facebook instagram
Showing posts with label Masalah Kulit Muka. Show all posts
Showing posts with label Masalah Kulit Muka. Show all posts

Tuesday, 16 December 2014

Jerawat, parut, jeragat, warna kulit tak sekata, berminyak, kering, sensitif - adalah antara masalah kulit yg biasa dialami oleh perempuan mahupun lelaki. Cuma orang perempuan ni lebih sensitif apabila menyentuh hal-hal kecantikan kulit.

"THE SKIN IS A WINDOW TO WHAT IS GOING ON INSIDE THE BODY" 
- Dr Julia T. Hunter

Dr Julia ialah seorang pakar kulit yg asalnya bekerja dengan klinik kosmetik. Hasil dari pemerhatian beliau, kebanyakan pelanggan yg telah melalui rawatan laser untuk menyelesaikan masalah kulit biasanya akan kembali selepas dua tahun kerana masalah kulit mereka kembali. Ini kerana, rawatan laser hanya menyelesaikan masalah kulit di luar. PUNCA sebenar yg menyebabkan terjadi masalah kulit itu berada di dalam badan. Selagi PUNCA itu tidak dirawat, masalah kulit tetap akan kembali. 

Kaedah rawatan yg diperkenalkan oleh Dr Julia bagi merawat masalah kulit bersifat holistik, merangkumi LUAR dan DALAM. Bagi beliau, itu adalah cara yg paling EFEKTIF untuk merawat masalah kulit mahupun mendapatkan kulit yg cantik. Banyak perkara-perkara yg berlaku dalam badan kita yg boleh menyebabkan berlakunya masalah kulit seperti:
  • sistem penghadaman yg tidak lancar
  • berlaku inflamasi/radang dalam usus besar
  • masalah kelenjar thyroid
  • hormon tidak seimbang
  • oxidative stress
  • masalah fungal seperti candida
  • kembung perut/bloating
  • sembelit
  • kekurangan vitamin/mineral yg tertentu
Ini memang berlaku kepada diri saya sendiri. Jika anda baca entri yang sebelum ini, mesti tahu yg saya telah melalui beberapa fasa masalah kulit. Dari kulit berjerawat, berminyak, sensitif hinggalah kulit kering - semuanya telah saya lalui. Setelah bertahun mencari skin care yg berkesan, akhirnya pencarian saya terhenti. Bukan sebab saya dah putus asa. Tapi sebab saya dah jumpa penyelesaiannya. Bukannya krim, bukannya cleanser mahu pun serum, tapi - SUPPLEMEN.


Selama ini saya ingat sistem penghadaman saya tak bermasalah tapi rupanya saya silap. Saya jarang kena sembelit tapi penghadaman saya tidak lancar. Tidak buang air besar setiap hari, selalu bloated dan perut buncit. Saya amalkan Shaklee Alfalfa dan Herblax bagi membersihkan usus besar dan melancarkan sistem penghadaman. Perubahan terhadap kulit saya memang sangat ketara. Tiada lagi kemerahan, tompk-tompok kering, dark circle yg ketara dan warna kulit semakin sekata. Dan selepas itu, saya tambahkan pula Shaklee Omega Guard yang sangat baik untuk kulit kering dan berupaya meredakan inflamasi dalaman. Dan baru-baru ni mencuba ambil Shaklee Collagen Powder. Alahaiii...menyesal tak ambil collagen awal-awal lagi. Memang banyak perubahan bukan saja pada kulit, tapi pada sendi, rambut dan kuku juga. Inilah yg dikatakan #ShakleeEffect

Dan saya tahu, saya tidak keseorangan. Ramai yg telah merasai #ShakleeEffect ini. Antaranya ialah Puan Nor Farizan yang akhirnya berjaya menyelesaikan masalah kulit berjerawat setelah 7 TAHUN mencari penawar.


ADA MASALAH KULIT? Pasti ada penawarnya.

Testimoni pengguna SET KULIT CANTIK

Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) untuk sembang-sembang dan tukar pendapat tentang masalah kulit atau pm di fb Beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING
Kalau Part I sebelum ini kita dah cerita mengenai Kulit Kering, Part II akak nak share pasal Kulit Berminyak pula.

