facebook instagram

Friday, 20 December 2013

Bismillah...

Asyik cerita pasal kaum wanita je, jangan ingat kaum lelaki tak perlukan supplemen. Peranan sperma sama pentingnya dengan peranan ovulasi.


Zinc Complex
---------------
Zinc paling banyak dijumpai dalam sperma. Jumlah yg mencukupi diperlukan bagi membina lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, memang jelas zinc sangat diperlukan bagi menghasilkan sperma yg sihat.

Zinc juga memainkan peranan yg penting dalam pembahagian sel. Jika anda faham bagaimana fetus terbentuk daripada telur dan sperma, anda akan tahu betapa pentingnya pembahagian sel. Kerana itu, zinc yg mencukupi amat penting ketika persenyawaan.

Vita E Complex dengan Selenium
--------------------------------------
Vitamin E penting untuk kesuburan dan sistem reproduksi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita. Ia juga dapat meningkatkan mobiliti sperma(sperm motility)

Selenium ialah sejenis antioksida yg kuat dan dapat mencegah perpecahan kromosom dan kerosakan DNA iaitu punca keguguran dan kecacatan pada kelahiran. Selenium juga amat penting untuk pembentukan sperma yg sihat.

Co-Enzyme Q10
-------------------
Amat penting utk proses penghasilan tenaga dan metabolik karbohidrat yg normal. Wanita yg memiliki kadar CoQ10 yg rendah, berisiko untuk mengalami keguguran. CoQ10 juga ialah sejenis antioksida. Oleh itu, ia amat baik untuk melindungi sperma daripada kerosakan. Sperma yg rosak atau tidak normal boleh membawa kepada keguguran.

CoQ10 banyak didapati pada bahagian antara kepala dan ekor sperma, yg memberi tenaga untuk sperma bergerak dan lain proses. Oleh itu, CoQ10 memainkan peranan penting dalam motility sperma.

Hubungi saya untuk mengetahui set mana yg sesuai utk anda atau suami anda.
PM : https://www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan
SMS/Whatsapp: 0194587610









 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 19 December 2013

Bismillah....

Tip ke-8 tu, bagi saya tak sesuai untuk diaplikasi kan...nanti lain pulak ceritanya ;)
(Dipetik dari whattoexpect.com)




 photo arrow.pngCONTINUE READING
Bismillah..

Akak SA dah lama ngidam nak cerita pasal IR ni. Ilmu masih cetek...kalau ada yg nak tambah/perbetulkan, silakan.

Anda mengalami:
Kenaikan berat badan mendadak?
Sukar menurunkan berat badan?
Haid tidak teratur?
Besar kemungkinan anda mengalami PCOS (Plycystic Ovarian Syndrome) yg disebabkan oleh Insulin Resistance (Kerintangan Insulin)

Insulin Resistance berlaku apabila insulin (sejenis hormon yg dihasilkan oleh pankreas) hilang sensitiviti terhadap kehadiran gula dalam darah. Insulin sepatutnya bertindak untuk mengeluarkan gula daripada salur darah supaya dapat digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, insulin resistance menyebabkan pankreas merembeskan lebih banyak insulin kerana ia tidak lagi dapat mengesan kehadiran gula dalam darah dengan baik.

Insulin Resistance kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit berikut:
- OBESITI
- diabetes type 2
- darah tinggi
- kadar kolesterol tidak normal
- penyakit jantung
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) //berkaitan dengan fertiliti

Simptom-simptom Insulin Resistance
-          Saiz pinggang lebih dari 40 inci utk lelaki dan 35 inci untuk wanita
-          Kenaikan kadar trigliserid
-          Kadar kolesterol baik (HDL) yg rendah
-          Tekanan darah 130/85 atau lebih atau adalah masalah hipertension

-          Kadar glukos dalam darah 100 mg/dL atau lebih tinggi atau menerima rawatan untuk kencing manis
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 18 December 2013

Bismillah...

Panjang jugak testimoni diri sendiri ni....

Tahun lepas, kitaran haid saya dah mula “gila”. Bulan ni ada, bulan depan tak ada. Kitaran haid menjadi semakin panjang dan kuantiti haid yg keluar sangat sedikit. Berlanjutan selama hampir setengah tahun sampailah akak SA tak tahan dah, akak SA pun start makan Shaklee GLA.

