facebook instagram
Showing posts with label Vitamin untuk Haid. Show all posts
Showing posts with label Vitamin untuk Haid. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

Bismillah...

Panjang jugak testimoni diri sendiri ni....

Tahun lepas, kitaran haid saya dah mula “gila”. Bulan ni ada, bulan depan tak ada. Kitaran haid menjadi semakin panjang dan kuantiti haid yg keluar sangat sedikit. Berlanjutan selama hampir setengah tahun sampailah akak SA tak tahan dah, akak SA pun start makan Shaklee GLA.

Dua bulan pertama sebaik akak SA makan GLA, cycle tip-top, on-time dan cukup 7 hari. Tapi masuk bulan ketiga, cycle “gila” semula. Bulan itu saja, haid/istihadah datang 2 kali. Pusingan pertama lewat 3 hari dan haid keluar selama 7 hari, kering 5 hari. Pusingan kedua bermula, keluar mcm lendir dan darah pekat yg bukan mengalir sepanjang hari. Berterusan selama hampir 10 hari (akak rasa ini darah istihadah).
Walaupun begitu, akak SA tetap teruskan makan GLA sebab akak SA percaya ini adalah sebahagian daripada healing crisis.

Selepas kering 10 hari, haid datang semula. Kali ini, semuanya kelihatan normal dari segi kuantiti dan konsistensi. Dan berhenti sebaik cukup 7 hari. Berdebar menunggu kitaran seterusnya sambil berdoa semoga cycle kembali normal. Alhamdulillah, cukup 28 hari barulah kitaran haid seterusnya bermula. Dan kekal begitu sehingga kini walaupun akak SA dah tak ambil GLA (sebab dah ambil Vivix....hapgred la sikit).
Rupa-rupanya, ramai juga yg mengalami nasib yg sama seperti akak SA sewaktu mula mengambil GLA. Ada juga yang berhenti dari mengambil GLA kerana tak tahan dengan healing crisis yg menyebabkan haid yg kucar kacir.

Nasihat akak SA, jangan berhenti separuh jalan. Badan kita mengambil masa untuk pulih kembali. Jika haid sudah tidak teratur sejak 2 tahun yg lalu, takkan boleh diperbetulkan dalam masa 2 minggu, kan? Nasib akak SA agak baik, sebulan sahaja kitaran haid kembali normal. Ada antara raka seperjuangan yg ada masalah kesuburan, mengambil masa 7-8 bulan untuk haid kembali normal dan akhirnya berjaya hamil. Apabila kitaran haid tetap, peratusan untuk ovulasi berlaku sangat tinggi. Jadi, jangan berhenti separuh jalan. 
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Friday, 22 February 2013

Haid yg hadir di setiap bulan mampu membuatkan kita mengalami mengalami masalah luaran dan dalaman. Tetiba keluar jerawat seketul kt hidung, perut kembung, pinggang rasa mcm nak patah dua, rasa nk marah semua orang dan mcm2 lagi. Betul tak? Omputih panggil Premenstrual Syndrome or PMS. Selain dari PMS, masalah yang berkaitan bendera merah yang dialami segelintir kaum wanita ialah kitaran haid yang tidak teratur. Masalah haid tidak teratur ni, boleh jadi kat sesiapa saja tak kira tua atau muda. Menopaus tu lain cerita. Ada yang ketika remaja, kitaran haidnya ok tapi bila dah beranak dua tiga, jadi kacau bilau pulak. Ada yang lepas kawin, period jadi macam biskut Chipsmore...kejap ada, kejap takda.

So, macam mana la nak selesaikan masalah bendera merah ni? GLA.

GLA atau nama saintifiknya gamma linoleic acid. Atau biasa tak dengar Evening Primrose Oil (EPO)? Salah satu sumber GLA ialah EPO. Selain dari EPO, lain-lain sumber GLA ialah blackcurrant seed dan minyak biji bunga borage/borage seed oil. Antara EPO, blackcurrant seed dan borage seed, kandungan GLA dalam borage seed oil yang paling tinggi sekali. GLA digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Kalau proses badan awak tak normal, maknanya kurang protaglandin letteww...

Siapa yang perlukan GLA?
1. Mereka yang sedang cuba mendapatkan cahaya mata
2. Mereka yang mengalami masalah haid
3. Mereka yang menopous
4. Mereka yang mengalami masalah kulit
5. Warga emas
6. Mereka yang menghidapi kencing manis & darah tinggi
*Bukan perempuan je yang boleh makan GLA ya. Lelaki pun boleh.

Berita baiknya ialah........Shaklee GLA Complex diperbuat dari borage seed oil! Jadi, banyaklah lagi kelebihan Shaklee GLA Complex ni seperti berikut:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.




Nak dengar testimoni GLA?
Saya (tuan punya blog) sendiri gunakan GLA untuk betulkan kitaran haid saya. Alhamdulillah, kitaran haid saya lebih baik dari dulu walaupun taklah tepat-tepat 28 hari kan. Tapi, confirm 7 hari saya dapat "cuti". Kalau dulu 3-4 hari je boleh "cuti". Hehehe...

Lagi testimoni:

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template