Teringat masa zaman remaja dulu. Kulit makkkk aihhh...kalau boleh perah, minyak tu boleh guna buat goreng ikan. Sebatu orang dah nampak kita, sebab kulit berkilat-kilat. Nasib baik baik zaman tu belum ada selfie-selfie ni. Tapi, sekarang ni bila dah rasa kulit kering. Ohhh...akak redho kalau kulit berminyak. Percayalah...kulit berminyak itu 10x ganda lebih baik dari kulit kering.

Kenali Ciri-ciri Kulit Kering
  • Kulit nampak berkilat
  • Pori-pori/liang roma jelas kelihatan, terbuka dan kasar
  • Sering mengalami masalah jerawat
             
Pori-pori jelas kelihatan
Muka berkilat

Punca Kulit Berminyak
  • Genetik
  • Penggunaan produk penjagaan kulit secara berlebihan seperti kerap exfoliator, scrub dan seumpamanya
  • Cuaca yg terlalu panas boleh menyebabkan kulit menghasilkan minyak dengan banyak
  • Ubat-ubatan seperti pil hormon meningkatkan penghasilan minyak
  • Penggunaan produk penjagaan kulit yg tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tekanan/stress
Anggapan Salah Tentang Kulit Berminyak

Selalu terjadi bila kulit berminyak, maka kita pun mula mencari jalan bagaimana nak hilangkannya seperti kerap mencuci muka, menggunakan pencuci muka yg berbuih banyak dan seumpamanya. Kenyataanya, kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak bila kulit kering. Kenapa? Sebab kulit sudah memang sedia ada lapisan minyak yg bagi menghasilkan lembapan semulajadi. Jadi, bila kulit mendapati lembapan hilang dan dalam keadaan kering, maka kulit pun menghasilkan lebih minyak bagi memastikan kulit lembap dan tidak kering. Jadi, jangan menggunakan produk sebarangan yg menyebabkan kehilangan lapisan lembapan semulajadi pada kulit. Cuci muka dengan kerap dan menggunakan sabun yg terlalu berbuih, bukan jalan penyelesaiannya.

Produk Skin Care Yang Sesuai

Pencuci Muka : Gunakan pencuci muka yg larut air/water-soluble sebanyak 2 kali sehari. Jauhi produk yg mengandungi Sodium Lauryl Sulafte (bahan yg berbuih dan mengeringkan kulit)

Toner : Gunakan toner yg bebas alkohol dang mengandungi ANTIOKSIDAN kerana ia boleh membantu menyembuhkan kulit, mengecilkan liang roma dan mengeluarkan bendasing yg menjadi punca liang roma tersumbat

Exfoliate : Tak macam jenis-jenis kulit yang lain, exfoliate ialah langkah yg sangat penting utk kuli berminyak. Kulit berminyak kebiasaannya memiliki lapisan kulit mati terkumpul yg agak tebal. Exfoliate adalah cara terbaik bagi membuang lapisan kulit mati ini dan memastikan liang roma tidak tersumbat.

Moisturiser : Gunakan jenis yg ringan seperti gel-based atau serum yg boleh membekalkan kelembapan yg diperlukan disamping merawat kulit dan menghindarkan liang roma dari tersumbat. 

Masalah Jerawat

Biasanya, kulit berminyak memang senang mengalami masalah jerawat. Ini adalah disebabkan liang roma yg terbuka dan besar, menyebabkan kulit mati serta kotoran lain berkumpul di dalambya. Lalu menyebabkan ia tersumbat dan membentuk jerawat. Jadi, langkah yg paling penting bagi menyelesaikan masalah jerawat ini once and for all - kecilkan liang roma. Bagaimana? Baca di sini.

Mahu sembang-sembang tentang masalah kulit? Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) atau pm saya di fb Beautecology
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Sunday, 19 October 2014

Bismillah...

