Akak SA dah lama ngidam nak cerita pasal IR ni. Ilmu masih cetek...kalau ada yg nak tambah/perbetulkan, silakan.
Anda mengalami:
✔Kenaikan berat badan mendadak?
✔Sukar menurunkan berat badan?
✔Haid tidak teratur?
Besar kemungkinan
anda mengalami PCOS (Plycystic Ovarian Syndrome) yg disebabkan oleh Insulin
Resistance (Kerintangan Insulin)
Insulin
Resistance berlaku apabila insulin (sejenis hormon yg dihasilkan oleh pankreas)
hilang sensitiviti terhadap kehadiran gula dalam darah. Insulin sepatutnya
bertindak untuk mengeluarkan gula daripada salur darah supaya dapat digunakan
sebagai tenaga. Sebaliknya, insulin resistance menyebabkan pankreas merembeskan
lebih banyak insulin kerana ia tidak lagi dapat mengesan kehadiran gula dalam
darah dengan baik.
Insulin
Resistance kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit berikut:
- OBESITI
- diabetes type 2
- darah tinggi
- kadar
kolesterol tidak normal
- penyakit
jantung
- PCOS
(Polycystic Ovarian Syndrome) //berkaitan dengan fertiliti
Simptom-simptom
Insulin Resistance
-
Saiz
pinggang lebih dari 40 inci utk lelaki dan 35 inci untuk wanita
-
Kenaikan
kadar trigliserid
-
Kadar
kolesterol baik (HDL) yg rendah
-
Tekanan
darah 130/85 atau lebih atau adalah masalah hipertension
-
Kadar
glukos dalam darah 100 mg/dL atau lebih tinggi atau menerima rawatan untuk
kencing manis
No comments:
Post a Comment