Bismillah..
*GLA = Gamma Linoleic Acid
Gamma linoleic
acid ialah asid lemak Omega-6 yg biasanya boleh didapati daripada minyak
berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti minyak biji bunga borage, minyak evening
primrose dan minyak black currant.
Omega-6 ialah
asid lemak yg penting untuk kesihatan tubuh tetapi tubuh kita tak boleh
menghasilkannya. Jadi, kita mendapatkan bekalan Omega-6 daripada makanan.
Omega-6 juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid mempunyai banyak kebaikan.
Kebaikan GLA
===========
-
melegakan
sakit pada saraf akibat diabetes
-
mengurangkan
simptom reumatoid atritis (sakit, bengkak dan tegang)
-
meredakan
alergi/alahan
-
megurangkan
kesakitan pada payudara (mastalgia)
-
mengurangkan/melambatkan
osteoperosis
-
melegakan
PMS
-
menyebabkan
sel lemak membebaskan lemak berlebihan
-
menghasilkan
cecair KESUBURAN
-
menstabilkan
metabolisma
-
menyelia
SISTEM PERANAKAN
-
baik
untuk fungsi dan perkembangan otak
-
merangsang
pertumbuhan kulit dan rambut
Peranan GLA untuk
kesuburan
=======================
GLA boleh
membantu untuk meningkatkan kesuburan kerana
ia membantu utk mendapatkan kadar dan konsistensi mukus servik yang
betul. Ini memudahkan perjalanan sperma sepanjang melalui saluran peranakan dan
ke uterus. mukus servik ialah sejenis pelincir yg memudahkan untuk sperma
menempuhi perjalanan melalui tiub fallopio dari vagina ke uterus. Kadar dan
konsistensi mukus servik yg betul juga membolehkan sperma untuk hidup lebih
lama.
Ciri-ciri mukus servik yg subur :
-
cair
-
berair
-
jernih
-
boleh
diregangkan
Tahukah anda
mukus servik yang pekat, berwarna coklat atau kering boleh menghalang
persenyawaan daripada berlaku?
No comments:
Post a Comment