Tujuan entri Jangan Salah Guna Produk adalah bagi berkongsi tip dan info dengan anda supaya memilih produk yg betul dan sesuai dengan keadaan kulit anda. Ini SANGAT penting kerana penggunaan produk yg salah akan membuatkan keadaan kulit menjadi bertambah buruk. Jadi entri Jangan Salah Guna Produk -Part I adalah bagaimana nak kenal pasti kulit kering, langkah-langkah penjagaan, jenis produk skin care yg sesuai dan supplemen yg dapat membantu mengatasi kulit kering.

Kenali ciri-ciri kulit kering
Jika kulit anda mempunyai ciri-ciri di bawah, maka kulit anda boleh dikategorikan sebagai kulit kering.
  • Kulit tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma tidak begitu kelihatan
  • Tompok-tompok kulit yang kasar
  • Kulit berasa kering dan kasar
  • Kulit menggelupas
  • Kulit berasa tegang selepas dicuci atau pedih
*Kulit anda mungkin berasa gatal kerana kering. Tapi jika ia gatal, kering dan kemerahan, kulit anda mungkin jenis kulit sensitif
Contoh Kulit Kering
Punca Kulit Kering
Kulit kering mungkin boleh berpunca daripada perkara berikut:
- Umur meningkat (simptom penuaan)
- Perubahan hormon
- Terdedah kepada cuaca seperti keadaan berangin dan cuaca sejuk //kulit saya jadi amat kering bila saya travel ke luar negara
- Terdedah kepada cahaya matahari
- Mandi terlalu lama/berenang (Air boleh mengeringkan kulit)
- Pengunaan ubat-ubatan

Produk Skin Care Yang Sesuai
Pencuci Muka : Lotion/Milk cleanser(foam-free/soap-free) 
Cadangan : Shaklee Enfuselle Lotion Cleanser

Toner : Alcohol-free atau water-based toner atau thermal-water
Cadangan : Shaklee Enfuselle Hydrating Toner

Moisturiser : Mengandungi Glycerin, propylene glycol, proteins, urea dan vitamins kerana bahan-bahan ini boleh mengekalkan kelembapan di lapisan luar kulit. Pastikan oil-free.
Cadangan : Shaklee Enfuselle Hydrating Moisturiser


shaklee set kulit
Hydrating untuk Kulit Kering



Tips memilih produk skin care untuk kulit kering
- Jauhi produk pencuci muka yg bersabun/berbuih kerana produk ini biasanya mengandungi Sulfate yg menyerap kelembapan kulit/minyak
- Jangan scrub muka terlalu kerap, seminggu sekali memadai dan gunakan mild scrub/halus
- Jangan mandi terlalu lama atau kurangkan berenang
- Berlindung dari sinaran cahaya matahari dengan memakai payung atau topi
- Gunakan produk yg oil-free kerana ditakuti boleh membuatkan liang roma tersumbat
- Pilih produk yg telah diuji secara dematologi (dermatologically tested) kerana kulit kering sangat senang untuk mendapat irritasi jika salah guna produk
- Apply produk skin care sebaik sahaja selepas mandi
- Minum air masak 2-3 liter sehari

Supplemen Untuk Kulit Kering
Kulit kita juga memerlukan supplemen, bagi menyokong pembaharuan, memelihara dan perbaiki sel kulit dari dalam. Pendedahan kepada cahaya matahari dan persekitaran boleh menyebabkan kerosakan pada sel. Tambahan pula, ada sesetengah nutrien yg perlu diperolehi dari sumber luar kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. 

