facebook instagram
Showing posts with label Info Kulit Cantik. Show all posts
Showing posts with label Info Kulit Cantik. Show all posts

Wednesday, 8 April 2015


  • Dah beli Shaklee ESP tapi tak tahu cara nak bancuh?
  • Dah boring sebab asyik bancuh Shaklee ESP guna resipi yang sama?
  • Mahukan resipi Shaklee ESP yang sedap?

Tak perlu cari kat tempat lain dah, sebab Beautecology ada ebook 15 RESIPI SHAKLEE ESP YANG MARVELLOUS. Semua resipi telah diuji oleh tuan tanah sendiri dan resipi yang ada dalam ebook semua resipi favourite saya. Bukannya ambil resipi orang lain sebab nak penuhkan ebook.


ESP Shaklee
Ebook Resipi Shaklee ESP

BAGAIMANA NAK DAPATKAN EBOOK 15 RESIPI MARVELLOUS SHAKLEE ESP?

Ada 2 cara:
1. Dapatkan ebook ini PERCUMA bila anda membeli Shaklee ESP daripada saya
*FREE gift tambahan - Shaker

ATAU

2. Beli pada harga RM10.00 

MAHU BELI Shaklee ESP atau Ebook? Ada sebarang pertanyaan?
SMS/Whatsapp : 019-4587610 
ATAU  
PM facebook : Beautecology

ESP Shaklee
Resipi-resipi yang marvellous

Faedah kepada pengguna yg mengamalkan ESP secara konsisten
  • Buat kita Kekal Muda kerana Asid Amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.
  • Mengandungi Hormon yg Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dgn isoflavon. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Membantu Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat & keupayaan seksual lelaki terpelihara
  • Mencantikkan & menganjalkan kulit – ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Memulihkan Pigmentasi – ESP Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memberi tenaga segera dan berpanjangan – ESP Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. oleh itu, ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan. Sesuai ketika berpuasa.
  • Membantu menguatkan Memori kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yg cukup.
  • Mengawal kadar gula dalam darah – sesuai untuk pesakit diabetic mahupun mereka yg ingin berdiet kerana ESP mengandungi Low Glycemic Index dan mampu membekalkan tenaga berpanjangan
  • Membekalkan tenaga dan nutrien kepada ibu hamil dan menyusukan bayi – Protein dapat membekalkan sumber tenaga yg berpanjangan, kenyang lebih lama dan mampu menjadi “milk booster” untuk ibu-ibu yg menyusukan anak

MAHU BELI Shaklee ESP? Ada sebarang pertanyaan?
SMS/Whatsapp : 019-4587610 
ATAU  
PM facebook : Beautecology

SMS/Whatsapp SEKARANG untuk dapatkan 2 FREE GIFT EKSKLUSIF di Beautecology sahaja:
1. E-book Resipi Marvellous Shaklee ESP  ❤❤ 
2. Shaker 

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 4 March 2015

Tidak dinafikan, sejak akhir bulan lalu cuaca di Malaysia tersangatlah panas, berikutan fenomena matahari berada selari pada garisan khatulistiwa. Kalau dapat macam kulit akak ni, yg kata orang senang makan matahari atau 'sun burn', memang satu masalah besar. Apa tak nya, kulit akan jadi berbelang-belang, kemerahan dan berminyak. Lepas tu, mulalah timbul satu demi satu masalah kulit lain-lain yg tidak diundang. Kenapa ini berlaku? 

Kesan Pendedahan Kepada Cahaya Matahari Yang Melampau 

1. Sel kulit rosak
2. Kulit sensitif kemerahan
3. Penghasilan kolagen berkurangan
4. Mengakibatkan pigmentasi, punca warna kulit tidak sekata
5. Pembentukan jeragat
6. Jerawat
7. Kanser Kulit
8. Mempercepatkan kesan penuaan 

Akak pun masa zaman remaja dulu memandang remeh tentang perlindungan kulit ketika cuaca panas. Walaupun aktif, bersukan sana sini tapi jarang-jarang sekali guna krim sun block. Konon, macho lah gitu sebab muka berbelang. Tak sedar rupanya, kesan jangka masa panjang gara-gara nak jadi macho ini sangat SERIUS. Jadi, apa yg perlu dilakukan untuk lindungi kulit kita?


