facebook instagram

Wednesday, 17 April 2013

Kepentingan dan Kebaikan Kalsium

Bismillah....

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal.

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk  tulang dan pembentukan gigi. Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.

Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Lebih daripada 99 peratus kalsium badan disimpan dalam tulang dan gigi manakala baki 1 peratus didapati dalam darah, otot, dan cecair antara sel-sel.

Kalsium hilang dari badan setiap hari melalui air kencing dan najis, dan jumlah surih hilang melalui peluh, kulit, rambut, dan kuku. Kalsium yang hilang biasanya digantikan dengan kalsium daripada makanan. Jika diet tidak mengandungi kalsium yang mencukupi atau badan kita tidak dapat menyerap kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan @ supplement,  badan akan bertindak mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.

Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.

Bekalkan kalsium secukupnya untuk tubuh anda dengan 2 caplet Shaklee Ostematrix setiap hari.



No comments:

Post a Comment

blogger template