Omega-3
Omega-3 dapat membantu menstabilkan skin-fat dan mencegah sel daripada terhidrat. Ini dapat menghasilkan sel yg lebih kuat dan lembap sepenuhnya. 
Cadangan : Shaklee Omega Guard

Collagen
Collagen ialah sejenis protein yg paling penting untuk kulit. Apabila usia meningkat, penghasilan collagen turut berkurang. Ujian klinikal hasil penggunaan Shaklee Collagen Powder membuktikan collagen dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kekeringan -> http://bit.ly/1tWL84U
Cadangan : Shaklee Collagen Powder

GLA
GLA dapat membantu menghasilkan bukan sahaja kulit tetapi rambut dan kuku yg sihat.
"Consider supplementing with gamma-linolenic acid (GLA), a fat that helps promote healthy skin, hair, and nails and is very hard to come by in the diet," says Prevention advisor Andrew Weil, MD, clinical professor of medicine at the University of Arizona. 
Cadangan : Shaklee GLA Complex

Dapatkan FREE GIFT bagi setiap pembelian SET KULIT SHAKLEE
*Sementara stok masih ada

Konsultasi percuma. Kredit Kad diterima.
SMS/Whatsapp: 0194587610 - SHIKIN
Facebook: beautecology
Email : beautecology@gmail.com

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 13 October 2014

Bismillah...

Adakah anda tahu jenis kulit muka yg anda miliki? Adakah kulit anda jenis kulit normal, berminyak, sensitif, kering atau kombinasi? Dalam entri kali ini, saya nak kongsi ciri-ciri tertentu bagi setiap jenis kulit. Pentingnya mengenali jenis kulit yang anda miliki kerana ia dapat mengelakkan anda dari menggunakan produk skin care yg salah. Penggunaan produk yg salah bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kulit anda, malahan akan menyebabkan masalah yg sedia ada bertambah buruk.

Jenis Kulit Saya
Percaya tak kalau saya kata jenis kulit muka saya bertukar-tukar sejak dari zaman sekolah menengah sampai lah sekarang?

  • 13 - 17 tahun : Kulit jenis kombinasi dan susah juga nak tumbuh jerawat
  • 18 - 19 tahun : Kulit muka saya bertukar jadi jenis kulit berminyak dan jerawat tumbuh kat pipi
  • 20 - 23 tahun : Kulit rosak akibat penggunaan produk skin care yg mengandungi agen penglupasan dan pemutihan
  • 24 - 28 tahun : Kulit kering dan start ada jerawat pendam
  • 28 - 33 tahun : Kulit saya sebenarnya dah termasuk dalam jenis kulit sensitif dan kering
  • Sekarang : Kulit dah beransur normal dan kurang sensitif
Kulit saya sebenarnya dah masuk dalam kategori kulit sensitif sejak saya berumur 20 - 23 tahun kerana penggunaan produk skin care yg mengandungi bahan kimia yg merbahaya. Tapi masa tu saya tak tahu dan guna produk yang tak sesuai dengan keadaan kulit saya. Jika tidak, pasti masalah kulit saya dapat diatasi lebih awal dan tidak bertambah teruk.

Jadi, mari kenali jenis kulit anda.


KULIT KERING
  • Kulit tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma tidak begitu kelihatan
  • Tompok-tompok kulit yang kasar
  • Kulit berasa kering dan kasar
  • Kulit berasa tengang selepas dicuci atau pedih


KULIT BERMINYAK
  • Kulit berminyak dan berkilat
  • Pori-pori/liang roma Nampak jelas dan terbuka.
  • Banyak black head
  • Kerap mencuci muka bagi menghilangkan minyak
  • Mekap tidak boleh bertahan lama
  • Mudah mendapat jerawat terutamanya di bahagian pipi


KULIT NORMAL
  • Kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak
  • Bahagian pipi mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma mungkin hanya kelihatan pada T-Zone


KULIT KOMBINASI
  • Bahagian T-Zone(hidung dan dahi) berminyak dan Nampak berkilat
  • Kulit kasar dan kering di bahagian pipi dan dagu
  • Mudah mendapat jerawat di bahagian T-Zone


KULIT SENSITIF
  • Kulit kemerahan (redness, inflammation)
  • Bengkak
  • Merengsa (irritation/gatal)
  • Ruam/eczema
  • Kulit berasa tegang (terutama selepas mencuci muka)
  • Bekeruping/menggelupas (dry patch)

