facebook instagram

Friday, 27 February 2015

Bismillah...

Bulan lepas, saya telah dikejutkan dengan berita seorang rakan sebaya (berusia 35 tahun) telah diserang strok. Ketika entri ini ditulis, beliau telah pun menghembuskan nafasnya setelah koma selama 2 minggu. Meninggalkan suami dan seorang anak berusia 9 tahun

Kejadian ini membuka mata saya, strok bukan ekslusif kepada golongan yg berumur sahaja. Apa yg terjadi pada rakan saya telah membuktikan bahawa strok juga menyerang golongan muda di bawah 40-an. Tapi, bagaimana ia boleh berlaku? Saya jarang menulis entri yg tentang penyakit serius/kritikal sebab jujurnya saya mengaku, memang saya tak ambil kisah langsung pasal strok sebelum ini. Jika anda juga macam saya yang tak pernah ambil tahu tentang strok sebelum ini, luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini. Kenali simptom-simptom strok agar langkah pencegahan ataupun rawatan awal dapat dilaksanakan.

Apa itu STROK?
Strok atau serangan angin ahmar berlaku apabila saluran darah yg membawa bekalan oksigen dan nutrien ke otak, terganggu akibat dari gumpalan dalam saluran darah(blockage) atau saluran darah pecah/koyak. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yg secukupnya, sel otak akan berhenti berfungsi. Seterusnya, menyebabkan pesakit berada dalam keadaan koma.

Contoh arteri yg 95% tersumbat/terhalang (artery blockage)


TIADA Tanda-tanda Awal
Hasil daripada pembacaan saya, TIADA tanda-tanda awal strok yg jelas. F.A.S.T ialah cara mengesan strok tetapi apabila serangan strok hampir berlaku. Tetapi, dengan mengenal pasti punca-punca berlakunya strok dapat membantu mengurangkan risiko untuk serangan strok berlaku.


Punca-punca Strok
- Umur/lanjut usia
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Merokok
- Genetik

Saya tidak pernah nak ambil tahu tentang punca-punca strok seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi sebab alasannya - Saya Masih Muda. Kejadian yg berlaku kepada rakan saya ini, menyedarkan saya bahawa strok tidak mengenal usia.

Jadi, apakah yg boleh kita lakukan bagi mencegah punca-punca strok?
- Bersenam
- Berhenti merokok/minuman beralkohol
- Amalkan gaya hidup sihat
- Jaga pemakanan
- Buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara berkala


Supplemen Shaklee yg berikut amat baik untuk memelihara kesihatan jantung:
- VIVIX
- OMEGA GUARD
- PHYTOCOL ST
- COQ HEALTH

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma
sms/whatsapp : 019-4587610
facebook : beautecology






 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 8 January 2015

Situasi 1
"Laaaa...akak dah umur 50 tahun ke? Nampak macam 30an je"

Situasi 2
"Laaaa...akak baru umur 32 tahun ke? Nampak macam dah umur 45 tahun"

**Pengajaran dari situasi di atas, jangan suruh orang teka umur. Nanti jadi macam situasi 2, ada pula yang kena hempuk dengan handbag

But the real lesson is, jika nak age well atau gracefully, usaha anti-aging kena mula dari awal. Selewat-lewatnya apabila berusia lingkungan 30-an. Apabila kita start anti-aging lebih awal, biological clock kita seakan-akan terhenti. Dan juga usaha anti-aging ni masih mudah nak dilaksanakan ketika umur 30-an berbanding umur 40-an atau 50-an. Mencecah 40-an, banyak fungsi badan sudah mula kurang efisien. Metabolisme menurun, ketumpatan tulang berkurang, mudah letih    dan sebagainya.

7 LANGKAH KE ARAH AGING-WELL
1. Kawal tekanan darah
2. Kawal paras kolesterol
3. Kawal berat badan
4. Bersenam
5. Berhenti merokok
6. Jauhi minuman keras
7. Amalkan langkah-langkah pencegahan penyakit

Supplemen Shaklee Aging Well - VIVIX
Vivix ialah minuman kesihatan yg mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol dan ditambah dengan resveratrol. Hasil ujian makmal, Vivix menunjukkan kesan yg positif terhadap 4 punca mekanisme PENUAAN sel.

