facebook instagram

Tuesday, 21 May 2013

Cara Pemakanan Untuk Ibu Menyusu


Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi. Percaya tak, susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda? Kiranya, susu ibu ni adalah makanan yang paling sihat untuk bayi sebab susu ibu. Dengan menyusu, bayi mendapat khasiat daripada susu. Ibu pulak boleh pulak boleh kuruskan badan ;-)

Oleh itu, sangat penting bagi ibu menyusu untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar bayi anda dapat khasiat dan zat yang secukupnya.

  • Ibu-ibu perlu mengambil diet yang lengkap, sempurna, cukup nutrien bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi.
  • Menggalakkan supply dan demand susu badan. Rule of thumb : tiada demand, tiada supply. Maka, kerapkan pam dan susukan anak
  • Pemakanan yang sempurna boleh membantu ibu mendapat kembali berat badan  sebelum mengandung
Piramid makanan sihat

Piramid makanan tidak sihat

Tips:
- Ambil makanan dengan portion yang betul. Nasi sepinggan, ikan sekeping, sayur sesudu...portion yang tak betul ya ibu2!
- Minum air yg banyak, 8-10 gelas sehari. 87% daripada susu ibu adalah AIR
- Minum segelas air setiap kali sebelum meyusukan bayi atau mengepam, akan menghasilkan lebih banyak susu
- Minum air masak juga dapat membantu menurunkan berat badan. 

No comments:

Post a Comment

blogger template