Penggunaan produk skin care sememangnya dapat membantu keadaan kulit kita menjadi bertambah baik. Tetapi, penggunaan skin care semata-mata tidak mampu untuk merawat dan memperbaiki masalah kulit yang saya hadapi. Hanya setelah saya mula mengamalkan supplemen, barulah saya nampak kesan yg ketara. Yang paling best, keadaan kulit saya dah beransur normal dan kurang sensitif sekarang ni. Alhamdulillah...
Ini kerana produk skin care hanya mengatasi masalah kulit dari luar. Supplemen pula membantu merawat dan memelihara kulit dari dalam. Kulit kita adalah organ terbesar dalam tubuh kita jadi ia juga perlukan nutrien yg secukupnya seperti organ-organ badan kita yang lain. Saya mendapati keadaan kulit saya bertambah baik sejak mengambil supplemen terutamanya Omega Guard, Vivix dan Collagen. Kerana ketiga-tiga supplemen ini mempunyai fungsi dalam merawat dan memperbaharui sel tubuh termasuklah kulit.

Shaklee Set Kulit
Supplemen dan Skin Care Yang Saya Gunakan


Hubungi saya untuk ORDER supplemen dan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA :)
sms/whatsapp: 0194587610
facebook: Beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 8 September 2014

Bismillah...

Kenapa saya perlu pilih Skin Care Shaklee?
Ini adalah soalan yg sama saya tanya diri saya. Saya ini seorang yg sangat cerewet bila berkaitan dengan skin care ni sebab saya memiliki kulit yang sangat sensitif. Jadi, saya tak boleh pakai skin care yang sebarangan sebab nanti kulit saya akan jadi merah-merah, kering(dry patch) dan sakit/gatal. Oh, kulit saya bukan semulajadi sensitif. Satu ketika dahuluuuuu...kulit saya amat normal tanpa sebarang kondisi jerawat yg serius. Tapi, semua itu hancur musnah bila saya mula gunakan skin care jenama X, yg kononnya boleh membuatkan kulit lebihh putih mulus. Tapi padahal, ia mengandungi  bahan kimia yg kuat dan merbahaya membuatkan kulit menggelupas tak henti-henti. So, moral of the story...jauhi produk yg menjanjikan KULIT PUTIH DALAM MASA DUA MINGGU dan seumpamanya.

Jadi, 3 tahun lalu bermulalah journey saya mencari produk skin care yg sesuai utk kulit saya. Dan sepanjang journey itu jugalah, saya telah berjumpa dengan vitamin Shaklee. Dan setelah beberapa tahun mencari, barulah saya berjumpa dengan skin care yg sangattt sesuai untuk kulit saya. Shaklee ke? Bukanlah...jenama Origins - range Mega Mushroom. Masa ni saya tak berapa tahu sangat tentang skin care Shaklee. Saya beri 5 bintang utk set Origins ni sebab memang terbaik, boleh selesaikan masalah yg produk jenama lain tak boleh buat. Kesannya memang cepat, tak sampai sebulan dah boleh nampak perbezaan. Tapi....MAHALnya lahhhh. Sebotol krim moisturizer harganya RM300 sebotol!! Jadi, kenalah teruskan mencari lagi nampaknya....

Shaklee Enfuselle Advanced Skin Care
Apalah yg hebat sangat dengan skin care Shaklee ni? Shaklee ni buat VITAMIN yg bagus tapi boleh ke buat skin care yg bagus juga? Perenggan di bawah telah mengubah persepsi saya terhadap skin care Shaklee.
"It turns out that the same nutrients that help keep you healthy on the inside also play a huge role on how you look on the outside. So it should come as no surprise that the answer to amazing skin comes not from a cosmetics company but from the foremost natural nutrition company"
Kerana kulit kita memerlukan VITAMIN yg SAMA seperti diperlukan oleh tubuh kita. Kerana ini juga, Shaklee boleh menghasilkan skin care yang bagus kerana mereka juga syarikat nutrisi yg berpengalaman dan terbaik dalam menghasilkan VITAMIN.

