Bismillah...
Sapa pernah baca buku La Tahzan? Buku asal La Tahzan ni karangan Dr Áidh Abdullah Al Qarni. Of course buku asalnya di tulis dalam bahasa Arab. Tapi, sekarang ni boleh jumpa macam-macam versi buku La Tahzan yg diadaptasi dari buku asal. Salah satu darinya ialah Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia. Saya beli buku ni dah hampir 2 tahun tapi.....tak habis baca lagi ;P. Nak kata bukunya tebal, tak sangat. Heavy reading? Tak juga. Bagi saya....isinya sangat ringkas tapi padat. Satu tajuk tu, adalah dalam 2-3 mukasurat. Sikit je kan? Tapi...saya biasanya baca satu-satu tajuk tu lebih dari sekali sebab maksudnya dalam sungguh. Insha Allah, lepas ni nk sambung baca balik.
Mukadimah panjang lebar kan, tapi buku pun tak habis baca lagi. Sebenarnya saya nak share satu tajuk yg saya kira sesuai bukan utk TTC je, tapi utk semua.
Permata Keempat - Doa dapat melenyapkan cubaan
*Setiap chapter dalam buku ni dinamakan dengan nama logam dan batu berharga cth Emas, Zamrud, etc
"Terkadang Allah memberi nikmat kepada suatu kaum sesudah cubaan yang besar dan menguji kaum lainnya sesudah memberi nikmat"
Saya ringkaskan ya apa yg disampaikan dalam tajuk ni.
Dr Áidh menceritakan mengenai seorang rakan beliau yg mana isterinya menderita sakit kanser. Seorg ulama' menasihatkan rakan tadi buat 3 perkara:
1.solat malam
2. berdoa bila nak masuk waktu Subuh dengan beristighfar (astaghfirullah halazim)
3. membacakan sesuatu kat air zam zam demi isteri dia.
Air zam-zam ni isteri dia buat mandi. Dia mengamalkan kesemua ini dengan istiqomah. Isteri dia pun join sekali. Pendek kata, dari pagi sampai malam mereka beristighfar dan berdoa.
Akhirnya, isteri dia sembuh dari penyakit kanser. Dalam buku ni siap describe "Allah telah menggantikan kulitnya dengan kulit yang baru dan rambutnya dengan rambut yang baru" (wowww...ganti rahim/ovari pun tak mustahil kan?). Even dah baik, isterinya tetap amalkan istighfar dan solat malam.
Saya suka dengan phrase ni.
"Wahai saudariku, jika Engkau sakit bergegaslah kepada Allah. Perbanyakkanlah istighfar, berdoa dan bertaubat. Bergembiralah dengan apa yang menggembirakan kamu. Sesungguhnya Allah maha mengabulkan setiap permohonan, menghilangkan kesedihan dan keburukan"
Tulisnya lagi, audit (pinjam tagline Prof Muhaya ;P) hidup kita pada masa lalu dan sekarang, sebab hidup kita ni terdiri dari pelbagai pengalaman yg berkesinambungan. Setiap org harus keluar daripadanya dengan membawa kemenangan (dalam sungguh maksud ayat ni...).
Mungkin terkadang kita rasa dah habis ikhtiar. Dah bersungguh-sungguh berubat sana sini, dah buat operation, IVF dan sebagainya masih tiada hasil. Sampai ke satu tahap, hampir berputus asa.
Tapi adakah kita dah bersungguh-sungguh berdoa, beribadat dan bertaubat? Peringatan utk diri saya juga, sama-samalah kita audit usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah. La Tahzan....
No comments:
Post a Comment