4 Punca Mekanisme Penuaan Sel
- Melindungi dan memperbaiki sel DNA
- Memperlahankan proses penuaan
- Meningkatkan penghasilan mitkondria yang mampu menambahkan tenaga kepada sel
- Menyelaras genetik

Antara Kebaikan Vivix:
- Kesihatan jantung
- Kesihatan sendi
- Kesihatan otak
- Kesihatan tubuh secara menyeluruh
- Kesihatan buah pinggang
- Pengawalan berat badan
- Menambahkan tenaga/tidak mudah letih
- Melambatkan penuaan

Jika diambil ketika usia muda, Vivix mampu membantu dalam pencegahan penyakit-penyakit yg berlaku akibat penuaan. Tambahan lagi jika kita ada genetik keluarga yg cenderung ke arah penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan sebagainya.
Kebaikan Vivix
Kebaikan Vivix
Saya sendiri telah mengamalkan Vivix selama setahun. Memang ketara sangat perbezaan sebelum dan selepas mengamalkan Vivix. Kulit menjadi lebih lembap dan kemerahan, badan rasa lebih bertenaga dan berat badan juga terkawal. Antara pengguna TESTIMONI VIVIX.

JANGAN BELI VIVIX PADA HARGA BIASA!
Beli Vivix pada harga promo, penjimatan hampir RM100.00 dan ada FREE gift!
Berbaloi kan?
sms/whatsapp - 0194587610
fb : Beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 16 December 2014

Jerawat, parut, jeragat, warna kulit tak sekata, berminyak, kering, sensitif - adalah antara masalah kulit yg biasa dialami oleh perempuan mahupun lelaki. Cuma orang perempuan ni lebih sensitif apabila menyentuh hal-hal kecantikan kulit.

"THE SKIN IS A WINDOW TO WHAT IS GOING ON INSIDE THE BODY" 
- Dr Julia T. Hunter

Dr Julia ialah seorang pakar kulit yg asalnya bekerja dengan klinik kosmetik. Hasil dari pemerhatian beliau, kebanyakan pelanggan yg telah melalui rawatan laser untuk menyelesaikan masalah kulit biasanya akan kembali selepas dua tahun kerana masalah kulit mereka kembali. Ini kerana, rawatan laser hanya menyelesaikan masalah kulit di luar. PUNCA sebenar yg menyebabkan terjadi masalah kulit itu berada di dalam badan. Selagi PUNCA itu tidak dirawat, masalah kulit tetap akan kembali. 

Kaedah rawatan yg diperkenalkan oleh Dr Julia bagi merawat masalah kulit bersifat holistik, merangkumi LUAR dan DALAM. Bagi beliau, itu adalah cara yg paling EFEKTIF untuk merawat masalah kulit mahupun mendapatkan kulit yg cantik. Banyak perkara-perkara yg berlaku dalam badan kita yg boleh menyebabkan berlakunya masalah kulit seperti:
  • sistem penghadaman yg tidak lancar
  • berlaku inflamasi/radang dalam usus besar
  • masalah kelenjar thyroid
  • hormon tidak seimbang
  • oxidative stress
  • masalah fungal seperti candida
  • kembung perut/bloating
  • sembelit
  • kekurangan vitamin/mineral yg tertentu
Ini memang berlaku kepada diri saya sendiri. Jika anda baca entri yang sebelum ini, mesti tahu yg saya telah melalui beberapa fasa masalah kulit. Dari kulit berjerawat, berminyak, sensitif hinggalah kulit kering - semuanya telah saya lalui. Setelah bertahun mencari skin care yg berkesan, akhirnya pencarian saya terhenti. Bukan sebab saya dah putus asa. Tapi sebab saya dah jumpa penyelesaiannya. Bukannya krim, bukannya cleanser mahu pun serum, tapi - SUPPLEMEN.


Selama ini saya ingat sistem penghadaman saya tak bermasalah tapi rupanya saya silap. Saya jarang kena sembelit tapi penghadaman saya tidak lancar. Tidak buang air besar setiap hari, selalu bloated dan perut buncit. Saya amalkan Shaklee Alfalfa dan Herblax bagi membersihkan usus besar dan melancarkan sistem penghadaman. Perubahan terhadap kulit saya memang sangat ketara. Tiada lagi kemerahan, tompk-tompok kering, dark circle yg ketara dan warna kulit semakin sekata. Dan selepas itu, saya tambahkan pula Shaklee Omega Guard yang sangat baik untuk kulit kering dan berupaya meredakan inflamasi dalaman. Dan baru-baru ni mencuba ambil Shaklee Collagen Powder. Alahaiii...menyesal tak ambil collagen awal-awal lagi. Memang banyak perubahan bukan saja pada kulit, tapi pada sendi, rambut dan kuku juga. Inilah yg dikatakan #ShakleeEffect

Dan saya tahu, saya tidak keseorangan. Ramai yg telah merasai #ShakleeEffect ini. Antaranya ialah Puan Nor Farizan yang akhirnya berjaya menyelesaikan masalah kulit berjerawat setelah 7 TAHUN mencari penawar.