Exclusive, triple-patented Vital Repair +® Complex
Plihan saya - Ensfuselle Advanced Skin Care (Hydrating) dengan formula Vital Repair +® Complex yang telah dipatenkan tiga kali.

shaklee skin care

Produk Enfuselle yang terdapat di Malaysia:
Untuk kulit kering/sensitif
- Eye Treatment //saya guna
- Hydrating Cleansing Lotion //saya guna
- Hydrating Moisturizer//saya guna
- Hydrating Toner //saya dah lama tak guna toner

Untuk kulit Berminyak/Berjerawat/Kombinasi
- Eye Treatment
- Balancing Moisturizer
- Purifying Cleansing Gel
- Purifying Toner 



Testimoni saya
Bagi saya, skin care Shaklee ni sama hebatnya dengan skin care yg jauh lebih mahal harganya dan LEBIH HEBAT dari produk yg sama harganya. Memang dapat rasa perbezaaan yg ketara selepas sebulan. Rupanya, ini memang jaminan dari Shaklee berdasarkan ujian klinikal, bukan janji manis ya;)

skin care shaklee


**Rujuk di sini untuk ujian klinikal

Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan berkenaaan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA!
sms/whatsapp/telegram: 0194587610
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 18 April 2013


Bismillah

Pertambahan usia bukan sahaja memberi kesan pada wajah kita, malahan seluruh anggota badan menerima kesan penuaan. Sepanjang tahun terdedah kepada matahari dan persekitaran yang tercemar menghasilkan molekul yang tidak stabil di panggil radikal bebas menghasilkan inflamasi yang merosakkan sel kulit. Tiada pil magik yang boleh buat kita kelihatan 20 tahun lebih muda tapi ada banyak cara yang boleh diusahakan. Ada 3 cara yang pasti buat kulit kita cantik: Lindunginya daripada sinaran matahari yang terik, jangan merokok dan makan diet yang seimbang.

Vitamins C,Vitamin E& Selenium untuk Kulit Anda.
Kajian menunjukkan bahawa vitamins C and E, dan selenium, boleh membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan, kanser kulit, dapat memulihkan kulit yang mempunyai tona tidak sekata dan mengurangkan kedutan yang disebabkan oleh penuaan & pancaran matahari. Antioksida ini bertindak dengan mempercepatkan sistem pemulihan semulajadi kulit dan memulihkan sel sel supaya tidak mudah rosak menurut Dr. Karen E. Burke, MD, PhD, Mount Sinai School of Medicine’s, seorang pakar Dermatologi.

Menurut beliau lagi, walaupun bahan ini boleh ditemui dalam krim kecantikan, kepekatan bahan bahan ini dalam krim muka lazimnya rendah dan tidak lagi efktif sebaik sahaja di sapu ke muka kerana terdedah kepada cahaya dan udara.

Dr. Burke mencadangkan pengambilan supplemen yang mengandungi 1,000 to 3,000 milligrams vitamin C, 400 international units vitamin E ( D-alpha-tocopherol form), dan 100-200 micrograms Selenium (l-selenomethionine) untuk mendapat kesan kulit yang cantik.
Vitamin B Complex

B Complex penting dalam proses perkembangan sel manusia. Vitamin B yang penting untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku ialah B1, B2, B3, B5, B9, B12, Biotin dan Kolin. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering, kulit berdebu, dermatitis, berkedut, jerawat, ruam, rambut gugur dan kuku rapuh.

Diet yang seimbang turut menyumbang kulit yang cantik. Berikut adalah senarai sumber vitamin yang boleh diperolehi daripada makanan.
Selenium – kacang Brazil, turkey, ikan kod
Vitamin B-2 — Susu, bijirin, telur
Vitamin B-6 — Ayam, ikan, kekacang
Vitamin B-12 –kerang, hati, ikan trout, sereal.
Vitamin C — Buahan citrus, lada merah, brokoli
Vitamin E – minyak bunga matahari, whole grain, kekacang
Omega-3s – Salmon, ikan lautan sejuk, walnut, flaxseed.

