facebook instagram
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Thursday, 10 April 2014

Bismillah...

Sempena dengan promo Shaklee Ostematrix bulan ini, saya nak berkongsi tentang kepentingan kalsium dan apa risiko jika tak cukup kalsium.

Salah satu cara utk mendapatkan bekalan kalsium seharian yg mencukupi ialah dengan pengambilan Shaklee Ostematrix. Ia mampu membekalkan keperluan kalsium harian yang secukupnya untuk badan anda kerana setiap tablet mengandungi 1000mg kalsium. Shaklee Ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium, malah ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D bagi memastikan kalsium dapat diserap dan menjalankan fungsinya dengan baik.


  • 1,000 mg (100% DV) of elemental calcium from nature’s most concentrated and easily absorbed sources
  • 400 mg (100% DV) of magnesium to help incorporate calcium into bones and strengthen them
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D to stimulate calcium absorption
Harga Shaklee Ostematrix sangat berbaloi, RM61.00 (120 tablet). Mahu harga lebih murah? Kenalah jadi ahli :)

Kadar pengambilan kalsium yg dicadangkan utk peringkat umur yg berbeza



Pengambilan kalsium seharian yg tidak mencukupi akan menjejaskan kesihatan tulang, gigi dan kuku. Kekurangan kalsium bermakna kadar kalsium di dalam darah rendah. Bila ini berlaku, badan kita akan ambil kalsium dari tulang dan gigi untuk stabilkan kadar kalsium dalam darah. Jika proses ini berlanjutan, lama kelamaan tulang dan gigi kita akan menjadi poros (low density) lalu mengakibatkan osteperosis. Selain dari osteperosis, risiko-risiko lain akibat kekurangan kalsium boleh dikategorikan kepada dua iaitu Kurang Serius dan Agak Serius.

Kurang serius
- otot kejang, keras, menggeletar, menyentak
- keletihan melampau
- tiada selera makan
- terasa sesemut atau kebas di jari

Agak serius
- kecelaruan mental
- bentuk rangka badan berubah spt bongkok
- penyakit kulit
- osteoperosis atau tulang rapuh
- tumbesaran dan perkembangan terganggu (kanak-kanak)
- rickets (tulang lembut dan rapuh biasa berlaku kpd kanak-kanak)
- menganggu KESUBURAN lelaki dan wanita


Akibat dari osteoperosis, ketinggian boleh berkurang antara 6-9 inci! Ini disebabkan tulang telah berkurang ketumpatannya dan menjadi semakin poros. Lalu, menjejaskan struktur tulang belakang dan menjadi bengkok. Semakin umur anda meningkat, kalsium juga turut berkurang. Terutamanya utk wanita yg melalui fasa menopaus, umur 50 -70 tahun. Penghasilan estrogen yg berkurangan setelah menopaus menyebabkan ketumpatan tulang turut berkurang.

Untuk wanita menopaus, kalsium dan hormon estrogen sangat penting bagi mengurangkan risiko osteoperosis. Jadi, wanita menopaus memang dicadangkan untuk mengambil Shaklee Ostematrix dan ESP bagi membekalkan kalsium dan estrogen yg diperlukan.


Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan
sms/whatsapp: 0194587610
PM : facebook.com/messages/beautecology
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 9 October 2013

Bismillah...


Baca elok2 ya tajuk entri ni dan fokus pada perkataan MALAM. Kalau tak cukup tidur siang, setakat ni takda lagi org buat kajian ada kesan buruk ke tak.

Harvard Medical School berpendapat ada beberapa jenis teori berkenaan tidur malam dan salah satu daripadanya ialah RESTORATIVE theories atau teori pemuliharaan. Dipercayai, tdiur malam ialah salah satu cara utk memulihara apa yg hilang ketika kita berjaga. Tidur menyediakan peluang utk badan memperbaiki dan menyegarkan diri. Terdapat banyak hasil kajian yg menyokong teori restorative ni termasuklah ke atas haiwan. Hasil kajian juga menunjukkan fungsi pulihara seperti tumbesaran otot, memperbaiki tisu, sintesis protein dan hormon tumbesaran dibebaskan sewaktu tidur.

Maka, apakah kesan buruk akibat tak cukup tidur malam:
1. Obesiti
- BMI yg lebih tinggi dari purata
- Hormon tidak seimbang
- Kurang kawalan selera makan
- Metabolisme rendah
- Meningkatkan kadar insulin
- Menambahkan selera makan

2. Diabetes
- Type 2 diabetes
- Glukos diproses pada kadar perlahan
- Kesan yg sama berlaku terhadap mereka yg sukar bernafas ketika tidur

3. Penyakit jantung dan hipertensi
- Tekanan darah meningkat

4. Mood swing
- Dalam jangka masa panjang, boleh mengakibatkan kemurungan, kebimbangan dan tekanan mental

5. Melemahkan fungsi daya tahan penyakit
- Bila sakit, lambat pulih

6. Jangka hayat pendek
- Sebab penyakit diabetes dan jantung akibat tak cukup tidur

7. Penggunaan alkohol
- Pengunaan alkohol waktu malam boleh stimulate otak kita dan terjaga daripada tidur
- Alkohol digunakan sebagai sedatif

Tak boleh tidur? Untuk yg muslim boleh cuba cara di bawah:
- Baca al-Quran
- Solat sunat
- Berzikir
- Beristighfar
- Memaafkan kesalahan org lain
Selain susu suam segelas ATAU Shaklee OSTEMATRIX 4 biji.
Insha Allah.......


SMS/whatsapp to order Ostematrix - 0194587610
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 17 April 2013

Bismillah....

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal.

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk  tulang dan pembentukan gigi. Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.

Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Lebih daripada 99 peratus kalsium badan disimpan dalam tulang dan gigi manakala baki 1 peratus didapati dalam darah, otot, dan cecair antara sel-sel.

Kalsium hilang dari badan setiap hari melalui air kencing dan najis, dan jumlah surih hilang melalui peluh, kulit, rambut, dan kuku. Kalsium yang hilang biasanya digantikan dengan kalsium daripada makanan. Jika diet tidak mengandungi kalsium yang mencukupi atau badan kita tidak dapat menyerap kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan @ supplement,  badan akan bertindak mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.

Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.

Bekalkan kalsium secukupnya untuk tubuh anda dengan 2 caplet Shaklee Ostematrix setiap hari.



 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template