Bismillah...
Hari ni akak nak review produk untuk kulit sensitif (sensitive skin products) yakni - pencuci muka atau cleanser. Kulit sensitif ni sangat sensitif, kalau tersilap guna pencuci muka boleh mengakibatkan irritation/kemerahan/red patch. Kata husband saya "Macam panau" -_-
Rule-of-thumb, kulit sensitif perlu elakkan guna produk cleanser yg berbuih atau foam-based terlalu kerap sebab buih ini menyerap minyak semulajadi pada kulit dan mengakibatkan kulit menjadi bertambah kering. Bahan kimia yg biasa digunakan untuk menghasilkan buih ialah SULFATE seperti SLS dan ALS. Cara paling mudah, pilih produk yg natural atau organik. Tapi berdasarkan pengalaman, tak semua produk natural atau organik tu berkesan (kat sayalah). Jenuh juga mencuba pelbagai jenama organik/natural ni dari produk mainstream hinggalah ke produk cult. Dan akhirnya, saya jumpa juga cleanser yg berkesan untuk kulit sensitif ku ini.
Shaklee Enfuselle Cleanser
Ini adalah dua jenis cleanser Shaklee dari range Enfuselle yg sedang saya gunakan sekarang. Kanan- Hydrating Cleansing Lotion / Kiri - Purifying Cleansing Gel. Penggunaan dua jenis cleanser dapat bantu kulit kelihatan lebih segar, shine-free tapi tak kering. Saya mula guna dua jenis cleanser bila kulit dah mula stabil dan kurang sensitif. Saya guna Cleansing Lotion di waktu pagi sebab lepas bangun tidur muka kita hanya ada lapisan minyak yg natural dan tak kotor. Jadi, tak perlu cuci teruk-teruk. Waktu petang, barulah saya guna Cleansing Gel. Saya dah guna Cleansing Lotion dua minggu dan setakat ini saya amat berpuas hati dengan kesannya. Biasanya lotion-based cleanser kena bersihkan dengan kapas dan muka rasa macam berminyak gitu (ini kesan yg bagus sebenarnya). Tapi, Enfuselle Cleansing Lotion senang dicuci, guna air suam je dan tak perlu guna kapas. Muka tetap rasa bersih dan tak kering. Jangan taktau, ada juga lotion-based cleanser yg pernah saya guna buatkan kulit jadi kering.
Shaklee Enfuselle >>>KESAN DRAMATIK DALAM MASA 28 HARI
Origins dan Boscia Cleanser
Sebelum saya guna Shaklee Enfuselle, ini adalah pencuci muka yg saya guna - Boscia Detoxifying Black Cleanser (memang hitam warnanya) dan Origins Mega-Mushroom Skin Relief. Saya dah guna Origins selama dua tahun, tak dinafikan range Mega-Mushroom ni memang bagus, berkesan dan sangat sesuai dengan kulit sensitif (Hint : Skin Relief). Tak mengeringkan dan memang boleh me-Relief-kan kulit yang merah-merah. Masa mula-mula dulu, saya hanya guna cleanser ini saja pagi petang. Boscia Black Cleanser ni diperbuat daripada arang, sebab tu warnanya hitam. Ia sejenis produk natural dan sesuai untuk kulit sensitif. Not bad, saya suka dengan teksturnya yg tak terlalu berbuih. Saya masih gunakan beberapa produk muka yg lain dari kedua-dua jenama ni. Mix-and-match gitu :)
Jadi, kenapa saya bertukar kepada Shaklee Enfuselle?
1. Harganya lebih murah dan isipadu yg lebih (sebotol tahan 4-5 bulan atau lebih)
2. Kualiti dan kesan yg sama seperti produk skin care yg jauh lebih mahal di pasaran
3. Lebih penjimatan sebab boleh dapat money-back/rebate (advantage jadi ahli Shaklee)
4. Bebas dari bahan kimia merbahaya (paraben-free)
Kesimpulannya, memang puas hati dengan skin care Shaklee ni. Kalaulah dulu ada orang beritahu saya pasal skin care Shaklee ni, takyah la saya susah-susah cari skin care yg bagus dari jenama lain. Untung anda, sebab sekarang dah tahu kannn..siap dapat review first hand dari saya yg cerewet ni :)
Jom order Shaklee Skincare Ensfuselle!
sms/whatsapp: 0194587610 (Shikin)
fb: Beautecology
Best, nnt k Shikin cerita lagi ye?
ReplyDeleteInsha Allah, Safiya :)
Deleteboleh tau beli boscia black cleanser kat mana?
ReplyDeleteSaya beli boscia di Sephora
DeleteMacamana cara guna cleansing lotion tu ye? Saya baru nak try..macam tak berbuih lgsung kan..bila apply toner byk lg kotoran mcm bekas compacy powder yg melekat kat kapas toner tu.. Boleh share cara apply enfuselle cleansing lotion tu tak?
ReplyDeleteCleansing lotion tu memang tak berbuih. Cleanser ni khas utk yg kulit kering sebab kulit kering tidak sesuai guna produk yg berbuih kerana ia menyebabkan kulit bertambah kering. Saya memang tak gunakan kapas, sebab saya guna Lotion ni di waktu pagi. Jadi kulit tak kotor. Saudari Fiza mungkin guna di waktu petang ya? Cuba gunakan dengan facial cotton, macam make up remover. tapi basahkan muka dulu ya sebelum guna. Harap membantu :)
Delete