Penjagaan Kulit Ketika Cuaca Panas Dengan 7 Langkah Mudah

1. GUNA KRIM SUN BLOCK ATAU SUN PROTECTION
- Melindungi kulit daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. 
- Pilih formulasi yg ringan, tidak berminyak


2. EAT your SPF!
- Ambil makanan yg memiliki keupayaan bak SPF iaitu Vitamin C dan Vitamin E seperti oren, strawberi, blueberry, tomato, almond dan lain-lain
- Vitamin E dan C, selain mengandungi ANTIOKSIDA, kedua-dua jenis vitamin ini boleh MENGURANGKAN dan MERAWAT kesan terbakar atau 'sun burn'





3. MAKAN BUAH-BUAHAN TEMBIKAI
- Buah dari jenis tembikai seperti tembikai merah dan rock melon boleh membantu menghidratkan kulit
- Buah tembikai juga sejenis antioksidan seperti Shaklee Vita E dan Vita C

TEMBIKAI DAN ROCK MELON


4. TINGKATKAN PENGAMBILAN ANTIOKSIDA
- Antioksida seperti Vitamin E dan Vitamin C boleh melindungi sel kulit dari rosak
- Pengambilan antioksida boleh melambatkan proses penuaan seperti berkedut, jeragat dan pigmentasi


shaklee antioksida
VITAMIN ANTIOKSIDA


5. LINDUNGI MATA DENGAN KRIM MATA
- Kawasan mata sangat lembut dan mudah terjejas jika terdedah kepada cahaya matahari
- Peringatan : JANGAN guna krim muka atau sun block muka di kawasan mata


eye cream
KRIM MATA ENFUSELLE


6. SAPU YOGURT PADA KULIT
- Yogurt mengandungi asid laktik boleh meredakan dan melegakan kesan terbakar atau "sun burn"
- Gunakan sebagai masker 


7. MANDI DENGAN AIR SEJUK 
- Air sejuk dapat memastikan liang roma tidak tersumbat selepas berpeluh dan mengurangkan jerawat/breakouts
- Air panas akan menyebabkan kulit bertambah kering


PENGALAMAN SAYA KETIKA DI GOLD COAST AUSTRALIA
Tahu tak Gold Coast ialah tempat di mana paling ramai orang yg mendapat kanser kulit dalam dunia? Bila saya terjumpa fakta ini ketika membuat itinerari, memang gundah gulana dibuatnya. Rasa tak percaya pun ada, takkan la panas cenggitu kan.

Sampai di sana, hamek kau rasakan! Walapun angin nya sejuk dan nyaman tapi panas matahari nya SANGAT terik. Dahi memang terasa perit walaupun pakai topi. Dalam hati, dah tau dah..balik ni siaplah muka belang2 coklat merah dengan menggelupas.

4 hari di Gold Coast, surprisingly kulit saya hanya kena mild 'sun burn' sahaja. Hairan bin ajaib gak. Rupa-rupanya, inilah balasan sebab ambil SET KULIT SHAKLEE yang ada super power antioksida iaitu Vitamin C dan Vitamin E. Selamat kulit ku ♥♥♥


MAHU SELAMATKAN KULIT ANDA JUGA?
Mahu cadangan, pendapat atau jawapan kepada permasalahan kulit anda?
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
SMS/WHATSAPP - 019 4587610 (SHIKIN MOHD ALI)


 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 16 December 2014

Jerawat memang musuh ketat perempuan - dulu, kini dan selamanya.
Akak dulu(dan sekarang), bukannya boleh nampak jerawat. Hatta seketul kecil sekali pun, menggelabah la cari Oxy dan seumpama dengannya. Zaman akak remaja dulu, memang Oxy je la yg dicarinya. Zaman sekarang ni, cari Tea Tree Oil. Tapi ada sekali tu, jerawat bukan main dengil lagi. berhari-hari apply Tea Tree Oil, tak surut juga. Tiba-tiba, ternampak vitamin E Shaklee. Potong sikit, apply kat jerawat tu. Hamik kau...esok tu terus kecut. Lusa, dengan parut-parut pun tak nampak bayang.

