facebook instagram

Thursday, 4 July 2013

Tema Julai - JOM KURUS!

Bismillah...

Minggu depan, kita akan mula berpuasa. Biasanya, bulan puasa ni ramai yang akan mengambil kesempatan untuk berdiet dan menurunkan berat badan a.k.a menguruskan badan. Maka, tema Beautecology bulan ini ialah - JOM KURUS!

Ramai yang PM saya di facebook dan whatsapp saya bertanya "Set kurus ada tak?" :-)
Saya mesti tanya balik "Tinggi dan berat berapa?"
Mesti mereka jawab mcm ni "Kenapa tanya?" // dah macam spontan ERA - soal menyoal
Saya jawab "Saya nk kira BMI"

Apa itu BMI? 
Secara ringkasnya,  BMI atau Body Mass Index ialah formula yang membandingkan berat badan dengan ketinggian bagi menganggarkan lemak dalam tubuh kita. Walaupun tidak tepat tapi BMI ialah salah satu cara yang paling mudah dan murah untuk mengenal pasti sama ada kita underweight, overweight atau ideal. Gunakan BMI Calculator untuk mengira BMI anda.

credit
Jika BMI anda ialah 25 ke atas, bermaksud berat badan tidak ideal dengan tinggi. Ia juga bermaksud, tubuh anda mengandungi lemak berlebihan. Dan jika BMI anda pada borderline 23.5 -24.8, jangan bergembira sebab ini adalah amaran awal sebenarnya. Apakah cara untuk menurunkan BMI? Tak lain dan tak bukan .....TURUNKAN BERAT BADAN.

Cara-cara untuk menurunkan berat badan:
  • Bersenam
  • Pemakanan sihat
  • Pemakanan yang boleh membantu pembakaran lemak
  • Set target berat badan yg ideal
  • Tingkatkan metabolisme tubuh
  • Minum air
  • Sistem penghadaman yang sihat
Saya akan kongsi cara-cara di atas dengan lebih lanjut dalam entri akan datang. Insha Allah...


PM/Whatsapp/SMS untuk pertanyaan dan konsultansi.
- 0194587610 (SHIKIN ALI)
https://www.facebook.com/Beautecology

No comments:

Post a Comment

blogger template