Dua bulan pertama sebaik akak SA makan GLA, cycle tip-top, on-time dan cukup 7 hari. Tapi masuk bulan ketiga, cycle “gila” semula. Bulan itu saja, haid/istihadah datang 2 kali. Pusingan pertama lewat 3 hari dan haid keluar selama 7 hari, kering 5 hari. Pusingan kedua bermula, keluar mcm lendir dan darah pekat yg bukan mengalir sepanjang hari. Berterusan selama hampir 10 hari (akak rasa ini darah istihadah).
Walaupun begitu, akak SA tetap teruskan makan GLA sebab akak SA percaya ini adalah sebahagian daripada healing crisis.

Selepas kering 10 hari, haid datang semula. Kali ini, semuanya kelihatan normal dari segi kuantiti dan konsistensi. Dan berhenti sebaik cukup 7 hari. Berdebar menunggu kitaran seterusnya sambil berdoa semoga cycle kembali normal. Alhamdulillah, cukup 28 hari barulah kitaran haid seterusnya bermula. Dan kekal begitu sehingga kini walaupun akak SA dah tak ambil GLA (sebab dah ambil Vivix....hapgred la sikit).
Rupa-rupanya, ramai juga yg mengalami nasib yg sama seperti akak SA sewaktu mula mengambil GLA. Ada juga yang berhenti dari mengambil GLA kerana tak tahan dengan healing crisis yg menyebabkan haid yg kucar kacir.

Nasihat akak SA, jangan berhenti separuh jalan. Badan kita mengambil masa untuk pulih kembali. Jika haid sudah tidak teratur sejak 2 tahun yg lalu, takkan boleh diperbetulkan dalam masa 2 minggu, kan? Nasib akak SA agak baik, sebulan sahaja kitaran haid kembali normal. Ada antara raka seperjuangan yg ada masalah kesuburan, mengambil masa 7-8 bulan untuk haid kembali normal dan akhirnya berjaya hamil. Apabila kitaran haid tetap, peratusan untuk ovulasi berlaku sangat tinggi. Jadi, jangan berhenti separuh jalan. 
 photo arrow.pngCONTINUE READING
Bismillah..

*GLA = Gamma Linoleic Acid

Gamma linoleic acid ialah asid lemak Omega-6 yg biasanya boleh didapati daripada minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti minyak biji bunga borage, minyak evening primrose dan minyak black currant.
Omega-6 ialah asid lemak yg penting untuk kesihatan tubuh tetapi tubuh kita tak boleh menghasilkannya. Jadi, kita mendapatkan bekalan Omega-6 daripada makanan. Omega-6 juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty  acid mempunyai banyak kebaikan.

Kebaikan GLA
===========
-          melegakan sakit pada saraf akibat diabetes
-          mengurangkan simptom reumatoid atritis (sakit, bengkak dan tegang)
-          meredakan alergi/alahan
-          megurangkan kesakitan pada payudara (mastalgia)
-          mengurangkan/melambatkan osteoperosis
-          melegakan PMS
-          menyebabkan sel lemak membebaskan lemak berlebihan
-          menghasilkan cecair KESUBURAN
-          menstabilkan metabolisma
-          menyelia SISTEM PERANAKAN
-          baik untuk fungsi dan perkembangan otak
-          merangsang pertumbuhan kulit dan rambut


Peranan GLA untuk kesuburan
=======================
GLA boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan kerana  ia membantu utk mendapatkan kadar dan konsistensi mukus servik yang betul. Ini memudahkan perjalanan sperma sepanjang melalui saluran peranakan dan ke uterus. mukus servik ialah sejenis pelincir yg memudahkan untuk sperma menempuhi perjalanan melalui tiub fallopio dari vagina ke uterus. Kadar dan konsistensi mukus servik yg betul juga membolehkan sperma untuk hidup lebih lama.

Ciri-ciri mukus servik yg subur :
-          cair
-          berair
-          jernih
-          boleh diregangkan


Tahukah anda mukus servik yang pekat, berwarna coklat atau kering boleh menghalang persenyawaan daripada berlaku?



 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 17 December 2013

Bismillah...