Akak dah melalui zaman kegelapan itu, zaman jerawat penuh kat muka, Jerawat nasi, jerawat batu, jerawat pendam, apa segala jerawat pun dah pernah singgah kat muka ni. Oh zaman itu...self-confidence sangatlah rendah serendahnya. Nak jumpa orang pun malu. Itu semua gara-gara silap guna produk yg buat kulit menggelupas dan menghilangkan lapisam minyak/lembapan semulajadi. Kulit kita ni intelligent gitu. Bila dirasakan kulit kering, kulit akan hasilkan lebih banyak minyak supaya kekal lembap. Jadinya, kulit akan jadi lebih berminyak dari kebiasaan dan liang roma terbuka besar. Ini menyebabkan kotoran dan sel kulit mati memenuhi liang roma dan menyebabkan ia tersumbat. Maka terhasillah - JERAWAT!

Jadi, cara yg paling BERKESAN untuk menghilangkan jerawat selamanya ialah dengan - mengecilkan liang roma.

Cara Kecilkan Liang Roma

Ada beberapa cara yg telah terbukti berkesan. Cara untuk aplikasi dari luaran dan penjagaan dalaman. Dan sangat penting, lakukan kedua-keduanya sekali bagi mendapatkan hasil yg pantas dan berkesan.
  • Stim  
    • Dapat membuka dan membersihkan liang roma dari segala kotoran yg tersumbat. Gunakan toner atau astringent setelah selesai stim bagi menutup kembali liang roma. Stim ni sangat bagus lebih-lebih lagi jika ada jerawat pendam. 
    • Langkah-langkah stim muka

  • Ketul ais
    • MUDAH dan MURAH, gosok ketulan ais setelah mencuci muka dengan bersih. Lebih-lebih lagi jika guna air suam untuk mencuci muka. Ais dapat mengetatkan liang roma dengan berkesan dan pantas


  • Apple cider vinegar(ACV) 
    • ACV ialah bahan semulajadi yg mampu meneutralkan pH kulit selain mengetatkan liang roma. Ia juga mengandungi bahan antimicrobial dan anti-inflamasi yg boleh merawat jerawat. 
    • Bancuh ACV dengan air, gunakan bebola kapas
    • Cuci ACV dengan bersih setelah selesai
  • Exfoliate/scrub 
    • Amalkan exfoliate seminggu 1-2 kali kerana ia dapat menghindari sel kulit mati dari berkumpul dan menyebabkan liang roma tersumbat. Ingat, bila liang roma bersih maka saiz liang roma juga turut mengecut.
  • Supplemen Collagen dan Vitamin E 
    • Collagen ialah struktur yg menyokong liang roma, menjadikan ia kukuh dan ketat. Bila Collagen berkurang (akibat dari peningkatan usia/terdedah kepada cahaya matahari), liang roma juga turut membesar kerana struktur yg menyokongnya sudah lemah
    • Vitamin E pula dapat membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari. Ini penting sebab di Malaysia, kita dah lah mengalami panas sepanjang tahun. Dah tu, malas pula nak guna sun-block (saya lah tu :P)


Testimoni pengguna SET KULIT CANTIK

Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) untuk sembang-sembang dan tukar pendapat tentang masalah kulit atau pm di fb Beautecology.

 photo arrow.pngCONTINUE READING
Kalau Part I sebelum ini kita dah cerita mengenai Kulit Kering, Part II akak nak share pasal Kulit Berminyak pula.

Teringat masa zaman remaja dulu. Kulit makkkk aihhh...kalau boleh perah, minyak tu boleh guna buat goreng ikan. Sebatu orang dah nampak kita, sebab kulit berkilat-kilat. Nasib baik baik zaman tu belum ada selfie-selfie ni. Tapi, sekarang ni bila dah rasa kulit kering. Ohhh...akak redho kalau kulit berminyak. Percayalah...kulit berminyak itu 10x ganda lebih baik dari kulit kering.

