facebook instagram

Sunday, 10 March 2013

Simptom-simptom kekurangan kalsium

Pada tahun 2009, dilaporkan lebih sejuta penduduk Malaysia menderita osteoperosis. Osteoperosis atau poros tulang adalah sejenis penyakit metabolik di mana tulang mengalami kerapuhan sedikit demi sedikit lalu boleh mendatangkan risiko kepada keretakan tulang terutama kepada bahagian pinggul, tulang belakang dan lengan. 

Pada tahun 1997, kejadian tulang pinggul retak di Malaysia bagi yang berumur 50 tahun ke atas adalah 90 orang bagi setiap 100,000 kes. Kadar kematian juga tinggi bagi keretakan pinggul ini dengan 20-25% mati pada tahun pertama selepas mengalami keretakan. Osteopreosis boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tetapi wanita lebih berisiko menghidapinya terutama setelah menopaus. Osteoperosis ini juga disifatkan sebagai epidemik senyap kerana kebiasaannya, kita memang tidak akan tahu kita menghidap osteoperosis sehinggalah mengalami keretakan tulang.  

Bagaimana osteoperosis berlaku? Kekurangan kalsium (calcium deficiency) atau hypocalcemia. 

Kekurangan kalsium bermakna kadar kalsium di dalam darah rendah. Bila ini berlaku, badan kita akan ambil kalsium dari tulang dan gigi untuk stabilkan kadar kalsium dalam darah. Jika proses ini berlanjutan, lama kelamaan tulang dan gigi kita akan menjadi poros (low density) lalu mengakibatkan osteperosis.

Antara simptom-simptom awal kekurangan kalsium adalah:
Tetany - kekejangan otot, kebas dan berdenyut-denyut pada jari, lengan dan kaki
Insomniasusah tidur, tidur tak lena dan tak puas
Gigi reput/pecah
Tulang poros
Kuku mudah patah dan pecah-pecah
Lambat baligh - kekejangan PMS

Kekurangan kalsium pada kadar sederhana pula akan mengakibatkan simptom-simptom berikut:
Osteoporosis 
Sakit sendi
Kadar kolesterol tinggi
Kadar denyutan jantung perlahan/terlalu laju (Heart palpitation)
Kecacatan/lewat kadar tumbesaran
Eczema

Anda ada simptom-simptom di atas? Tingkatkanlah pengambilan kalsium harian anda kerana tubuh kita akan menggunakan kalsium yang berlebihan untuk membina semula tulang dan gigi. Antara makanan yang mengandungi kalsium tinggi ialah sumber tenusu, bijan, almond, flax seeds, tauhu, sayur berdaun hijau, ikan herring dan lain-lain.
Cara yang lebih senang dan selamat, amalkan pengambilan Shaklee Osteomatrix. Osteomatrix mampu membekalkan keperluan kalsium harian yang secukupnya untuk badan anda. Osteomatrix bukan sahaja mengandungi kalsium, malah ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D bagi memastikan kalsium dapat diserap dan menjalankan fungsinya dengan baik.
  • 1,000 mg (100% DV) of elemental calcium from nature’s most concentrated and easily absorbed sources
  • 400 mg (100% DV) of magnesium to help incorporate calcium into bones and strengthen them
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D to stimulate calcium absorption
Kajian menunjukkan, menjelang 2050 kes retak pinggul dijangka meningkat sebanyak  310% bagi lelaki dan 240% bagi wanita. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik. Pastikan tubuh anda mendapat kalsium secukupnya.

Sumber Rujukan:
http://www.newsmax.com/FastFeatures/deficiency-of-calcium-deficiency/2011/02/17/id/386529
http://www.healthy.co.nz/ailment/1018-calcium-deficiency.html
http://osteoporosis.emedtv.com/calcium-deficiency/calcium-deficiency.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0816&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_05.htm

No comments:

Post a Comment

blogger template