picit semut ke ;)
5. Baca Al Quran - ini paling mujarab tau
6. Ambil vitamin - ini lagi senang, telan je...hilang stress, berat badan pun turun


Shaklee kurang berat badan stress

1. B-Complex
- Boleh mengelakkan anemia yg menyebabkan pening, lemah dan ketidakselesaan yakni punca kepada stress
- Bertindak sebagai penggalak kepada metabolisme dengan menguraikan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga

2. Omega Guard
- Omega 3 dalam Omega Guard boleh menstabilkan hormon stress dan tahap adrenaline
- Omega Guard ni boleh juga membakar lemak yang berkampung kat dalam perut anda. Baca kat sini.

*Seperti yang dicadangkan oleh Livestrong, bukan akak SA pandai-pandai tau


 photo arrow.pngCONTINUE READING
Bismillah....

Hari raya memang best tapi jadi tak best bila berat badan masa puasa 30 hari turun 3-4kg. Tup tup lepas hari raya raya pertama, berat badan naik balik 3-4kg. Itu baru hari raya pertama. Bayangkan raya ada 30 hari, open house setiap hari. Tak perlu akak SA* nak illustrate apa yg jadi pada berat badan kita selepas 30 hari makan raya sakan.

Anda tanya, kenapa berat badan kita boleh naik dengan mendadak walaupun baru hari pertama raya? Jika anda baca entri ini, mesti anda faham bagaimana gula berlebihan boleh menjadi lemak yg tersimpan dlm badan. Badan kita memerlukan hormon, metabolisme dan masa untuk menukarkan gula kepada tenaga/membakar lemak menjadi tenaga. Anda  kata anda tak suka makan yg manis-manis? Gula tidak semestinya manis. Nasi, nasi impit, mee, lemang, ketupat...semuanya mengandungi gula aka GLUKOS. Akak SA* rasalah, senang-senang je jumlah kalori makanan kita  pada raya pertama melebihi 10,000kcal. Agak-agak, berat badan kita naik tak lepas tu?

Mimpi ngeri kan? Meh akak SA* nak kongsi rahsia macam mana nak makan banyak masa hari raya tapi berat badan masih maintain di hari raya pertama, kedua, ketiga sampailah ketigapuluh. Ada 3 langkah mudah - 3B :

1. BUANG - Alfalfa
Kenapa perlu buang atau detox? Lemak yang telah dibakar perlu dibuang keluar dari tubuh. Jika dibiarkan tersimpan walaupun sudah dibakar, lemak tadi akan diserap kembali oleh tubuh. Detox juga perlu untuk usus besar yg bersih. Jika tidak, nutrien tidak dapat diserap oleh tubuh. Tubuh akan hantar isyarat yg ia perlukan nutrien (masih lapar), maka kita pun makan dan makan lagi. Entri pasal perut buncit ni ada cerita in detail kaitan usus besar dengan selera makan. Alfalfa berperanan sebagai agen detox, melawaskan sistem pencernaan dan sangat bagus utk yg ada sembelit

2. BAKAR - OmegaGuard
Lemak perlu dibakar supaya dapat dikeluarkan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jika tidak dibakar atau diuraikan, maka bertapalah lemak di dalam badan kita. Bila dah penuh kat pinggang, punggung, peha...lemak tu akan melimpah ruah ke bahagian organ penting badan kita. Bahaya tu dek non, risiko utk kena darah tinggi, kencing manis dll tu memang ada. OmegaGuard ni lagi satu kelebihannya, boleh kawal selera makan kalau kena cara makannya.

3.BINA - Cinch
Bina di sini ialah bina otot bagi menggantikan lemak yang telah dibuang tadi. Kalau lemak tidak digantikan dengan otot, maka terjadilah kulit menggeleber dan tidak firm. Penat-penat je turunkan berat badan, tapi body tak mantap dan pejal. Cinch ni kaya dengan protein dan leucine yang boleh menukarkan lelemak kepada otot.

