Bila bercakap pasal ketidaksuburan ni, pasti orang perempuan je yang kena. Tak subur la, rahim tak kuat la, keturunan dia takda baka dan macam-macam lagi. Orang lelaki???
Dr Victoria Maizes Eksekutif Direktor di University of Arizona’s Center for Integrative Medicine dan pengarang buku Be Fruitful, The Essential Guide to Maximizing Fertility and Giving Birth to a Healthy Child telah berkongsi dengan Chatelaine.com bagaimana perempuan (dan LELAKI) dapat meningkatkan kesuburan menerusi cara-cara yang tidak disangka. Tiada jalan singkat, tapi perubahan yang sedikit mampu memberikan impak yg besar.
1. Bertukar kepada susu penuh krim (disukai ramaiiiii)
Dr Maize berkata, untuk menjadikan susu rendah lemak, susu akan diputar pada kelajuan yang tinggi untuk mengasingkan susu daripada air. Dah jadi lumrah hormon perempuan (estrogen dan progesterone) memang sukakan lemak. Jadi dua-dua hormon ni akan berada di lapisan lemak. Manakala hormon yang ada dalam lapisan air ialah...hormon lelaki iaitu androgen. Low fat milk = Androgen.
*saya yakin, susu terbaik ialah susu kambing. Mengikut sunnah Nabi.
2. Sila minta suami anda mengambil multivitamin
Si isteri sibuk makan macam vitamin dari B-complex sampailah GLA.
Kata Dr Maizes, "1/3 dari masalah kesuburan berpunca dari perempuan dan 1/3 berpunca dari lelaki. Manakala 1/3 lagi berpunca dari lelaki dan wanita. Lelaki yang mengambil multivitamin adalah 4 kali lebih berkemungkinan untuk menghamilkan isterinya"
Dalam buku Be Fruitful, satu kajian telah dilakukan ke atas 2800 pasangan yg menjalani rawatan kesuburan. Kadar bayi hidup ketika dilahirkan juga meningkat sebanyak 5 kali ganda jika suami mengambil antioksidan. Antioksidan yg dimaksudkan ialah vitamins C and E, zinc, folic acid, dan selenium (Shaklee ada SEMUA antioksidan yang dinyatakan!)
3.Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana
Beliau mencadangkan yoga, berenang mahupun berjalan secara sederhana dan relax Terdapat kajian di mana aktiviti fizikal secara ekstrem boleh mengurangkan keupayaan untuk hamil. Bertambah lasak sesuatu aktiviti yg dilakukan, kesukaran untuk hamil juga meningkat.
4. Kurangkan berat badan
Sebaliknya jika BMI melebihi 30 atau obese, maka senaman dapat meningkatkan kesuburan. Berat badan berlebihan/obese menyukarkan wanita untuk hamil. Dengan senaman, ia dapat menstabilkan kadar insulin dan menurunkan berat badan.
5. Sukat kadar pengambilan alkohol
Kadar pengambilan alkohol yg bersamaan 0.6 ounce(pure alcohol) atau lebih menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Orang Islam, tak perlulah ambil alkohol ni kan. Takda faedahnyaaa...
Senang je kan cara-cara yang dicadangkan? So, jangan tunggu lagi....ubah cara hidup anda!
Rujukan:
http://www.chatelaine.com/health/wellness/how-ice-cream-and-yoga-can-influence-your-fertility/
Tq 4 ur info.. suka baca tau... ;-)
ReplyDeleteTqvm:)
ReplyDeleteHarapnye bermanfaat for u. U can refer to the link for original article.