facebook instagram
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Tuesday, 21 May 2013


Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi. Percaya tak, susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda? Kiranya, susu ibu ni adalah makanan yang paling sihat untuk bayi sebab susu ibu. Dengan menyusu, bayi mendapat khasiat daripada susu. Ibu pulak boleh pulak boleh kuruskan badan ;-)

Oleh itu, sangat penting bagi ibu menyusu untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar bayi anda dapat khasiat dan zat yang secukupnya.

  • Ibu-ibu perlu mengambil diet yang lengkap, sempurna, cukup nutrien bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi.
  • Menggalakkan supply dan demand susu badan. Rule of thumb : tiada demand, tiada supply. Maka, kerapkan pam dan susukan anak
  • Pemakanan yang sempurna boleh membantu ibu mendapat kembali berat badan  sebelum mengandung
Piramid makanan sihat

Piramid makanan tidak sihat

Tips:
- Ambil makanan dengan portion yang betul. Nasi sepinggan, ikan sekeping, sayur sesudu...portion yang tak betul ya ibu2!
- Minum air yg banyak, 8-10 gelas sehari. 87% daripada susu ibu adalah AIR
- Minum segelas air setiap kali sebelum meyusukan bayi atau mengepam, akan menghasilkan lebih banyak susu
- Minum air masak juga dapat membantu menurunkan berat badan. 

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 9 May 2013


Bismillah...

Khas untuk ibu-ibu, mak-mak, mama-mama yang ingin mahupun sedang menyusukan anak. Power Pumping ini sama penting dengan supplemen. Siapa yang dah ambil supplemen tapi susu masih tak banyak, boleh amalkan tenkik Power Pumping ni ya. Insha Allah, niat dan usaha yang baik pasti dipermudahkan.

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam





  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pam setiap 2-4jam sekali

  • Sentiasa:

    • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
    • Rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Monday, 6 May 2013


    Bismillah....

    Ibu-ibu yang gembira dengan set 3M.

    Stok susu / EBM meriah bila ambil set Tripple M / 3M

    Berpuasa tapi susu meriah dan banyak. Credit

    Mengandung selepas consume set 3M

    Susu overflow selepas guna set 3M / Tripple M. Credit

    Breast cepat penuh dengan set 3M / Tripple M

    Susu meriah walaupun anak dah setahun

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Bismillah....

    Introducing .............SET TRIPPLE M. Set yang boleh membantu para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding  mom) di bulan puasa Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi



    Kandungan Set Tripple M
    ~ Vitalea with Iron Formula
    ~ B Complex
    ~ Vitamin C
    ~ Alfalfa Complex
    ~ OsteMatrix
    ~ Energizing Soy Protein (ESP)


    Siapa yang perlukan Set Tripple M?
    Set ini digalakkan kepada
    * Si ibu yang ada masalah penyusuan,
    * Si ibu yang nak mula menyimpan stok,
    * Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
    * Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

    Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini Insya Allah dapat membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu sihat dan cergas dan sekaligus dapat menghasilkan susu.

    Komposisi utama dalam susuibu adalah protein dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protein ESP dan kalsium Osteomatrix  yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat dengan syarat si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.


    Mengambil Shaklee sebagai supplemen tambahan adalah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan kita. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:

    • Tubuh yang sihat
    • Supply Vs Demand
    • Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
    • Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
    • Konsisten dalam mengepam 
    Hubungi saya jika anda perlukan konsultansi. Whatsapp/SMS/Call/Email.
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Saturday, 4 May 2013


    Bismillah...

    Buat ibu- ibu yang menyusukan si manja mereka, saya ingin berkongsi tip bagaimana mahu banyakkan susu badan kerana ramai ibu- ibu yang mengeluh penghasilan susu mereka merudum.Jadi para ibu, jgn risau, boleh cuba cara yang saya listkan dibawah, Insya Allah, berkat usaha murni ibu-ibu, susu badan akan bertambah.
    [ credit ]

    1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
    Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
    Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
    Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
    Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

    2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
    Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
    Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
    Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

    3. Minum banyak Air
    Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

    4. Fikir Bayi Fikir Susu
    Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
    Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

    5. Berdisiplin
    Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

    6. Tandem Pumping
    Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

    7. Teknik Marmet
    Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
    So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

    8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
    Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
    Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
    Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

    9. Penyusuan Malam
    Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

    10. Urutan
    Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik
    mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

    11. Pengambilan suplemen
    dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)

    Jadi, buat ibu-ibu yang sedang mengalami masalah susu merudum, bolehla ikuti tips- tips ini.Selamat meneruskan perjuangan menyusukan anak anda. Doa saya sentiasa mengiringi anda dlm apa jua hajat dan impian anda.. Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung dan penolong
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Bismillah...