Dengan SET RAYA SAKAN ni, insha Allah...dek non maintain slim dan langsing. Takyah susah-susah nak kawal nafsu makan. Nanti akak SA share cara makan SET RAY SAKAN ni yang boleh tolong kawal selera makan yang membuak-buak raya nanti.
 *kena beli la dulu, baru boleh share ;)

shaklee set kurus
Testimoni Pengguna Set Slimming

Kisah benar:
Akak SA dah 3 bulan makan set ni. Tadi pegi beli baju raya, amik size M & L nak try. Mak aiii...besar kemain. Rupanya dah turun size S!!! Tegezut akak SA bercampur airmata gembira. Turun dua saiz dek nonnnn...sapa tak tegezut. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni lah reaksi akak SA dalam fitting room tadi.



Boleh whatsapp/sms/call untuk konsultansi dan khidmat nasihat : 0194587610
*SA - SHIKIN ALI  :-)
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 17 July 2013

Bismillah...

Ramai pula yang bertanyakan set kurus/set slimming Shaklee dan pilihan yang ada. Jadi, siapa2 yang berkenan dengan set kurus/slimming Shaklee ni, boleh refer poster di bawah

Terdapat 3 langkah utama yang dipraktikkan oleh set slimming MOST WANTED Shaklee:
1. Bakar/Pecahkan Lemak
2. Detox Lemak
3. Ganti Lemak dengan Otot (supaya tak menggeleber bila lemak dah takda)

Terdapat 2 pilihan set slimming Shaklee:
Set 1 - Omega Guard+Herblax+Alfalfa+Cinch
Set 2 - Lecithin+Herblax+Alfalfa+Cinch

Harga set slimming Shaklee ini bermula dari RM70.00.

Promosi Ramadhan:
Setiap pembelian set slimming bernilai RM100.00 dan ke atas akan menerima "Mystery Gift"


 photo arrow.pngCONTINUE READING

Sunday, 14 July 2013

Bismillah...

Anda sudah berdiet selama 3 bulan tapi berat badan masih tidak turun? Anda bersenam setiap hari tapi tiada perubahan yg ketara pada berat badan dan saiz seluar? Anda makan nasi hanya sekali sehari, tidak makan makanan yang berminyak tapi masih tiada perubahan pada berat badan?Di manakah silapnya?

GULA!

Tahukah anda GULA boleh menyebabkan LEMAK tersimpan di dalam badan? Ada 2 sebab yang menyebabkan situasi ini berlaku.

1. Glukos berlebihan
Gula berlebihan yang tidak dapat disimpan di dalam hati, akan ditukarkan kepada asid lemak (LEMAK) dan disalurkan semula ke dalam darah. Lemak ini akan dibawa ke seluruh badan dan disimpan dalam bahagian badan seperti perut, peha dan punggung. Bila bahagian-bahagian badan ini dah penuh, asid lemak tadi akan melimpah ke dalam bahagian organ badan seperti jantung, hati dan buah pinggang (read : visceral fat)

2. Insulin berlebihan
Insulin ialah hormon yang dirembeskan oleh pankreas bila kita makan "simple carbohydrate" cth: jus buah-buahan, pizza, jeli, sos, minuman bergula, dilabel sebagai fruktose etc.
Bila kadar insulin telah mencapai had maksimum, proses pembakaran lemak akan terhenti supaya gula tadi untuk menghasilkan tenaga. Kemudian, insulin akan menyimpan gula di dalam otot pula. Bila tenaga otot tadi telah mencukupi, gula berlebihan akan ditukar kepada asid lemak dan disimpan di bahagian pinggang.

Jenis makanan yang menyebabkan gula berlebihan dalam badan:

Makanan yang diproses

 Gula (refined sugars)

 Pemanis tiruan seperti sucrose, maltose, dextrose, fructose, galactose, glucose, arabinose, ribose, xylose, deoxyribose, lactose


Insulin dan gula berlebihan juga boleh menyebabkan:
- selera makan bertambah
- penghasilan hormon kortisol (stress hormone)
Jika proses menstabilkan gula di dalam darah berlaku secara berterusan, kita berkemungkinan untuk mengalami kerintangan insulin (insulin resistance).