Kenali Ciri-ciri Kulit Kering
  • Kulit nampak berkilat
  • Pori-pori/liang roma jelas kelihatan, terbuka dan kasar
  • Sering mengalami masalah jerawat
             
Pori-pori jelas kelihatan
Muka berkilat

Punca Kulit Berminyak
  • Genetik
  • Penggunaan produk penjagaan kulit secara berlebihan seperti kerap exfoliator, scrub dan seumpamanya
  • Cuaca yg terlalu panas boleh menyebabkan kulit menghasilkan minyak dengan banyak
  • Ubat-ubatan seperti pil hormon meningkatkan penghasilan minyak
  • Penggunaan produk penjagaan kulit yg tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tekanan/stress
Anggapan Salah Tentang Kulit Berminyak

Selalu terjadi bila kulit berminyak, maka kita pun mula mencari jalan bagaimana nak hilangkannya seperti kerap mencuci muka, menggunakan pencuci muka yg berbuih banyak dan seumpamanya. Kenyataanya, kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak bila kulit kering. Kenapa? Sebab kulit sudah memang sedia ada lapisan minyak yg bagi menghasilkan lembapan semulajadi. Jadi, bila kulit mendapati lembapan hilang dan dalam keadaan kering, maka kulit pun menghasilkan lebih minyak bagi memastikan kulit lembap dan tidak kering. Jadi, jangan menggunakan produk sebarangan yg menyebabkan kehilangan lapisan lembapan semulajadi pada kulit. Cuci muka dengan kerap dan menggunakan sabun yg terlalu berbuih, bukan jalan penyelesaiannya.

Produk Skin Care Yang Sesuai

Pencuci Muka : Gunakan pencuci muka yg larut air/water-soluble sebanyak 2 kali sehari. Jauhi produk yg mengandungi Sodium Lauryl Sulafte (bahan yg berbuih dan mengeringkan kulit)

Toner : Gunakan toner yg bebas alkohol dang mengandungi ANTIOKSIDAN kerana ia boleh membantu menyembuhkan kulit, mengecilkan liang roma dan mengeluarkan bendasing yg menjadi punca liang roma tersumbat

Exfoliate : Tak macam jenis-jenis kulit yang lain, exfoliate ialah langkah yg sangat penting utk kuli berminyak. Kulit berminyak kebiasaannya memiliki lapisan kulit mati terkumpul yg agak tebal. Exfoliate adalah cara terbaik bagi membuang lapisan kulit mati ini dan memastikan liang roma tidak tersumbat.

Moisturiser : Gunakan jenis yg ringan seperti gel-based atau serum yg boleh membekalkan kelembapan yg diperlukan disamping merawat kulit dan menghindarkan liang roma dari tersumbat. 

Masalah Jerawat

Biasanya, kulit berminyak memang senang mengalami masalah jerawat. Ini adalah disebabkan liang roma yg terbuka dan besar, menyebabkan kulit mati serta kotoran lain berkumpul di dalambya. Lalu menyebabkan ia tersumbat dan membentuk jerawat. Jadi, langkah yg paling penting bagi menyelesaikan masalah jerawat ini once and for all - kecilkan liang roma. Bagaimana? Baca di sini.

Mahu sembang-sembang tentang masalah kulit? Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) atau pm saya di fb Beautecology
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 13 October 2014

Bismillah...

Adakah anda tahu jenis kulit muka yg anda miliki? Adakah kulit anda jenis kulit normal, berminyak, sensitif, kering atau kombinasi? Dalam entri kali ini, saya nak kongsi ciri-ciri tertentu bagi setiap jenis kulit. Pentingnya mengenali jenis kulit yang anda miliki kerana ia dapat mengelakkan anda dari menggunakan produk skin care yg salah. Penggunaan produk yg salah bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kulit anda, malahan akan menyebabkan masalah yg sedia ada bertambah buruk.

Jenis Kulit Saya
Percaya tak kalau saya kata jenis kulit muka saya bertukar-tukar sejak dari zaman sekolah menengah sampai lah sekarang?

  • 13 - 17 tahun : Kulit jenis kombinasi dan susah juga nak tumbuh jerawat
  • 18 - 19 tahun : Kulit muka saya bertukar jadi jenis kulit berminyak dan jerawat tumbuh kat pipi
  • 20 - 23 tahun : Kulit rosak akibat penggunaan produk skin care yg mengandungi agen penglupasan dan pemutihan
  • 24 - 28 tahun : Kulit kering dan start ada jerawat pendam
  • 28 - 33 tahun : Kulit saya sebenarnya dah termasuk dalam jenis kulit sensitif dan kering
  • Sekarang : Kulit dah beransur normal dan kurang sensitif
Kulit saya sebenarnya dah masuk dalam kategori kulit sensitif sejak saya berumur 20 - 23 tahun kerana penggunaan produk skin care yg mengandungi bahan kimia yg merbahaya. Tapi masa tu saya tak tahu dan guna produk yang tak sesuai dengan keadaan kulit saya. Jika tidak, pasti masalah kulit saya dapat diatasi lebih awal dan tidak bertambah teruk.