ADA MASALAH KULIT? Pasti ada penawarnya.

Testimoni pengguna SET KULIT CANTIK

Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) untuk sembang-sembang dan tukar pendapat tentang masalah kulit atau pm di fb Beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING
Jerawat memang musuh ketat perempuan - dulu, kini dan selamanya.
Akak dulu(dan sekarang), bukannya boleh nampak jerawat. Hatta seketul kecil sekali pun, menggelabah la cari Oxy dan seumpama dengannya. Zaman akak remaja dulu, memang Oxy je la yg dicarinya. Zaman sekarang ni, cari Tea Tree Oil. Tapi ada sekali tu, jerawat bukan main dengil lagi. berhari-hari apply Tea Tree Oil, tak surut juga. Tiba-tiba, ternampak vitamin E Shaklee. Potong sikit, apply kat jerawat tu. Hamik kau...esok tu terus kecut. Lusa, dengan parut-parut pun tak nampak bayang.

Akak dah melalui zaman kegelapan itu, zaman jerawat penuh kat muka, Jerawat nasi, jerawat batu, jerawat pendam, apa segala jerawat pun dah pernah singgah kat muka ni. Oh zaman itu...self-confidence sangatlah rendah serendahnya. Nak jumpa orang pun malu. Itu semua gara-gara silap guna produk yg buat kulit menggelupas dan menghilangkan lapisam minyak/lembapan semulajadi. Kulit kita ni intelligent gitu. Bila dirasakan kulit kering, kulit akan hasilkan lebih banyak minyak supaya kekal lembap. Jadinya, kulit akan jadi lebih berminyak dari kebiasaan dan liang roma terbuka besar. Ini menyebabkan kotoran dan sel kulit mati memenuhi liang roma dan menyebabkan ia tersumbat. Maka terhasillah - JERAWAT!

Jadi, cara yg paling BERKESAN untuk menghilangkan jerawat selamanya ialah dengan - mengecilkan liang roma.

Cara Kecilkan Liang Roma

Ada beberapa cara yg telah terbukti berkesan. Cara untuk aplikasi dari luaran dan penjagaan dalaman. Dan sangat penting, lakukan kedua-keduanya sekali bagi mendapatkan hasil yg pantas dan berkesan.
  • Stim  
    • Dapat membuka dan membersihkan liang roma dari segala kotoran yg tersumbat. Gunakan toner atau astringent setelah selesai stim bagi menutup kembali liang roma. Stim ni sangat bagus lebih-lebih lagi jika ada jerawat pendam. 
    • Langkah-langkah stim muka

  • Ketul ais
    • MUDAH dan MURAH, gosok ketulan ais setelah mencuci muka dengan bersih. Lebih-lebih lagi jika guna air suam untuk mencuci muka. Ais dapat mengetatkan liang roma dengan berkesan dan pantas


  • Apple cider vinegar(ACV) 
    • ACV ialah bahan semulajadi yg mampu meneutralkan pH kulit selain mengetatkan liang roma. Ia juga mengandungi bahan antimicrobial dan anti-inflamasi yg boleh merawat jerawat. 
    • Bancuh ACV dengan air, gunakan bebola kapas
    • Cuci ACV dengan bersih setelah selesai
  • Exfoliate/scrub 
    • Amalkan exfoliate seminggu 1-2 kali kerana ia dapat menghindari sel kulit mati dari berkumpul dan menyebabkan liang roma tersumbat. Ingat, bila liang roma bersih maka saiz liang roma juga turut mengecut.
  • Supplemen Collagen dan Vitamin E 
    • Collagen ialah struktur yg menyokong liang roma, menjadikan ia kukuh dan ketat. Bila Collagen berkurang (akibat dari peningkatan usia/terdedah kepada cahaya matahari), liang roma juga turut membesar kerana struktur yg menyokongnya sudah lemah
    • Vitamin E pula dapat membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari. Ini penting sebab di Malaysia, kita dah lah mengalami panas sepanjang tahun. Dah tu, malas pula nak guna sun-block (saya lah tu :P)


Testimoni pengguna SET KULIT CANTIK

Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) untuk sembang-sembang dan tukar pendapat tentang masalah kulit atau pm di fb Beautecology.

 photo arrow.pngCONTINUE READING
Kalau Part I sebelum ini kita dah cerita mengenai Kulit Kering, Part II akak nak share pasal Kulit Berminyak pula.

