facebook instagram

Monday, 1 April 2013

Cantik atau Sihat?

Siapa tak nak cantik? Semua orang mahu kelihatan cantik terutamanya kaum wanita. Ada yang sanggup habis beribu ringgit untuk produk penjagaan muka - suntik botox, vitamin C. Yang lebih ekstrem, sanggup habis berpuluh ribu ringgit untuk pembedahan kosmetik.

Kata orang, cantik itu subjektif. Jadi, cantik itu boleh membawa pelbagai makna. Antaranya, cantik itu bila:
- kulit muka licin, halus, tulus mulus
- tubuh badan langsing
- rambut panjang ikal mayang
- pakai make-up tapi nampak natural dan lebih cantik
- nampak lebih muda dari usia sebenar

Jadi, sihat itu bagaimana pula? Sihat itu bila tubuh badan kita berfungsi secara optimum dan of course, tidak sakit. Kalau organ dalam tubuh badan kita tidak berfungsi secara optimum atau paling teruk, gagal berfungsi dah tentu kita akan jatuh sakit. Dan tahukah anda, organ paling besar dan penting dalam tubuh badan kita ialah kulit?

Keadaan kulit sebenarnya ialah indikator terhadap tahap kesihatan badan kita. Contohnya:
- jerawat, eczema, dermatitis adalah indikator sistem penghadaman yang tidak baik
- dark circle pada mata mungkin menandakan badan kekurangan vitamin C dan antioksida
- pigmentasi, tompok hitam dan warna kulit tidak sekata berlaku kerana sistem peredaran darah yang lemah
- jerawat pada muka dan badan disebabkan jangkitan sinus/resdung atau haid tidak teratur

Pengunaan topikal atau luaran seperti pencuci muka, krim muka, krim pemutih sememangnya boleh merawat masalah kulit. Tapi produk topikal ini hanya merawat di luaran sahaja. Sebab itu kadang-kadang bila kita berhenti guna, masalah kulit tadi datang semula. Sebabnya, punca utama masalah kulit itu tidak di rawat dari dalam.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Masalah kulit tidak sekata, jerawat halus, dark circle, kelemumur dan 1001 masalah kulit yang lain. Dah bermacam krim saya guna, shampoo/conditioner dari yang murah kepada yang mahal. Tapi takda yang tahan lama kesannya. Saya pun mula cari apa punca saya mengalami macam-macam masalah kulit ni. Cari punya cari, tahulah saya rupanya tubuh badan saya ini rupanya tidak sihat. Dan saya pun mula ambil supplement. Alhamdulillah, kesannya memang terasa. Kulit lebih lembap, warna kulit nampak lebih sekata, dark circle pun pudar, kelemumur kurang. Bukan saja pada kulit, badan pun rasa lebih sihat, jarang dah rasa lenguh-lenguh, perut lebih kempis.

Jadi makan supplement, anda bukan saja boleh jadi sihat tapi juga cantik. Yang penting, ambillah supplement yang sudah terbukti selamat dan berkesan. Nak tahu supplement yang saya ambil?

Shaklee Set D (untuk kulit)
- Vitamin C : menbantu penghasilan kolagen, antioksidan
- Vitamin B Complex : Menstabilkan hormon, mengurangkan stress
- Vitamin E - memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu kulit, melindungi kulit dari sinaran UV

Supplement Tambahan:
- Alfalfa Complex : memulihkan masalah penghadaman dan pencernaan, merawat alahan(allergy) dan eczema
- GLA : membantu mengawal peredaran haid
- Energized Soy protein : memulihkan pigmentasi, merangsang regenrasi kulit dan otot supaya kulit lebih anjal dan berseri

Banyaknye supplement saya ambil? Nak buat macam mana, byk masalah bila umur dah menjengah 30an ni. Mahal? Saya ada sediakan set mampu milik. Beritahu masalah dan budget anda, insya Allah saya dapat bantu cadangkan set supplement yang sesuai.

Wassalam.



http://darkcirclesresearch.com/4-supplements-for-dark-circles/
http://www.naturalnews.com/021773_healthy_skin_care_products.html


No comments:

Post a Comment

blogger template