facebook instagram
Showing posts with label Rohani. Show all posts
Showing posts with label Rohani. Show all posts

Thursday, 13 June 2013

Bismillah...

Sapa pernah baca buku La Tahzan? Buku asal La Tahzan ni karangan Dr Áidh Abdullah Al Qarni. Of course buku asalnya di tulis dalam bahasa Arab. Tapi, sekarang ni boleh jumpa macam-macam versi buku La Tahzan yg diadaptasi dari buku asal. Salah satu darinya ialah Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia. Saya beli buku ni dah hampir 2 tahun tapi.....tak habis baca lagi ;P. Nak kata bukunya tebal, tak sangat. Heavy reading? Tak juga. Bagi saya....isinya sangat ringkas tapi padat. Satu tajuk tu, adalah dalam 2-3 mukasurat. Sikit je kan? Tapi...saya biasanya baca satu-satu tajuk tu lebih dari sekali sebab maksudnya dalam sungguh. Insha Allah, lepas ni nk sambung baca balik.

Mukadimah panjang lebar kan, tapi buku pun tak habis baca lagi. Sebenarnya saya nak share satu tajuk yg saya kira sesuai bukan utk TTC je, tapi utk semua.

Permata Keempat - Doa dapat melenyapkan cubaan
*Setiap chapter dalam buku ni dinamakan dengan nama logam dan batu berharga cth Emas, Zamrud, etc

"Terkadang Allah memberi nikmat kepada suatu kaum sesudah cubaan yang besar dan menguji kaum lainnya sesudah memberi nikmat"

Saya ringkaskan ya apa yg disampaikan dalam tajuk ni.
Dr Áidh menceritakan mengenai seorang rakan beliau yg mana isterinya menderita sakit kanser. Seorg ulama' menasihatkan rakan tadi buat 3 perkara:
1.solat malam
2. berdoa bila nak masuk waktu Subuh dengan beristighfar (astaghfirullah halazim)
3. membacakan sesuatu kat air zam zam demi isteri dia.
Air zam-zam ni isteri dia buat mandi. Dia mengamalkan kesemua ini dengan istiqomah. Isteri dia pun join sekali. Pendek kata, dari pagi sampai malam mereka beristighfar dan berdoa.

Akhirnya, isteri dia sembuh dari penyakit kanser. Dalam buku ni siap describe "Allah telah menggantikan kulitnya dengan kulit yang baru dan rambutnya dengan rambut yang baru" (wowww...ganti rahim/ovari pun tak mustahil kan?). Even dah baik, isterinya tetap amalkan istighfar dan solat malam.

Saya suka dengan phrase ni.
"Wahai saudariku, jika Engkau sakit bergegaslah kepada Allah. Perbanyakkanlah istighfar, berdoa dan bertaubat. Bergembiralah dengan apa yang menggembirakan kamu. Sesungguhnya Allah maha mengabulkan setiap permohonan, menghilangkan kesedihan dan keburukan"

Tulisnya lagi, audit (pinjam tagline Prof Muhaya ;P) hidup kita pada masa lalu dan sekarang, sebab hidup kita ni terdiri dari pelbagai pengalaman yg berkesinambungan. Setiap org harus keluar daripadanya dengan membawa kemenangan (dalam sungguh maksud ayat ni...).

Mungkin terkadang kita rasa dah habis ikhtiar. Dah bersungguh-sungguh berubat sana sini, dah buat operation, IVF dan sebagainya masih tiada hasil. Sampai ke satu tahap, hampir berputus asa.
Tapi adakah kita dah bersungguh-sungguh berdoa, beribadat dan bertaubat? Peringatan utk diri saya juga, sama-samalah kita audit usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah. La Tahzan....

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 5 June 2013


Bismillah...
Seperti yang di janjikan, saya nak berkongsi doa -doa yang boleh diamalkan untuk mereka yang ingin hamil atau TTC dan mendapatkan zuriat. Setelah puas berikhtiar dan berusaha, jumpa doktor sana sini, berubat moden dan tradisional...perlulah kita bertawakkal dengan berdoa kepada Allah swt. Mudah-mudahan bukan sahaja beroleh zuriat, tapi beroleh zuriat yang soleh/solehah.


1. Surah Maryam : Ayat 4-5
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

2. Surah Al Baqarah : Ayat 128

"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”  

3. Surah Ali Imran : Ayat 38

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

4. Surah Ibrahim : Ayat 35

“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah  berhala-berhala.” 

5. Surah Ibrahim : Ayat 40

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."

5. Surah Ibrahim : Ayat 41

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” 

6. Surah Al Furqan : Ayat 74

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

7. Surah Al-Ahqaf : Ayat 15

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

8. Surah Al-Anbia : Ayat 89

"Wahai Tuhanku, jangan engkau biarkan aku keseorangan. Kurniakanlah kepadaku cahaya mata untuk membantu dan menggantikan daku, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik waris"

Boleh juga amalkan Zikir berikut:

Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir
- Bagi isteri, cara yang dicadangkan ialah dengan berpuasa selama 7 hari. Ketika berbuka, baca ketiga-tiga nama ini dan hembus kepada segelas air. Kemudian berbuka puasa dengan minum air tersebut.

Rujukan:

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/01/doa-untuk-dapat-zuriat.html

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template