Teringat masa zaman remaja dulu. Kulit makkkk aihhh...kalau boleh perah, minyak tu boleh guna buat goreng ikan. Sebatu orang dah nampak kita, sebab kulit berkilat-kilat. Nasib baik baik zaman tu belum ada selfie-selfie ni. Tapi, sekarang ni bila dah rasa kulit kering. Ohhh...akak redho kalau kulit berminyak. Percayalah...kulit berminyak itu 10x ganda lebih baik dari kulit kering.

Kenali Ciri-ciri Kulit Kering
  • Kulit nampak berkilat
  • Pori-pori/liang roma jelas kelihatan, terbuka dan kasar
  • Sering mengalami masalah jerawat
             
Pori-pori jelas kelihatan
Muka berkilat

Punca Kulit Berminyak
  • Genetik
  • Penggunaan produk penjagaan kulit secara berlebihan seperti kerap exfoliator, scrub dan seumpamanya
  • Cuaca yg terlalu panas boleh menyebabkan kulit menghasilkan minyak dengan banyak
  • Ubat-ubatan seperti pil hormon meningkatkan penghasilan minyak
  • Penggunaan produk penjagaan kulit yg tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tekanan/stress
Anggapan Salah Tentang Kulit Berminyak

Selalu terjadi bila kulit berminyak, maka kita pun mula mencari jalan bagaimana nak hilangkannya seperti kerap mencuci muka, menggunakan pencuci muka yg berbuih banyak dan seumpamanya. Kenyataanya, kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak bila kulit kering. Kenapa? Sebab kulit sudah memang sedia ada lapisan minyak yg bagi menghasilkan lembapan semulajadi. Jadi, bila kulit mendapati lembapan hilang dan dalam keadaan kering, maka kulit pun menghasilkan lebih minyak bagi memastikan kulit lembap dan tidak kering. Jadi, jangan menggunakan produk sebarangan yg menyebabkan kehilangan lapisan lembapan semulajadi pada kulit. Cuci muka dengan kerap dan menggunakan sabun yg terlalu berbuih, bukan jalan penyelesaiannya.

Produk Skin Care Yang Sesuai

Pencuci Muka : Gunakan pencuci muka yg larut air/water-soluble sebanyak 2 kali sehari. Jauhi produk yg mengandungi Sodium Lauryl Sulafte (bahan yg berbuih dan mengeringkan kulit)

Toner : Gunakan toner yg bebas alkohol dang mengandungi ANTIOKSIDAN kerana ia boleh membantu menyembuhkan kulit, mengecilkan liang roma dan mengeluarkan bendasing yg menjadi punca liang roma tersumbat

Exfoliate : Tak macam jenis-jenis kulit yang lain, exfoliate ialah langkah yg sangat penting utk kuli berminyak. Kulit berminyak kebiasaannya memiliki lapisan kulit mati terkumpul yg agak tebal. Exfoliate adalah cara terbaik bagi membuang lapisan kulit mati ini dan memastikan liang roma tidak tersumbat.

Moisturiser : Gunakan jenis yg ringan seperti gel-based atau serum yg boleh membekalkan kelembapan yg diperlukan disamping merawat kulit dan menghindarkan liang roma dari tersumbat. 

Masalah Jerawat

Biasanya, kulit berminyak memang senang mengalami masalah jerawat. Ini adalah disebabkan liang roma yg terbuka dan besar, menyebabkan kulit mati serta kotoran lain berkumpul di dalambya. Lalu menyebabkan ia tersumbat dan membentuk jerawat. Jadi, langkah yg paling penting bagi menyelesaikan masalah jerawat ini once and for all - kecilkan liang roma. Bagaimana? Baca di sini.

Mahu sembang-sembang tentang masalah kulit? Hubungi saya di 0194587610(sms/whatsapp) atau pm saya di fb Beautecology
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Sunday, 19 October 2014

Bismillah...

Tujuan entri Jangan Salah Guna Produk adalah bagi berkongsi tip dan info dengan anda supaya memilih produk yg betul dan sesuai dengan keadaan kulit anda. Ini SANGAT penting kerana penggunaan produk yg salah akan membuatkan keadaan kulit menjadi bertambah buruk. Jadi entri Jangan Salah Guna Produk -Part I adalah bagaimana nak kenal pasti kulit kering, langkah-langkah penjagaan, jenis produk skin care yg sesuai dan supplemen yg dapat membantu mengatasi kulit kering.

