facebook instagram

Sunday, 23 June 2013

Berat Badan Berlebihan Punca Haid Tidak Teratur

Bismillah....

Haid tidak teratur kebiasaannya dikaitkan dengan ketidaksuburan. Dan salah satu punca haid tidak teratur ialah berat badan berlebihan dan obesiti. Berat badan berlebihan (overweight) dan obesiti adalah dua kategori yang berbeza.

BMI(body mass index) boleh dijadikan ukuran sama ada anda obese, overweight atau underweight. Check BMI anda di sini -> BMI Tool

Suka atau tidak, berat badan berlebihan dan obesiti boleh menyebabkan perkara berikut.

  • Amenorrhea - tidak datang haid
  • Oligomenorrhea - haid datang sekali sekali, tidak kerap
  • Menorrhagia - haid yang panjang dan banyak
  • Anovulation - tiada ovulasi

Dan semua yang di atas ini sangat berkait rapat dengan hormon.

Kaitan berat badan, hormon dan kitaran haid
5 hormon utama yang terlibat dalam kitaran haid iaitu gonadotropin releasing hormone (GnRH), follicle stimulating hormone (FSH) and lutenizing hormone (LH), estrogen and progesterone,

Hormon dan Fungsinya
Ovari ialah organ yg bertanggungjawab menghasilkan estrogen selain progesterone. Wbp, sel lemak juga berupaya menghasilkan sejenis estrogen dengan bantuan enzim iaitu estrone. Lebih-lebih lagi bila berat badan berlebihan, maka lagi banyak sel lemak yg berupaya menghasilkan estrone. Fyi, estrone ini yang digelar "bad estrogen", juga dikatakan punca kanser. Estrone adalah satu-satunya hormon estrogen yang ada setelah menopaus.

Estrone ini tadi akan menghantar isyarat kepada pituitary gland yg estrogen dalam badan telah mencukupi. Maka ovari mendapat isyarat seolah-olah ia tidak perlu menghasilkan sebarang hormon. Disebabkan itu, penghasilan hormon progesterone turut terjejas dan akibatnya, estrogen lebih banyak dari progesterone. Keadaan ini akan menyebabkan lapisan uterus semakin menebal dan tidak akan luruh kerana tidak cukup matang. Jadi, tiadalah haid. Tahap estrogen akan berkurang bila tiba masanya, lapisan uterus yg tebal tadi akan luruh dan darah haid akan keluar dengan banyak. Diingatkan juga, ketiadaan progesterone akan mengakibatkan dinding uterus tidak bersedia untuk fertilisation dan implantation, yang mengakibat ketidasuburan.

Ada juga yang mengaitkan kesukaran untuk mengurangkan berat badan bagi PCOSer dengan insulin resistance. Saya akan cuba menulis tentang di entri yang lain. Insha Allah...

Dah nampak kan kaitan antara berat badan, hormon dan kitaran haid? Pengalaman saya sendiri, bila tersedar BMI berada di borderline - 23.9. Saya amalkan Shaklee Omega Guard dan Alfalfa untuk membantu saya meningkatkan metabolisme, membakar lemak dan detoks. Sebaik saja berat badan saya turun, period saya tiba tepat pada masanya dan cycle kembali normal. Hubungi saya jika ingin tahu pengalaman saya menurunkan berat badan.

Rujukan:
http://www.uptodate.com/contents/absent-or-irregular-periods-beyond-thebasics
http://www.drlam.com/articles/estrogen_dominance.asp?page=3
http://www.livestrong.com/article/156074-irregular-period-weight-gain/#ixzz2WiJmpEvw
http://www.livestrong.com/article/156074-irregular-period-weight-gain/#ixzz2WiJv7Ua9

1 comment:

  1. Bagi ibu-ibu yang perlukan khidmat nasihat dan coaching untuk kuruskan badan selepas bersalin, anda dijemput untuk daftar Projek S.E.K.S.I.

    Projek S.E.K.S.I merupakan projek EKSKLUSIF untuk ibu-ibu menyusu dan baru melahirkan anak yang mahu kekal SLIM &ELEGENT dimata suami. Jom daftar #projekSEKSI bersama saya Coach Mummy Mars

    ReplyDelete

blogger template