facebook instagram

Wednesday, 31 July 2013

Shaklee 2 in 1: Hilangkan Stress dan Kurangkan Berat Badan

Bismillah...

Entri terakhir untuk bulan ini perihal pengurusan berat badan, sempena dengan tema bulan Julai "Jom Kurus". Malam ni akak SA nak pikir tema apa pulak untuk bulan Ogos nanti. Ada sesiapa nak share idea yg bernas, sila la romen komen kat bawah.

Akak SA yakin, korang semua mesti pernah rasa tertekan atau STRESS. Stress sebab berat badan tak kurang-kurang, sebab banyak kerja, sebab anak tak sihat, sebab jalan tetiap hari jem, sebab tak tau nak masak apa buka puasa nanti dan 1001 lagi sebab stress. Nak tahu tak, stress ni adalah salah satu punca berat badan naik atau berdiet tapi berat badan tak turun-turun?

Bila kita stress, badan kita akan membebaskan tiga jenis hormon iaitu adrenalin, CRH dan cortisol. Adrenalin dan CRH boleh kurangkan selera makan tapi kesannya sekejap je. Yang meninggalkan kesan yg lama, si cortisol ni. Kalau tadi adrenalin dan CRH kurangkan selera makan, cortisol ni pula bagi tambah selera makan. Sebab cortisol ni konon tugasnya, menambahkan apa yang kurang kat badan kita ni lepas hilang stress. Dengan selera-selera makan sekali di tambah juga. Kita ni bila stress, makanan yang macam mana kita cari? Akak SA kalau stress confirm cari frappucino starbucks, cheese cake takpun gi melawat bakeri, borong segala pastri. Ini lah yg dipanggil "comfort food". Comfort food ni, kebiasaannya memang bukan dari kategori makanan sihat. Kategori yg tinggi gula, tinggi karbohidrat dan menambah lemak dalam badan pendek kata comfort food ni jatuh kategori menambah berat badan.

So, sebab tu lah kalau boleh elakkan stress . Ada pelbagai cara yg boleh kita buat. Meh akak SA senaraikan cara yg best dan senang nak buat
1. Urut/Massage - ini mmg akak SA suka sangat. Kalau boleh, seminggu sekali nak pergi mengurut
2. Tidur - ini lagi senang kan, kan kan??
3. Jauhi kopi, rokok dan alkohol - kopi tu payah sikit tapi skrg dah kurang banyak...alhamdulillah
4. Time out - berhenti sekejap dan rehatkan minda. Main game picit semut ke ;)
5. Baca Al Quran - ini paling mujarab tau
6. Ambil vitamin - ini lagi senang, telan je...hilang stress, berat badan pun turun


Shaklee kurang berat badan stress

1. B-Complex
- Boleh mengelakkan anemia yg menyebabkan pening, lemah dan ketidakselesaan yakni punca kepada stress
- Bertindak sebagai penggalak kepada metabolisme dengan menguraikan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga

2. Omega Guard
- Omega 3 dalam Omega Guard boleh menstabilkan hormon stress dan tahap adrenaline
- Omega Guard ni boleh juga membakar lemak yang berkampung kat dalam perut anda. Baca kat sini.

*Seperti yang dicadangkan oleh Livestrong, bukan akak SA pandai-pandai tau


No comments:

Post a Comment

blogger template