Jadi, mari kenali jenis kulit anda.


KULIT KERING
  • Kulit tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma tidak begitu kelihatan
  • Tompok-tompok kulit yang kasar
  • Kulit berasa kering dan kasar
  • Kulit berasa tengang selepas dicuci atau pedih


KULIT BERMINYAK
  • Kulit berminyak dan berkilat
  • Pori-pori/liang roma Nampak jelas dan terbuka.
  • Banyak black head
  • Kerap mencuci muka bagi menghilangkan minyak
  • Mekap tidak boleh bertahan lama
  • Mudah mendapat jerawat terutamanya di bahagian pipi


KULIT NORMAL
  • Kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak
  • Bahagian pipi mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma mungkin hanya kelihatan pada T-Zone


KULIT KOMBINASI
  • Bahagian T-Zone(hidung dan dahi) berminyak dan Nampak berkilat
  • Kulit kasar dan kering di bahagian pipi dan dagu
  • Mudah mendapat jerawat di bahagian T-Zone


KULIT SENSITIF
  • Kulit kemerahan (redness, inflammation)
  • Bengkak
  • Merengsa (irritation/gatal)
  • Ruam/eczema
  • Kulit berasa tegang (terutama selepas mencuci muka)
  • Bekeruping/menggelupas (dry patch)

Penggunaan produk skin care sememangnya dapat membantu keadaan kulit kita menjadi bertambah baik. Tetapi, penggunaan skin care semata-mata tidak mampu untuk merawat dan memperbaiki masalah kulit yang saya hadapi. Hanya setelah saya mula mengamalkan supplemen, barulah saya nampak kesan yg ketara. Yang paling best, keadaan kulit saya dah beransur normal dan kurang sensitif sekarang ni. Alhamdulillah...
Ini kerana produk skin care hanya mengatasi masalah kulit dari luar. Supplemen pula membantu merawat dan memelihara kulit dari dalam. Kulit kita adalah organ terbesar dalam tubuh kita jadi ia juga perlukan nutrien yg secukupnya seperti organ-organ badan kita yang lain. Saya mendapati keadaan kulit saya bertambah baik sejak mengambil supplemen terutamanya Omega Guard, Vivix dan Collagen. Kerana ketiga-tiga supplemen ini mempunyai fungsi dalam merawat dan memperbaharui sel tubuh termasuklah kulit.

Shaklee Set Kulit
Supplemen dan Skin Care Yang Saya Gunakan


Hubungi saya untuk ORDER supplemen dan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA :)
sms/whatsapp: 0194587610
facebook: Beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 30 April 2013


Bismillah...

I hope everyone is in the pink of health.

Jika bercakap tentang produk penjagaan diri, produk penjagaan bagaimana yang anda pilih? Yang Murah? Yang mahal? or somewhere in between atau tak kisah?

Kebanyakan produk yang ada sekarang ini, sungguh melangit janji-janjinya. Boleh putih dalam masa 2 minggu. Boleh hilangkan parut dalam masa 7 hari. Ada juga yg bukan sekadar janji manis dang memang betul-betul berkesan.TAPI, tahu tak apa bahan-bahan yang digunakan untuk produk tu memberi kesan yang cepat? Paraben, Sulfate, Silikon, Hydroquinon, Merkuri dan macam-macam lagi. Ini adalah antara bahan-bahan yg boleh merosakkan kulit kita.

Kenapa tidak cuba Nutriwhite? Nutriwhite adalah rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep 'flawless beauty sourced from nature, perfected by science' yang bermakna kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains.

Ianya mencerahkan wajah secara semula jadi, tanpa bahan kimia, tanpa menghakis kulit dan tidak akan menjadikan kulit wajah seperti udang bakar, seperti sesetengah produk penjagaan kulit.

Ianya khas untuk menyelesaikan masalah jeragat, pigmentasi, tompok hitam dan sebagainya yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

Ia diperbuat dari 16 jenis ramuan semulajadi seperti bunga rosemary, Aloe vera, Daul Mulbery.Ianya mampu milik dan berbaloi memilikinya. Kenapa? kerana ianya selamat, tanpa Paraben yang boleh menyebabkan kanser.