* Kopi yg disediakan di restoran spt espresso yg dibrew boleh mencapai sehingga 500mg KAFEIN secawan
 
* Kandungan kafein bagi bahan yg sama adalah berbeza mengikut cara penyediaan.
   Cth kandungan kafein dalam kopi o “kaw”  lebih tinggi daripada kopi 3 in 1.

* Teh/teh hijau mengandungi kurang dari 50mg kafein secawan


* Gantikan secawan kopi dengan decaffeinated coffee (kopi tanpa kafein) yg mengandungi hanya 2mg kafein secawan
 
* Minuman ringan seperti 7up dan Sprite tidak mengandungi kafein (yayyyy...tapi gula tetap 7 sudu dek non)
 

* Kafein di dalam Diet Coke/Pepsi adalah lebih tinggi daripada Coke/Pepsi biasa
 photo arrow.pngCONTINUE READING
Bismillah...

*Untuk penggemar kopi, sudah...sudah laaaa (akak SA ler tu...uwaaaa)

Hasil kajian menunjukkan kafein mendatangkan kesan buruk ke atas kesuburan dengan mengurangkan kontraksi otot tiub fallopio. Apabila tiada  kontraksi, maka telur tidak akan dapat bergerak dari ovari menuju ke uterus untuk disenyawakan. Kemungkinan untuk kehamilan luar rahim juga boleh berlaku jika embrio tersekat dan membesar di tiub fallopio. Kajian yg lain juga menunjukkan peluang untuk hamil menurun sebanyak 27% apabila mengambil 3 cawan kopi sehari. Pengambilan lebih dari 500mg kafein sehari adalah tidak baik untuk kesuburan.

Antara senarai makanan/minuman yg mengandungi kafein:
-          kopi (espresso, latte, frappucino, kek)
-          coklat (kek coklat, aiskrim)
-          minuman ringan (Coke, Pepsi, Mountain Dew, Diet Coke )
-          minum tenaga (100 Plus, Revive, RedBull)
-          teh

Bagi penggemar kopi atau Coffee Addict, kebiasaannya akan mengalami “withdrawal symptom” apabila mencuba untk berhenti minum kopi. Kebanyakan pakar mencadangkan supaya mengurangkan pengambilan kopi sedikit demi sedikit dan bukannya secara mendadak. Kadar pengambilan kopi/kafein yg dicadangkan ialah 100mg sehari.

Sepuluh tahun yg lalu, akak SA bukan penggemar kopi. Tapi dua tahun yg lepas, akak SA jadi coffee addictt, sampai sehari boleh minum dua mug café latte (kat Starbucks) gara gara....STRESS (halasannn je tuu..). Bukannya boleh hilangkan stress pun tapi mesti nak minum setiap hari. Tiga bulan lalu akak SA mula melawan addiction terhadap sang kopi. Bila rasa nak minum kopi, akak SA minum green tea atau makan dark chocolate. Masih mengandungi kafein tapi sangat rendah berbanding dgn kopi. Sekarang, akak SA mampu bertahan dengan satu mug cafe latte seminggu. Fuhhh..vangga tau? Target selepas ini, satu mug cafe latte dua minggu. Semoga dipermudahkan..aminnn.



 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 16 December 2013

Bismillah... Lamanya tak update blog. Gara-gara cuba nak fokus dalam topik kesuburan...

 Alhamdulillah, page Cahaya Mataku dah ada 1500++ likes. Inilah hasil usaha selama 2 bulan. Apsal akak SA tetiba nak berkecimpung dalam bidang kesuburan pulak ni? Takda sebab yang personal cuma akak SA tak tahan bila ada yg TTC tapi banyak perkara yg basic mereka tak tahu. Ovulasi, Cycle Days, Egg white cervical mucus...just to name a few. Dari pemerhatian, akak SA dapati TTC di facebook ni tak sama tahapnya ilmunya dengan blogger TTC. Jadi, akak SA pun sambil nyelam minum air. Sambil berkongsi sambil menjual..ye dak?
Sapa2 yg nk berkongsi ilmu pengetahuan tu, bolehlah melawat page Cahaya Mataku. Kongsi la ilmu yg menebal di dada tu. Insha Allah, ada keberkatannya di situ *Dah macam kuliah Maghrib kak nonnn*
 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template