Kita asyik cerita pasal PCOS je. Macam mana dengan punca-punca ketidaksuburan yang lain?
Ohhh...PCOS ialah punca ketidaksuburan yang paling common sekali sekarang ni. Sebab tu banyak maklumat berkenaan dengan PCOS boleh diperolehi dengan mudah di Internet. Okla, kali ni kita cerita pasal Endometriosis pulak ya.
Fakta
Lebih kurang 25-50% wanita yg tidak subur mengalami endometriosis.
Lebih kurang 30-50% wanita yang mengalami endometriosis tidak subur.
Apa itu endometriosis?
Endometriosis terjadi apabila tisu yg tumbuh di bahagian dalam dinding uterus, tumbuh pada bahagian luar dinding uterus. Tisu/sel abnormal ini boleh menjejaskan ovari, bowel atau tisu yg ada pada pelvic. Kebiasaannya, tisu pada dalam dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Perkara yg sama berlaku kepada tisu di luar uterus, tiba masanya ia akan luruh untuk dikeluarkan sebagai darah haid. Tapi ia terperangkap dan tak dapat dikleuarkan sebab ia berada di luar uterus dan tiada saluran utk ia keluar (Tgk gambar kat bawah). So, makin lama tisu endometrium tadi akan menebal dan boleh menjejaskan organ peranakan. Ia juga boleh mengakibatkan pembentukan cyst pada ovari.
credit |
Simptom-simptom Endometriosis
- Sakit bila haid spt kejang dan pelvic pain (PMS)
- Sakit bila bersama
- Sakit bila buang air kecil atau besar
- Darah haid yang banyak
- Infertility (tidak subur)
Komplikasi
Komplikasi yang paling common ialah ketidak suburan (infertility). Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan yang dilakukan oleh tisu endometrium pada ovari, menghalang telur daripada masuk ke dalam uterus. Endometriosis juga boleh merosakkan tiub fallopio dan ketidakseimbanan hormon.
Wanita yang mengalami endometriosis kebiasaannya didiagnos bila jumpa doktor untuk rawatan kesuburan. Kalau ada endometriosis, dinasihatkan untuk tidak menangguhkan perancangan untuk mengandung kerana kadar ketidaksuburan akan semakin meningkat.
Punca
Ada beberapa punca berlakunya endometriosis:
- Retrograde menstruation - darah haid yg mengandungi sel endometrium mengalir balik melalui tiub fallopio ke dalam pelvic cavity
- Parut pembedahan
- Kecelaruan sistem imunisasi
Bagaimana supplemen Shaklee boleh membantu pesakit endometriosis?
- GLA Complex - menstabilkan hormon, melegakan simptom PMS
- Vitalea with Iron - darah haid yg banyak boleh mengakibatkan anemia
- Vitamin C - meningkatkan tahap imunisasi tubuh dan melindungi antioksidan yg lain
- Vitamin E - antioksidan dan menghalang pertumbuhan semula sel yg abnormal
- B-Complex - mengurangkan stress
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Email: beautecology@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0194587610
No comments:
Post a Comment