    Walaupun wanita yang mengandung atau yang masih menyusukan anak tidak mudah mengalami allergik akibat bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik penjagaan wajah yang di gunakan, ibu-ibu haruslah mengambil perhatian terhadap bahan kimia yang berkemungkinan membahayakan bayi sewaktu mengandung atau yang masih menyusukan anak. Menurut laporan doktor di BabyandPregnancy.co.uk , bahan kimia daripada produk penjagaan kulit boleh menyusup masuk ke salur darah dan berkemungkinan menyebabkan kecederaan janin, menjadi punca allergi dan menjejaskan susu ibu. Sebelum menggunakan sesuatu produk penjagaan kulit, baca label dan pastikan tidak mengandungi bahan-bahan yang saya senaraikan di bawah.

    PETROLEUM
    Ibu yang menyusukan bayi mesti mengelakkan produk yang berasaskan petroleum, sebab bahan ini akan memyebabkan kulit bayi yang sensitif merengsa. Nama bahan yang diperbuat daripada petroleum adalah seperti propylene glycol, mineral oil, paraffin, petrolatum dan  isopropyl alcohol.

    FORMALDEHYDE
    Formaldehyde adalah bahan yang biasa digunakan untuk memanjangkan usia  sesuatu kosmetik . . Formaldehyde boleh menyebabkan  allergies dan  reaksi allergik yang serius kepada bayi yang menyusu jika ibunya memakai kosmetik yang mengandungi bahan ini. Nama-nama teknikal yang digunakan untuk menunjukkan  formaldehyde terdapat dalam kosmetik tersebut iaitu  hydroxymethylglycinate, DMDM-hydantoin dan methenesmine.

    PARABENS
    Paraben merupakan ‘nyawa’ kebanyakkan kosmetik dan paling banyak digunakan dalam kebanyakkan kosmetik. Meskipun kandungannya rendah, namun pemakaian yang berterusan akan menyebabkan bahan ini berkumpul dalam badan dan kandungan yang tinggi akan menjejaskan system endoktrin bayi yang sensitif terhadap Paraben. Ia dikenali dengan nama isopropylparaben or methylparaben. 

    RETINOIDS
    Retinoids digunakan untuk mengurangkan kedutan pada wajah dan sangat popular. . Retinoids mengurangkan kedutan  dengan mempercepatkan penghasilan vitamin A, menghalang kemusnahan kolagen dan mempercepatkan penghasilan sel baru.Menurut laporan BabyCenter.com, retinoids yang dipakai secara luaran menyebabkan kecacatan janin dan tidak boleh digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya.   Retinoids terdapat dalam banyak nama seperti Retin-A, differin, tazorac, retinol atau retinyl.

    SALICYCLIC ACID
    Salicyclic acid adalah bahan yang digunakan didalam krim anti jerawat dan krim pupur. Ia juga banyak digunakan dalam pencuci wajah dan dikenali dengan nama BHA, beta hydroxy acid dan salicyclic acid. Bahan kimia ini akan menyerap jauh kedalam liang-liang kulit. Walaupun menurut kajian penggunaan yang sedikit tidak membahayakan bayi yang menyusukan, namun  salicyclic acidyang terdapat dalan topeng muka dan krim pencerah badan lebih  toksik kerana dibiarkan lebih lama di wajah dan salicyclic asidnya tinggi kepekatannya dalam topeng muka tersebut.

    Di Shaklee terdapat dua rangkaian penjagaan kulit yang bebas daripada segala bahan merbahaya di atas.

    Enfuselle-Anti aging, normal, oily , dry skin
    Nutriwhite-Whitens your skin gracefully and for sensitive skins

    Nota: Boleh rujuk entri ini untuk maklumat lanjut Nutriwhite.

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Bismillah...

    Saya kongsikan gambar ini yang CNP daripada Gojez Kid Closet. Boleh menjadi panduan ibu-ibu bagaimana untuk menyimpan stok EBM .


     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Thursday, 2 May 2013


    Bismillah...

    Kita telah pun berada di dalam bulan Jamadilakhir. Lepas ni Rejab, Syaaban dan seterusnya bulan yang paling dinantikan - RAMADHAN al Mubarak. Tak lama lagi, kurang dari 90 hari saja. Saya ingin kongsikan awal-awal tips penyusuan di bulan Ramadhan sebab....cuba lihat perkara pertama dalam tips di bawah - Bersedia dengan stok susu ibu sebelum tibanya Ramadhan. Jadi harapnya, para ibu dapat manfaatkan tips ini dengan sebaiknya.




