facebook instagram

Wednesday, 2 October 2013

Shaklee's Anti Aging Trio

Bismillah....

Setakat berduet tu apalah sangat. Shaklee ada TRIO tau. Nak berkenalan?

Carotomax, Vita C dan Vita E
Bila cakap pasal aging/penuaan je, mesti benda pertama yg terfikir - KEDUT/WRINKLE. Kalau nak tau, kulit yg mengalami kesan aging adalah berkaitan dgn kerosakan pada molekul yg dikenali sbg radikal bebas. Seterusnya mendatangkan kesan kepada struktur kulit. Seperti yang dicadangkan oleh Jill Carleone (dietitian), vitamin yang paling baik bagi masalah aging/penuaan wanita adalah ANTIOKSIDAN iaitu Beta Carotene, Vitamin C dan Vitamin E. 

Beta Carotene
Sejenis vitamin A yang dijumpai dalam makanan berasakan tumbuhan. Memainkan peranan penting dalam perkembangan dan memperbaiki tisu. Bila dihadamkan, beta carotene ditukarkan kepada RETINOL. Ok, kaum perempuan memang kenal sangat dgn retinol ni. Sebab apa? Sebab retinol ni bahan utama dalam krim anti-aging yang mampu mencegah kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin E
Berperanan dalam menghalang kerosakan yg disebabkan oleh sinaran matahari terutamanya UV B rays. Ia juga dapat mengurangkan bilangan sel yg terbakar akibat sinaran UV. Bukan tu aje, vitamin E juga dapat menghalang penuaan pada kulit wanita bila digandingkan dengan Vitamin C.

Vitamin C
Sangat penting untuk tisu, tulang dan kulit. Memainkan peranan dalam pembentukan kolagen dan membantu mengekalkan kulit yg firm.Vitamin C juga dapat melindungi dari kesan sinaran matahari




Sumber:

No comments:

Post a Comment

blogger template