*Menghilangkan kulit wajah kusam
*Mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa pengelupasan
*Selamat dan berkesan
*Kulit Muka tidak berminyak
*Tona wajah sekata dan cerah
*Tiada pewangi tiruan yang boleh menyebabkan iritasi kulit
*Menjadikan kulit lebih licin, cerah dan berseri




 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 18 February 2013

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Apa itu kulit kusam? Apakah orang yg berkulit gelap itu kulitnya kusam dan kulit putih melepak itu kulitnya awesome? Kulit kusam ini boleh terjadi kepada yg kulit hitam si tampuk manggis mahupun kepada kulit sawo matang mahupun kepada kulit putih kuning langsat. Pernah jumpa tak orang yg kulit tanggannya putih dan halus tapi bila tengok kulit mukanya macam....gelap dan dull? Okaylah, senang cerita...cuba tengok kulit Dato Siti Nurhaliza? Berseri-seri je. Dan saya pernah jumpa Misha Omar in person. Walaupun dia sebaya saya, tapi dia nampak macam budak-budak. Kulit dia, toksah cakapla. Walaupun tak pakai make-up, halus, tulus mulus je kulit dia. Kulit saya time tu, minyak sekilo kat atas muka boleh buat goreng pisang. Kalau kulit anda tak macam kulit mereka, makanya kulit anda mungkin kusam.
Kejam tak?



Panjangnye lah mukadimahkan? Ye lah, nanti tak paham pulak kulit kusam tu apa. Dah tu, kenapa kulit kita jadi kusam? Berdasarkan kepada artikel yang ditulis oleh Dr Rushmini Maris Ismail- Hapuskan Kulit Kusam, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulit kita menjadi kusam.

  • Sel kulit mati dan baru bercampur
  • Pertumbuhan sel-sel lambat dan sel baru kurang berkembang
  • Kesan parut lama
  • Sinaran matahari yang berlebihan 
    • Menyebabkan kulit berpigmentasi, kasar dan cepat berkedut (ngeriii..)
    • Kulit cepat kehilangan kolagen
  • Pengunaan produk penjagaan kulit yang tinggi kandungan bahan kimia
    • Menyebabkan sel kulit rosak, ketagih kepada produk itu dan tidak boleh berhenti (ini lagi ngerii..)
Pada pendapat saya(tuan punya blog), faktor-faktor di atas sudah biasa kita dengar. Tapi, apa yang kita buat? Tukar produk penjagaan kulit dari jenama A ke jenama Z. Well, itu mungkin berhasil tetapi tidak optimum. Produk penjagaan kulit mungkin boleh selesaikan masalah hilangkan parut lama dan pigmentasi dengan menggunakan produk whitening, mengahalang sinaran matahari dengan menggunakan krim yang mengandungi SPF 50++. Tapi dapatkah produk penjagaan kulit menggalakkan pertumbuhan sel baru dan menghasilkan kolagen? 

Sebab itulah kita perlu ambil makanan tambahan/supplements untuk complement/melengkapkan penjagaan luaran. Pada saya, penjagaan dari dalam lebih penting dari penjagaan luaran. Supplements akan membekalkan nutrien tambahan bukan kepada kulit muka saja bahkan kaki, tangan, ibujari, kulit kepala dan organ-organ dalam badan pun dapat nutrien tu. Awesome kan? 

Jadi.....apakah supplement yg boleh anda makan untuk mengatasi masalah kulit kusam?

Protein -> Membina sel baru dan membaik pulih sel rosak
Vitamin C -> Membina kolagen
Vitamin E -> Memperbaiki parut, anti-penuaan, anti oksidan 
B-Complex -> Penting untuk melanin yang memberi warna kepada kulit
Collagen -> Untuk kulit lebih cantik

Senang cerita, Shaklee ada semua supplements di atas. Tak perlu susah-susah nak cari dah. Supplemen Shaklee halal, selamat dan berkesan.

Shaklee  SET D mengandungi Vitamin C, B-Complex dan Vitamin E.
  • Vita-E Complex 
  • B-Compex 
  • Vita-C
Tambah Energizing Soy Protein sebagai sumber protein.

Shaklee Collagen




Klik untuk baca testimoni:

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template