facebook instagram

Tuesday, 17 December 2013

Kesan buruk kafein ke atas kesuburan

Bismillah...

*Untuk penggemar kopi, sudah...sudah laaaa (akak SA ler tu...uwaaaa)

Hasil kajian menunjukkan kafein mendatangkan kesan buruk ke atas kesuburan dengan mengurangkan kontraksi otot tiub fallopio. Apabila tiada  kontraksi, maka telur tidak akan dapat bergerak dari ovari menuju ke uterus untuk disenyawakan. Kemungkinan untuk kehamilan luar rahim juga boleh berlaku jika embrio tersekat dan membesar di tiub fallopio. Kajian yg lain juga menunjukkan peluang untuk hamil menurun sebanyak 27% apabila mengambil 3 cawan kopi sehari. Pengambilan lebih dari 500mg kafein sehari adalah tidak baik untuk kesuburan.

Antara senarai makanan/minuman yg mengandungi kafein:
-          kopi (espresso, latte, frappucino, kek)
-          coklat (kek coklat, aiskrim)
-          minuman ringan (Coke, Pepsi, Mountain Dew, Diet Coke )
-          minum tenaga (100 Plus, Revive, RedBull)
-          teh

Bagi penggemar kopi atau Coffee Addict, kebiasaannya akan mengalami “withdrawal symptom” apabila mencuba untk berhenti minum kopi. Kebanyakan pakar mencadangkan supaya mengurangkan pengambilan kopi sedikit demi sedikit dan bukannya secara mendadak. Kadar pengambilan kopi/kafein yg dicadangkan ialah 100mg sehari.

Sepuluh tahun yg lalu, akak SA bukan penggemar kopi. Tapi dua tahun yg lepas, akak SA jadi coffee addictt, sampai sehari boleh minum dua mug café latte (kat Starbucks) gara gara....STRESS (halasannn je tuu..). Bukannya boleh hilangkan stress pun tapi mesti nak minum setiap hari. Tiga bulan lalu akak SA mula melawan addiction terhadap sang kopi. Bila rasa nak minum kopi, akak SA minum green tea atau makan dark chocolate. Masih mengandungi kafein tapi sangat rendah berbanding dgn kopi. Sekarang, akak SA mampu bertahan dengan satu mug cafe latte seminggu. Fuhhh..vangga tau? Target selepas ini, satu mug cafe latte dua minggu. Semoga dipermudahkan..aminnn.



No comments:

Post a Comment

blogger template