facebook instagram
Showing posts with label Insulin Resistance. Show all posts
Showing posts with label Insulin Resistance. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Bismillah..

Akak SA dah lama ngidam nak cerita pasal IR ni. Ilmu masih cetek...kalau ada yg nak tambah/perbetulkan, silakan.

Anda mengalami:
Kenaikan berat badan mendadak?
Sukar menurunkan berat badan?
Haid tidak teratur?
Besar kemungkinan anda mengalami PCOS (Plycystic Ovarian Syndrome) yg disebabkan oleh Insulin Resistance (Kerintangan Insulin)

Insulin Resistance berlaku apabila insulin (sejenis hormon yg dihasilkan oleh pankreas) hilang sensitiviti terhadap kehadiran gula dalam darah. Insulin sepatutnya bertindak untuk mengeluarkan gula daripada salur darah supaya dapat digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, insulin resistance menyebabkan pankreas merembeskan lebih banyak insulin kerana ia tidak lagi dapat mengesan kehadiran gula dalam darah dengan baik.

Insulin Resistance kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit berikut:
- OBESITI
- diabetes type 2
- darah tinggi
- kadar kolesterol tidak normal
- penyakit jantung
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) //berkaitan dengan fertiliti

Simptom-simptom Insulin Resistance
-          Saiz pinggang lebih dari 40 inci utk lelaki dan 35 inci untuk wanita
-          Kenaikan kadar trigliserid
-          Kadar kolesterol baik (HDL) yg rendah
-          Tekanan darah 130/85 atau lebih atau adalah masalah hipertension

-          Kadar glukos dalam darah 100 mg/dL atau lebih tinggi atau menerima rawatan untuk kencing manis
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Sunday, 14 July 2013

Bismillah...

Anda sudah berdiet selama 3 bulan tapi berat badan masih tidak turun? Anda bersenam setiap hari tapi tiada perubahan yg ketara pada berat badan dan saiz seluar? Anda makan nasi hanya sekali sehari, tidak makan makanan yang berminyak tapi masih tiada perubahan pada berat badan?Di manakah silapnya?

GULA!

Tahukah anda GULA boleh menyebabkan LEMAK tersimpan di dalam badan? Ada 2 sebab yang menyebabkan situasi ini berlaku.

1. Glukos berlebihan
Gula berlebihan yang tidak dapat disimpan di dalam hati, akan ditukarkan kepada asid lemak (LEMAK) dan disalurkan semula ke dalam darah. Lemak ini akan dibawa ke seluruh badan dan disimpan dalam bahagian badan seperti perut, peha dan punggung. Bila bahagian-bahagian badan ini dah penuh, asid lemak tadi akan melimpah ke dalam bahagian organ badan seperti jantung, hati dan buah pinggang (read : visceral fat)

2. Insulin berlebihan
Insulin ialah hormon yang dirembeskan oleh pankreas bila kita makan "simple carbohydrate" cth: jus buah-buahan, pizza, jeli, sos, minuman bergula, dilabel sebagai fruktose etc.
Bila kadar insulin telah mencapai had maksimum, proses pembakaran lemak akan terhenti supaya gula tadi untuk menghasilkan tenaga. Kemudian, insulin akan menyimpan gula di dalam otot pula. Bila tenaga otot tadi telah mencukupi, gula berlebihan akan ditukar kepada asid lemak dan disimpan di bahagian pinggang.

Jenis makanan yang menyebabkan gula berlebihan dalam badan:

Makanan yang diproses

 Gula (refined sugars)

 Pemanis tiruan seperti sucrose, maltose, dextrose, fructose, galactose, glucose, arabinose, ribose, xylose, deoxyribose, lactose


Insulin dan gula berlebihan juga boleh menyebabkan:
- selera makan bertambah
- penghasilan hormon kortisol (stress hormone)
Jika proses menstabilkan gula di dalam darah berlaku secara berterusan, kita berkemungkinan untuk mengalami kerintangan insulin (insulin resistance).

Dr Mark Hyman mencadangkan pengambilan vitamin berikut yang efektif untuk insulin resistance (dan diabetes)
- Multivitamin dan minerals
- Kalsium, magnesium dan vitamin D
- Minyak ikan (meningkatkan sensitiviti insulin, merendahkan kolesterol dan mengurangkan keradangan)
- Antioksidan seperti Vitamin E dan C untuk mengurangkan dan stabilkan kadar gula dalam darah)
- BComplex
- Evening Primrose Oil (mengatasi kekurangan yang dialami oleh pesakit diabetes)

Vitamin-vitamin ini dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif.

shaklee kurangkan berat badan


Rujukan:
http://drhyman.com/blog/2010/05/20/5-steps-to-reversing-type-2-diabetes-and-insulin-resistance/#close
http://pacificfit.net/article-archive/how-sugar-makes-you-fat/

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template