facebook instagram

Monday, 13 October 2014

Apakah Jenis Kulit Anda?

Bismillah...

Adakah anda tahu jenis kulit muka yg anda miliki? Adakah kulit anda jenis kulit normal, berminyak, sensitif, kering atau kombinasi? Dalam entri kali ini, saya nak kongsi ciri-ciri tertentu bagi setiap jenis kulit. Pentingnya mengenali jenis kulit yang anda miliki kerana ia dapat mengelakkan anda dari menggunakan produk skin care yg salah. Penggunaan produk yg salah bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kulit anda, malahan akan menyebabkan masalah yg sedia ada bertambah buruk.

Jenis Kulit Saya
Percaya tak kalau saya kata jenis kulit muka saya bertukar-tukar sejak dari zaman sekolah menengah sampai lah sekarang?

  • 13 - 17 tahun : Kulit jenis kombinasi dan susah juga nak tumbuh jerawat
  • 18 - 19 tahun : Kulit muka saya bertukar jadi jenis kulit berminyak dan jerawat tumbuh kat pipi
  • 20 - 23 tahun : Kulit rosak akibat penggunaan produk skin care yg mengandungi agen penglupasan dan pemutihan
  • 24 - 28 tahun : Kulit kering dan start ada jerawat pendam
  • 28 - 33 tahun : Kulit saya sebenarnya dah termasuk dalam jenis kulit sensitif dan kering
  • Sekarang : Kulit dah beransur normal dan kurang sensitif
Kulit saya sebenarnya dah masuk dalam kategori kulit sensitif sejak saya berumur 20 - 23 tahun kerana penggunaan produk skin care yg mengandungi bahan kimia yg merbahaya. Tapi masa tu saya tak tahu dan guna produk yang tak sesuai dengan keadaan kulit saya. Jika tidak, pasti masalah kulit saya dapat diatasi lebih awal dan tidak bertambah teruk.

Jadi, mari kenali jenis kulit anda.


KULIT KERING
  • Kulit tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma tidak begitu kelihatan
  • Tompok-tompok kulit yang kasar
  • Kulit berasa kering dan kasar
  • Kulit berasa tengang selepas dicuci atau pedih


KULIT BERMINYAK
  • Kulit berminyak dan berkilat
  • Pori-pori/liang roma Nampak jelas dan terbuka.
  • Banyak black head
  • Kerap mencuci muka bagi menghilangkan minyak
  • Mekap tidak boleh bertahan lama
  • Mudah mendapat jerawat terutamanya di bahagian pipi


KULIT NORMAL
  • Kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak
  • Bahagian pipi mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma mungkin hanya kelihatan pada T-Zone


KULIT KOMBINASI
  • Bahagian T-Zone(hidung dan dahi) berminyak dan Nampak berkilat
  • Kulit kasar dan kering di bahagian pipi dan dagu
  • Mudah mendapat jerawat di bahagian T-Zone


KULIT SENSITIF
  • Kulit kemerahan (redness, inflammation)
  • Bengkak
  • Merengsa (irritation/gatal)
  • Ruam/eczema
  • Kulit berasa tegang (terutama selepas mencuci muka)
  • Bekeruping/menggelupas (dry patch)

Penggunaan produk skin care sememangnya dapat membantu keadaan kulit kita menjadi bertambah baik. Tetapi, penggunaan skin care semata-mata tidak mampu untuk merawat dan memperbaiki masalah kulit yang saya hadapi. Hanya setelah saya mula mengamalkan supplemen, barulah saya nampak kesan yg ketara. Yang paling best, keadaan kulit saya dah beransur normal dan kurang sensitif sekarang ni. Alhamdulillah...
Ini kerana produk skin care hanya mengatasi masalah kulit dari luar. Supplemen pula membantu merawat dan memelihara kulit dari dalam. Kulit kita adalah organ terbesar dalam tubuh kita jadi ia juga perlukan nutrien yg secukupnya seperti organ-organ badan kita yang lain. Saya mendapati keadaan kulit saya bertambah baik sejak mengambil supplemen terutamanya Omega Guard, Vivix dan Collagen. Kerana ketiga-tiga supplemen ini mempunyai fungsi dalam merawat dan memperbaharui sel tubuh termasuklah kulit.

Shaklee Set Kulit
Supplemen dan Skin Care Yang Saya Gunakan


Hubungi saya untuk ORDER supplemen dan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA :)
sms/whatsapp: 0194587610
facebook: Beautecology

1 comment:

  1. Ye betul penting sangat nak tahu jenis kulit muka ni

    ReplyDelete

blogger template