Bukan makan supplemen Shaklee je ada caranya, tapi makan buah-buahan juga ada caranya. Silap cara, nutrien dari buah-buahan tak dapat diserap langsung oleh badan. Lebih teruk lagi, silap cara boleh mengakibatkan kita dapat sembelit. TAPI..jangan salahkan buah-buahan. Salahkan WAKTU anda makan buah-buahan.
Waktu terbaik utk makan buah-buahan ialah ketika perut kosong. Ini kerana, kandungan fiber dan gula dalam buah-buahan perlu diproses secepat mungkin. Cara ini dapat memastikan semua nutrien dapat diserap sepenuhnya. Buah-buahan memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam untuk dihadamkan sepenuhnya.
Jika buah-buahan diambil bersama atau sebaik sahaja lepas makanan berat, buah-buahan akan mengambil masa yg lebih lama utk diproses sebab terpaksa menunggu utk dihadamkan bersama makanan berat. Makanan berat spt nasi memerlukan 3-4 jam utk dihadamkan sepenuhnya. Manakala, makanan yg kurang berat seperti oats memerlukan masa 2-3 jam utk dihadamkan.
Apabila buah-buahan yg dimakan lambat dihadamkan, ia akan mereput, rosak dan seterusnya akan melalui proses penapaian atau fermentation. Penapaian inilah yg akan mengganggu sistem penghadaman, mengakibatkan sembelit, kembung, inflamasi dan sebagainya.
Jadi, bila masa yg sesuai utk makan buah-buahan?
1. Awal pagi, ketika sarapan pagi
2.1 jam sebelum ambil makanan berat
3. 3 - 4 jam selepas ambil makanan berat
p/s: ini juga cara yg betul utk makan Shaklee Collagen Powder ;)
JOM MAKAN BUAH dengan cara yg betul!
No comments:
Post a Comment