Dr Mark Hyman mencadangkan pengambilan vitamin berikut yang efektif untuk insulin resistance (dan diabetes)
- Multivitamin dan minerals
- Kalsium, magnesium dan vitamin D
- Minyak ikan (meningkatkan sensitiviti insulin, merendahkan kolesterol dan mengurangkan keradangan)
- Antioksidan seperti Vitamin E dan C untuk mengurangkan dan stabilkan kadar gula dalam darah)
- BComplex
- Evening Primrose Oil (mengatasi kekurangan yang dialami oleh pesakit diabetes)

Vitamin-vitamin ini dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif.

shaklee kurangkan berat badan


Rujukan:
http://drhyman.com/blog/2010/05/20/5-steps-to-reversing-type-2-diabetes-and-insulin-resistance/#close
http://pacificfit.net/article-archive/how-sugar-makes-you-fat/

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 11 July 2013

Bismillah....

Di bulan puasa ni, ramai yang cuba ambil kesempatan untuk menguruskan badan. Termasuklah ibu-ibu yang baru bersalin dan yg sedang menyusukan anak. Ibu yang sedang menyusukan anak, memang tak boleh berdiet sebab asyik rasa lapar je. Kalau berdiet pula, nanti takut menjejaskan pengeluaran susu.

Set Penyusuan Shaklee
Set penyusuan Shaklee ni memang tak payah nak diperkenalkan lagi. Memang ramai yang dah merasai kebaikan Set Penyusuan Shaklee. Set Tripple M ialah set lengkap untuk penyusuan bayi. Membekalkan nutrien dan zat yang lengkap kepada bayi dan juga ibu.Malah menggalakkan penghasilan susu.

Bagi breastfeeding mom yang ingin kurus, kombinasi Set Tripple M dan Omega dan/atau Lecithin adalah pilihan yang terbaik. Pilihan kedua ialah kombinasi Set Asas Penyusuan (Alfalfa dan ESP) dengan Omega Guard dan/atau Lecithin seperti berikut

set penyusuan shaklee slimming

Ramai kawan-kawan saya yang mengamalkan set penyusuan Shaklee ini, menyusukan anak dan kelihatan langsing pada masa yang sama. Ini juga adalah pilihan yang lebih SELAMAT DAN BERKESAN berbanding supplemen diet yang berlambak di pasaran ketika ini. Ibu bukan sahaja kekal langsing, malah anak juga mendapat mendapat manfaat nutrien yang secukupnya.

Jangan tunggu lagi. Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 16 April 2013

Bismillah...

Dalam abdomen kita, ada usus kecil, usus besar(kolon), perut dll. Tahu tak usus besar/kolon boleh menyimpan sebanyak 30pound = 13kg bahan buangan iaitu tinja atau tahi? Bahan buangan dalam kolon ini bukan sahaja boleh menyebabkan badan bertambah berat, perut pun nampak buncit. Padahal, perut tak bersalah pun.



Dalam artikel Stacy Grant di Livestrong.com, beliau menulis perut jadi kempis jika sisa bahan buangan dikeluarkan dengan segera dari kolon. Seseorang yang mempunyai kolon yang sihat, segala sisa makanan akan dikeluarkan dalam masa 8-14 jam dari waktu makanan ditelan.

Oleh itu, tersangatlah penting untuk anda membuang air besar sekurang-kurangnya 1-2 kali sehari. Jika tidak, bahan buangan itu akan menempek kat dinding kolon. Nutrien diserap oleh tubuh badan kita melalui kolon. Jadi bila dinding kolon penuh dengan bendasing, maka penyerapan nutrient pun akan terhalang dan berkurangan. Bila kurang, tubuh kita akan menghantar isyarat yang ia tidak mendapat cukup nutrien. Maka kita pun makan, makan dan makan lagi.

