facebook instagram

Thursday, 2 April 2015

GOLD COAST - DAY 3


Aktiviti hari ketiga ada dua bahagian, pagi dan petang. Pagi, kami pergi whale watching. So, kat sana ada banyak operator whale watching ni. Alaaa...macam kita nak naik feri gi Langkawi, kan ada banyak operator kan. Sama la macam whale watching ni. Cabarannya nak cari operator yg reliable. Memanglah whale watching ni ikut nasib, sebab ni dekat open sea. Nasib baik, nampak lah whale lalu bawah kapal kita. Nasib tak baik, korang nampak ekor dengan air yg keluar macam air pancut tu dari jarak 20km. Tapi, operator ni kena usaha lah sikit nak mencari spot yg ada banyak whale. I believe, dorang mesti guna sonar dan equipment yg canggih manggih utk mengesan lokasi whale. So, kalau pilih operator yg bajet...maka equipment dia pun bajet la, tak tepat gitu. So, tipis lah peluang nak melihat whale lompat-lompat kat depan mata. Ni semua hasil dari pembacaan di Trip Advisor. Maka, kami pun decide pilih Sea World Cruise. 

Agak mahal sikit dari operator yang lain, tapi kalau memang nak pergi Sea World Park tu..molek sangat ambil Sea World Cruise sebab ada tiket combo. Harganya masa tu AUD325 utk 4 dewasa+2 kanak-kanak. Walaupun tak boleh nak compare sebab tak pernah naik cruise dari operator lain, tapi rasa puas hati sangat dengan Sea World Cruise ni. Bersih sangat2, selesa, pekerja yg terlatih dan kapten yg tersangat sangat sangatlah gigih mencari lokasi whale.

Kapal Sea World - 3 tingkat
Akak ni mabuk laut, so bila kena naik kapal memang agak panik di situ. Jadi, akak pun gedik-gediklah nak dok kat dek luar, bahagian depan. Kunon kena air laut, kurang lah mabuk. Memanglah tak mabuk TAPI bila kapal tu langgar ombak tinggi (tinggi bermeter-meter okayy), gayatnya mengalahkan naik roller coaster. Phewww...kecut perut takleh nak kata bila dah langgar ombak, pastu terhempas. Matahari panas terik tapi angin sejuk sampai terasa ke tulang keting. Jadi, kalau korang nak pergi whale watching ni..bawak la wind breaker siap-siap. Sweater je memang tak cukup.

Dipendekkan cerita, lepas sejam lebih whale dok main aci lut/cak cak dengan kami...kejap ada, kejap takda. Kami yg memula excited tadi pun dah rasa macam give up je, sebab tak dapat tengok whale dekat-dekat. Akak pun dah ala-ala patah hati, bangun dari dek luar tu nak masuk dok dalam sebab kapten kata depa nak balik dah. Tetiba, kapten buat announcement ada kekawan whale tengah menuju ke arah kami. Drama weh whale dua ekor ni. Sekor lalu bawah kapal, sekor lagi lompat betul-betul kat tepi kapal kami...ada la dalam 10 meter macam tu. Siap boleh rasa air terpercik sampai kat muka. Subhanallah...EPIK sungguh moment tu. Dari jauh nampak kecik je whale tu. Bila dia lompat tu...mak aihhh, besar kapal ada kot.


Fefeling Titanic sejuk gila


Ahli rombongan Cik Kiah

Acara belah petang pulak dicadangkan oleh adik ipar - Paradise Jet Boating. Ni sesuai utk yg berjiwa muda, kunon nak adventure sikit kan. Jet boat ni ialah..dia akan bawak bot tuh laju-laju, pastu dia brek dan pusingkan bot tu 180 darjah mahupun 360 darjah ikut suka hati tukang bawak bot tu. Akibatnya? Habis basah lenjun kena air laut. Walaupun dia bagi jaket dengan seluar siap, takda gunanya sebab air yg masuk macam kena simbah satu kolah. Basah takda masalah, yg masalahnya air laut kat sana + angin....SEJUK GEDI nauzubillah. Sampai terketap2 bibir. Kesian anak akak yg kecik tu kan tak sihat, menjadi2 demam dia malam tu. Maafkan lah mak anakku, mak tak tahu kekdahnya sampai basah begitu..ingatkan manja-manja je. Yang ni pun kami ambil combo tiket dengan Currumbin Wild Life Sanctuary - AUD131.

Dengar taklimat sebelum dibasah lenjunkan

Tukang bawak bot yang kejam

Sekian aktiviti hari ketiga yg bertemakan laut Surfers Paradise nan sejuk yang amat. Dengan panas matahari terik kemain, ingatkan kulit mesti dah tak dapat diselamatkan daripada menjadi udang terbakar. Ehhh...surprise surprise, kesan sunburn sangatlah minimal. Musykil juga time tu.

*Dah balik Msia baru tau, vitamin E rupanya dapat minimakan kesan sunburn. No wonder, masa kat GC memang tak tinggal telan vitamin Shaklee tetiap malam.


No comments:

Post a Comment

blogger template