facebook instagram

Sunday, 21 July 2013

Sajak by Dayana Lokman

Bismillah...

Tersentuh juga hati bila baca sajak yang ditulis oleh Dayana Lokman ni, isteri pertama Ashraf Muslim. Benar, poligami itu halal dan semua di dunia ini hanya pinjaman. Mungkin Dayana lebih terkesan bila si suami senyap-senyap bernikah di sempadan. Wallahua`lam. Hanya mereka yang tahu....

Pengajaran untuk semua. Tak usahlah menipu bukan sahaja bila mahu menambah isteri, hatta berniaga sekalipun. Insha Allah...lebih berkat dunia dan akhirat.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
p/s: saya suka dua perenggan yang terakhir, pedas gilerrr..

No comments:

Post a Comment

blogger template