Secara logiknya, jika kita makan 3 kali sehari maka kunjungan ke tandas juga kenalah 3 kali juga. Tapi TheFoodDoctor.com berpendapat 1-2 kali sehari sudah mencukupi. Jika sekali dalam sehari pun tak buang air besar, besar kemungkinan kita mengalami masalah Irritable Bowel Syndrome(IBS) atau sembelit. Jadi, untuk mengelakkan IBS atau sembelit:
  • Kurangkan makanan yang mengakibatkan sembelit – telur, daging, pisang, keju
  • Tingkatkan pengambilan fiber mudah larut – fresh fruits and vegetables
  • Tingkatkan pengambilan air, sekurang-kurangnya 2L
  • Rehatkan diri dari kerja dan telefon ketika makan
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya magnesium – kekacang, sayur berdaun hijau
Alternatif yang lain, boleh amalkan pengambilan Shaklee Herblax.


  • Membersihkan kolon dengan sangat efektif
  • Mengandungi 9 jenis herba antaranya Senna leaf, licorice root, Buckthorn Bark, alfalfa leaf, fennel seed, Anise seed etc. Setiap satunya berupaya untuk menggalakkan peristalsis, mengurangkan kembung dll
  • Bagus diambil sebelum sebelum memulakan pengambilan supplemen
  • Boleh diambil sebagai laxative ketika diperlukan
  • Boleh diambil ketika cirit-birit juga kerana cirit birit adalah sejenis sembelit


Bila kolon kita bersih, banyak kebaikkannya kepada kesihatan kita. Antaranya:
  • Perut lebih kempis // Yang ini, memang saya boleh confirm. Ukurlilit pinggang saya berkurang sebanyak 1.5in selepas sebulan :-)
  • Penyerapan nutrien yang optimum // Kalau dah makan macam2 vitamin tapi tak nampak kesannya, maksudnya nutrien tidak dapat diserap dengan sepenuhnya 
  • Mengurangkan risiko kanser kolon
  • Dapat mengurangkan kadar penyerapan toksin oleh badan. Oleh itu:
    •  Kulit pun boleh jadi lebih cantik.
    • Badan rasa lebih segar dan tidak lesu/sluggish
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan usus besar/kolon kita.


Nota kaki: Tahu tak saiz perut pinggang juga boleh dijadikan indikator kesihatan kita. Ukurlilit pinggang yang ideal bagi wanita ialah 35 inci dan lelaki 40 inci.

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Friday, 5 October 2012

Watch "Edgar Ortiz lost 200 pounds using Shaklee's Cinch" on YouTube

Memeranjatkan ke? ^_^ Jangan terperanjat..Ini bukan kali pertama Cinch Shaklee dan Set Body Perfector Shaklee merubah imej seseorang.

Saya sukakan Cinch Shake Shaklee. Mempunyai 3 perasa iaitu Vanilla, Coklat dan Caffe latte. Rasanya sedap, saya suka shake dengan susu soya ataupun susu rendah lemak.

CARA DIET CINCH

Ramai yang bertanya macam mana nak berdiet style Cinch ni?
Cara saya: Gantikan 2 waktu hidangan utama anda dengan Cinch Shake ini.
1.Sama ada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa.
2. Sama ada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa.

Tetapi dengan syarat: waktu makan haruslah kurang minyak, kurangkan porsi nasi dan banyakkan sayur- sayuran. Kurangkan snek, strickly no kudapan manis-manis, dan juga tiada air manis untukmu. Amalkan hidup aktif, jika tidak boleh exercise, naiklah tangga, berjalan kaki sekurang- kurangnya 30 minit sehari untuk 3 kali seminggu. Minum air masak 3L sehari ya! Jangan biarkan perut lapar, sentiasa makan buah- buahan ( epal, lai, oren) Ini kerana dengan berlapar diri kita jadi craving dan kita end up makan lebih banyak!
[Buah Mangga, Durian dan Tembikai tak termasuk dalam kategori buah- buahan yang menguruskan badan ya, ^_~]

Ini adalah penerangan tentang CINCH:

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary yang diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.

• Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

•Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.

•Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

•Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

•Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

•Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

•Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

•Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

•Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

SET YANG DI CADANGKAN

CINCH SHAKE
Lecithin
Vitalea
Vitamin C

Untuk Ibu yang menyusukan, Cinch boleh di ganti dengan Energizing Soy Protien.

Hubungi saya untuk konsultasi.

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template