    Credit to Blog Susu Sihat.
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Sunday, 16 September 2012


    Bismillah...

    Ramai ibu-ibu yang mencari petua bagaimana nak banyakkan production susukan? Di bawah ini saya kongsikan beberapa petua. Bolehlah pilih mana yang berkenan ya :-)

    Bunga melur dan daun pucuk manis
    Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

    Kacang tanah
    Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, bolehlah mencuba mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Cara yang jarang di cuba tapi hasilnya cukup bagus!

    Longan kering
    Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Longan kering ini mudah didapati di pasaraya ataupun di kedai sensei Cina.

    Daun sirih
    Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

    Halba dan jintan hitam
    Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

    Susu
    Ibu-ibu digalakkan untuk banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.

    Lobak merah
    Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

    Nasi panas, halia muda dan air asam
    Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

    Daun betik muda
    Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

    Ini adalah petua. Amalan nenek moyang kita yang masih diguna pakai hingga ke hari ini. Nak cara yang lebih mudah untuk boost milk production? Call/Whatsapp saya untuk consultation.

    Shikin
    0194587610
    beautecology@gmail.com

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Tuesday, 14 August 2012

    Bismillah...

    Apa itu set 3M atau Tripple M? Set ini ialah set penyusuan yang paling optimum dang lengkap untuk para ibu. Bukan sahaja dapat membantu menambahkan pengeluaran susu, tapi juga memastikan susu yang dihasilkan pekat dan penuh nutrisi yang baik untuk baby. Untuk ibu pulak, vitamin dalam set ini dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan para ibu yang menyusukan anak.

    Vitamin-vitamin yang ada dalam set ni ialah:

    Vitamin C – Berupaya meningkatkan sistem imun ibu dan baby, di mana badan ibu dan baby lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika demam sekalipun, akan cepat sembuh. Sangat penting untuk membentuk kolagen, menganjalkan kulit.

    Vitamin B – “B for Beauty”. Vitamin ini menjadikan kulit anda berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelega stress dan menstabilkan emosi pemakannya.Ianya mengandungi Biotin, yang membezakan B complex Shaklee dengan jenama lain.

    Vitalea dengan Iron – Multivitamin terbaik yang mampu memberi tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu, dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari. Serta memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

    Alfalfa – adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.Ianya sangat bagus dalam menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan,”kering” ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam tubuh, serta membantu mengurangkan eczema

    Kalsium – Juga bertindak sebagai milk booster, dimana ia baik untuk tulang dan gigi ibu dan bayi, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh-lenguh sendi yang dialami oleh ibu.

    Energizing Soy Protein (ESP) – Merupakan protein soya yang sangat penting untuk setiap sel badan, bertindak sebagai milk-booster terbaik, mampu mencantikkan kulit, megatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi itu sendiri. Ianya juga melangsingkan tubuh ibu dengan cepat dengan diet yang betul.

    Pesanan dan pertanyaan tentang set penyusuan yang sesuai, sila hubungi saya :-)
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Monday, 23 July 2012


    Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.




    Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang berjuang di bulan Ramadan ini. Berjuang untuk memberikan yang terbaik untuk si Manja; susu ibu. Saya ingin kongsikan doa yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu supaya susu badan sentiasa ada untuk di berikan pada anak tersayang.


    Testimoni dari pengguna Set TOTAL WELNESS



    Jom kita tengok apa yang ada dalam Set2 ni ya?


    Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

    B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.

    Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk.

    ESP @ Energizing Soy Protein :
    Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

    Vitamin E: 

    • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. 
    • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
    • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
    • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari


    Kalsium@ Ostematrix : Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

    Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.

    Dina juga berkongsi yang beliau lebih bertenaga dan cergas setelah mengambil supplemen Shaklee. Sebab berpuasa sambil mSenyusukan anak or mengepam susu memang mencabar tubuh badan ibu kerana jika water intake yang cukup ataupun tidak cukup sihat, ibu boleh mengalami dehidrasi dan susu juga boleh berkurang . Ianya cukup jelas sehingga ada hadis menyatakan  ibu yang menyusukan anak di bolehkan berbuka puasa jika tidak mampu untuk berpuasa

    Jadi buat ibu-ibu, pastikan water intake cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 3 liter, waktu berpuasa cuba cukupkan pengambilan air antara waktu berbuka dan bersahur, sentiasa disiplin dengan jadual makan supplemen. Insya Allah. Selamat berjuang!

    SMS/Whatsapp: 0194587610 (Shikin)


     photo arrow.pngCONTINUE READING
    blogger template