Akhir sekali, buat mereka yang merokok, jangan merokok.Merokok bukan sahaja menyumbang kedut di wajah, menurut kajian dalam the Archives of Dermatology, ia juga merosakkan kulit yang tidak terdedah kepada pancaran matahari seperti di bawah ketiak.
SET KULIT CANTIK YANG DI CADANGKAN


 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 18 February 2013

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Apa itu kulit kusam? Apakah orang yg berkulit gelap itu kulitnya kusam dan kulit putih melepak itu kulitnya awesome? Kulit kusam ini boleh terjadi kepada yg kulit hitam si tampuk manggis mahupun kepada kulit sawo matang mahupun kepada kulit putih kuning langsat. Pernah jumpa tak orang yg kulit tanggannya putih dan halus tapi bila tengok kulit mukanya macam....gelap dan dull? Okaylah, senang cerita...cuba tengok kulit Dato Siti Nurhaliza? Berseri-seri je. Dan saya pernah jumpa Misha Omar in person. Walaupun dia sebaya saya, tapi dia nampak macam budak-budak. Kulit dia, toksah cakapla. Walaupun tak pakai make-up, halus, tulus mulus je kulit dia. Kulit saya time tu, minyak sekilo kat atas muka boleh buat goreng pisang. Kalau kulit anda tak macam kulit mereka, makanya kulit anda mungkin kusam.
Kejam tak?



Panjangnye lah mukadimahkan? Ye lah, nanti tak paham pulak kulit kusam tu apa. Dah tu, kenapa kulit kita jadi kusam? Berdasarkan kepada artikel yang ditulis oleh Dr Rushmini Maris Ismail- Hapuskan Kulit Kusam, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulit kita menjadi kusam.

  • Sel kulit mati dan baru bercampur
  • Pertumbuhan sel-sel lambat dan sel baru kurang berkembang
  • Kesan parut lama
  • Sinaran matahari yang berlebihan 
    • Menyebabkan kulit berpigmentasi, kasar dan cepat berkedut (ngeriii..)
    • Kulit cepat kehilangan kolagen
  • Pengunaan produk penjagaan kulit yang tinggi kandungan bahan kimia
    • Menyebabkan sel kulit rosak, ketagih kepada produk itu dan tidak boleh berhenti (ini lagi ngerii..)
Pada pendapat saya(tuan punya blog), faktor-faktor di atas sudah biasa kita dengar. Tapi, apa yang kita buat? Tukar produk penjagaan kulit dari jenama A ke jenama Z. Well, itu mungkin berhasil tetapi tidak optimum. Produk penjagaan kulit mungkin boleh selesaikan masalah hilangkan parut lama dan pigmentasi dengan menggunakan produk whitening, mengahalang sinaran matahari dengan menggunakan krim yang mengandungi SPF 50++. Tapi dapatkah produk penjagaan kulit menggalakkan pertumbuhan sel baru dan menghasilkan kolagen? 

Sebab itulah kita perlu ambil makanan tambahan/supplements untuk complement/melengkapkan penjagaan luaran. Pada saya, penjagaan dari dalam lebih penting dari penjagaan luaran. Supplements akan membekalkan nutrien tambahan bukan kepada kulit muka saja bahkan kaki, tangan, ibujari, kulit kepala dan organ-organ dalam badan pun dapat nutrien tu. Awesome kan? 

Jadi.....apakah supplement yg boleh anda makan untuk mengatasi masalah kulit kusam?

Protein -> Membina sel baru dan membaik pulih sel rosak
Vitamin C -> Membina kolagen
Vitamin E -> Memperbaiki parut, anti-penuaan, anti oksidan 
B-Complex -> Penting untuk melanin yang memberi warna kepada kulit
Collagen -> Untuk kulit lebih cantik

Senang cerita, Shaklee ada semua supplements di atas. Tak perlu susah-susah nak cari dah. Supplemen Shaklee halal, selamat dan berkesan.

Shaklee  SET D mengandungi Vitamin C, B-Complex dan Vitamin E.
  • Vita-E Complex 
  • B-Compex 
  • Vita-C
Tambah Energizing Soy Protein sebagai sumber protein.

Shaklee Collagen




Klik untuk baca testimoni:

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template