Kenali ciri-ciri kulit kering
Jika kulit anda mempunyai ciri-ciri di bawah, maka kulit anda boleh dikategorikan sebagai kulit kering.
  • Kulit tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma tidak begitu kelihatan
  • Tompok-tompok kulit yang kasar
  • Kulit berasa kering dan kasar
  • Kulit menggelupas
  • Kulit berasa tegang selepas dicuci atau pedih
*Kulit anda mungkin berasa gatal kerana kering. Tapi jika ia gatal, kering dan kemerahan, kulit anda mungkin jenis kulit sensitif
Contoh Kulit Kering
Punca Kulit Kering
Kulit kering mungkin boleh berpunca daripada perkara berikut:
- Umur meningkat (simptom penuaan)
- Perubahan hormon
- Terdedah kepada cuaca seperti keadaan berangin dan cuaca sejuk //kulit saya jadi amat kering bila saya travel ke luar negara
- Terdedah kepada cahaya matahari
- Mandi terlalu lama/berenang (Air boleh mengeringkan kulit)
- Pengunaan ubat-ubatan

Produk Skin Care Yang Sesuai
Pencuci Muka : Lotion/Milk cleanser(foam-free/soap-free) 
Cadangan : Shaklee Enfuselle Lotion Cleanser

Toner : Alcohol-free atau water-based toner atau thermal-water
Cadangan : Shaklee Enfuselle Hydrating Toner

Moisturiser : Mengandungi Glycerin, propylene glycol, proteins, urea dan vitamins kerana bahan-bahan ini boleh mengekalkan kelembapan di lapisan luar kulit. Pastikan oil-free.
Cadangan : Shaklee Enfuselle Hydrating Moisturiser


shaklee set kulit
Hydrating untuk Kulit Kering



Tips memilih produk skin care untuk kulit kering
- Jauhi produk pencuci muka yg bersabun/berbuih kerana produk ini biasanya mengandungi Sulfate yg menyerap kelembapan kulit/minyak
- Jangan scrub muka terlalu kerap, seminggu sekali memadai dan gunakan mild scrub/halus
- Jangan mandi terlalu lama atau kurangkan berenang
- Berlindung dari sinaran cahaya matahari dengan memakai payung atau topi
- Gunakan produk yg oil-free kerana ditakuti boleh membuatkan liang roma tersumbat
- Pilih produk yg telah diuji secara dematologi (dermatologically tested) kerana kulit kering sangat senang untuk mendapat irritasi jika salah guna produk
- Apply produk skin care sebaik sahaja selepas mandi
- Minum air masak 2-3 liter sehari

Supplemen Untuk Kulit Kering
Kulit kita juga memerlukan supplemen, bagi menyokong pembaharuan, memelihara dan perbaiki sel kulit dari dalam. Pendedahan kepada cahaya matahari dan persekitaran boleh menyebabkan kerosakan pada sel. Tambahan pula, ada sesetengah nutrien yg perlu diperolehi dari sumber luar kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. 

Omega-3
Omega-3 dapat membantu menstabilkan skin-fat dan mencegah sel daripada terhidrat. Ini dapat menghasilkan sel yg lebih kuat dan lembap sepenuhnya. 
Cadangan : Shaklee Omega Guard

Collagen
Collagen ialah sejenis protein yg paling penting untuk kulit. Apabila usia meningkat, penghasilan collagen turut berkurang. Ujian klinikal hasil penggunaan Shaklee Collagen Powder membuktikan collagen dapat meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kekeringan -> http://bit.ly/1tWL84U
Cadangan : Shaklee Collagen Powder

GLA
GLA dapat membantu menghasilkan bukan sahaja kulit tetapi rambut dan kuku yg sihat.
"Consider supplementing with gamma-linolenic acid (GLA), a fat that helps promote healthy skin, hair, and nails and is very hard to come by in the diet," says Prevention advisor Andrew Weil, MD, clinical professor of medicine at the University of Arizona. 
Cadangan : Shaklee GLA Complex

Dapatkan FREE GIFT bagi setiap pembelian SET KULIT SHAKLEE
*Sementara stok masih ada

Konsultasi percuma. Kredit Kad diterima.
SMS/Whatsapp: 0194587610 - SHIKIN
Facebook: beautecology
Email : beautecology@gmail.com

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 13 October 2014

Bismillah...

