facebook instagram

Tuesday, 16 December 2014

Jangan Salah Guna Produk - Part II (Kulit Berminyak)

Kalau Part I sebelum ini kita dah cerita mengenai Kulit Kering, Part II akak nak share pasal Kulit Berminyak pula.

Teringat masa zaman remaja dulu. Kulit makkkk aihhh...kalau boleh perah, minyak tu boleh guna buat goreng ikan. Sebatu orang dah nampak kita, sebab kulit berkilat-kilat. Nasib baik baik zaman tu belum ada selfie-selfie ni. Tapi, sekarang ni bila dah rasa kulit kering. Ohhh...akak redho kalau kulit berminyak. Percayalah...kulit berminyak itu 10x ganda lebih baik dari kulit kering.

Kenali Ciri-ciri Kulit Kering
  • Kulit nampak berkilat
  • Pori-pori/liang roma jelas kelihatan, terbuka dan kasar
  • Sering mengalami masalah jerawat
             
Pori-pori jelas kelihatan
Muka berkilat

Punca Kulit Berminyak
  • Genetik
  • Penggunaan produk penjagaan kulit secara berlebihan seperti kerap exfoliator, scrub dan seumpamanya
  • Cuaca yg terlalu panas boleh menyebabkan kulit menghasilkan minyak dengan banyak
  • Ubat-ubatan seperti pil hormon meningkatkan penghasilan minyak
  • Penggunaan produk penjagaan kulit yg tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tekanan/stress
Anggapan Salah Tentang Kulit Berminyak

Selalu terjadi bila kulit berminyak, maka kita pun mula mencari jalan bagaimana nak hilangkannya seperti kerap mencuci muka, menggunakan pencuci muka yg berbuih banyak dan seumpamanya. Kenyataanya, kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak bila kulit kering. Kenapa? Sebab kulit sudah memang sedia ada lapisan minyak yg bagi menghasilkan lembapan semulajadi. Jadi, bila kulit mendapati lembapan hilang dan dalam keadaan kering, maka kulit pun menghasilkan lebih minyak bagi memastikan kulit lembap dan tidak kering. Jadi, jangan menggunakan produk sebarangan yg menyebabkan kehilangan lapisan lembapan semulajadi pada kulit. Cuci muka dengan kerap dan menggunakan sabun yg terlalu berbuih, bukan jalan penyelesaiannya.

Produk Skin Care Yang Sesuai

Pencuci Muka : Gunakan pencuci muka yg larut air/water-soluble sebanyak 2 kali sehari. Jauhi produk yg mengandungi Sodium Lauryl Sulafte (bahan yg berbuih dan mengeringkan kulit)

Toner : Gunakan toner yg bebas alkohol dang mengandungi ANTIOKSIDAN kerana ia boleh membantu menyembuhkan kulit, mengecilkan liang roma dan mengeluarkan bendasing yg menjadi punca liang roma tersumbat

Exfoliate : Tak macam jenis-jenis kulit yang lain, exfoliate ialah langkah yg sangat penting utk kuli berminyak. Kulit berminyak kebiasaannya memiliki lapisan kulit mati terkumpul yg agak tebal. Exfoliate adalah cara terbaik bagi membuang lapisan kulit mati ini dan memastikan liang roma tidak tersumbat.

Moisturiser : Gunakan jenis yg ringan seperti gel-based atau serum yg boleh membekalkan kelembapan yg diperlukan disamping merawat kulit dan menghindarkan liang roma dari tersumbat. 

Masalah Jerawat

Biasanya, kulit berminyak memang senang mengalami masalah jerawat. Ini adalah disebabkan liang roma yg terbuka dan besar, menyebabkan kulit mati serta kotoran lain berkumpul di dalambya. Lalu menyebabkan ia tersumbat dan membentuk jerawat. Jadi, langkah yg paling penting bagi menyelesaikan masalah jerawat ini once and for all - kecilkan liang roma. Bagaimana? Baca di sini.

Mahu sembang-sembang tentang masalah kulit? Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) atau pm saya di fb Beautecology

No comments:

Post a Comment

blogger template