Adakah anda tahu jenis kulit muka yg anda miliki? Adakah kulit anda jenis kulit normal, berminyak, sensitif, kering atau kombinasi? Dalam entri kali ini, saya nak kongsi ciri-ciri tertentu bagi setiap jenis kulit. Pentingnya mengenali jenis kulit yang anda miliki kerana ia dapat mengelakkan anda dari menggunakan produk skin care yg salah. Penggunaan produk yg salah bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kulit anda, malahan akan menyebabkan masalah yg sedia ada bertambah buruk.

Jenis Kulit Saya
Percaya tak kalau saya kata jenis kulit muka saya bertukar-tukar sejak dari zaman sekolah menengah sampai lah sekarang?

  • 13 - 17 tahun : Kulit jenis kombinasi dan susah juga nak tumbuh jerawat
  • 18 - 19 tahun : Kulit muka saya bertukar jadi jenis kulit berminyak dan jerawat tumbuh kat pipi
  • 20 - 23 tahun : Kulit rosak akibat penggunaan produk skin care yg mengandungi agen penglupasan dan pemutihan
  • 24 - 28 tahun : Kulit kering dan start ada jerawat pendam
  • 28 - 33 tahun : Kulit saya sebenarnya dah termasuk dalam jenis kulit sensitif dan kering
  • Sekarang : Kulit dah beransur normal dan kurang sensitif
Kulit saya sebenarnya dah masuk dalam kategori kulit sensitif sejak saya berumur 20 - 23 tahun kerana penggunaan produk skin care yg mengandungi bahan kimia yg merbahaya. Tapi masa tu saya tak tahu dan guna produk yang tak sesuai dengan keadaan kulit saya. Jika tidak, pasti masalah kulit saya dapat diatasi lebih awal dan tidak bertambah teruk.

Jadi, mari kenali jenis kulit anda.


KULIT KERING
  • Kulit tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma tidak begitu kelihatan
  • Tompok-tompok kulit yang kasar
  • Kulit berasa kering dan kasar
  • Kulit berasa tengang selepas dicuci atau pedih


KULIT BERMINYAK
  • Kulit berminyak dan berkilat
  • Pori-pori/liang roma Nampak jelas dan terbuka.
  • Banyak black head
  • Kerap mencuci muka bagi menghilangkan minyak
  • Mekap tidak boleh bertahan lama
  • Mudah mendapat jerawat terutamanya di bahagian pipi


KULIT NORMAL
  • Kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak
  • Bahagian pipi mempunyai permukaan sekata dan tidak berkilat
  • Pori-pori/liang roma mungkin hanya kelihatan pada T-Zone


KULIT KOMBINASI
  • Bahagian T-Zone(hidung dan dahi) berminyak dan Nampak berkilat
  • Kulit kasar dan kering di bahagian pipi dan dagu
  • Mudah mendapat jerawat di bahagian T-Zone


KULIT SENSITIF
  • Kulit kemerahan (redness, inflammation)
  • Bengkak
  • Merengsa (irritation/gatal)
  • Ruam/eczema
  • Kulit berasa tegang (terutama selepas mencuci muka)
  • Bekeruping/menggelupas (dry patch)

Penggunaan produk skin care sememangnya dapat membantu keadaan kulit kita menjadi bertambah baik. Tetapi, penggunaan skin care semata-mata tidak mampu untuk merawat dan memperbaiki masalah kulit yang saya hadapi. Hanya setelah saya mula mengamalkan supplemen, barulah saya nampak kesan yg ketara. Yang paling best, keadaan kulit saya dah beransur normal dan kurang sensitif sekarang ni. Alhamdulillah...
Ini kerana produk skin care hanya mengatasi masalah kulit dari luar. Supplemen pula membantu merawat dan memelihara kulit dari dalam. Kulit kita adalah organ terbesar dalam tubuh kita jadi ia juga perlukan nutrien yg secukupnya seperti organ-organ badan kita yang lain. Saya mendapati keadaan kulit saya bertambah baik sejak mengambil supplemen terutamanya Omega Guard, Vivix dan Collagen. Kerana ketiga-tiga supplemen ini mempunyai fungsi dalam merawat dan memperbaharui sel tubuh termasuklah kulit.

Shaklee Set Kulit
Supplemen dan Skin Care Yang Saya Gunakan


Hubungi saya untuk ORDER supplemen dan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA :)
sms/whatsapp: 0194587610
facebook: Beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template