facebook instagram

Wednesday, 29 May 2013

Bismillah...

Saya sangatlah menghormati mereka yang TTC(trying to conceive) atau ingin hamil ni. Kebanyakan dari mereka sgt berpengetahuan. Punyalah macam2 term yang keluar bila bersembang dgn TTC ni. PCOS, OPK, HCG, BBT dan banyak lagi. Dan macam-macam usaha yg mereka lakukan untuk hamil. Jumpa doktor sana, doktor sini, makan ubat tu, ubat ni, cuba perubatan tradisional, amalkan macam2 petua yang kadang2 pelik juga dengarnya. Itulah perjuangan mereka yang TTC.

Bagi saya, amalan kerohanian sangat penting. Sembahyang wajib perlu sempurna. Bangun solat malam, puasa, amalan zikir. Insha Allah, saya akan share di entri yang lain utk amalan kerohanian yang boleh diamalkan.

YOU ARE WHAT YOU EAT
Jangan lupa, PEMAKANAN juga memainkan peranan utama. Pemakanan yang betul akan menjadikan tubuh badan kita lebih sihat dan bebas dari segala jenis bahan chemical yg tidak bagus untuk sistem tubuh kita. Apa yang kita makan, itulah yang ada dalam tubuh badan kita.

TTC atau tidak, pemakanan yang sihat sangatlah penting. Kriteria utama yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan makanan ialah makanan yang mengekalkan atau hampir sama dengan bentuk asalnya dan dengan perisa/pewarna dari sumber semulajadi. Kita ambil ayam sebagai contoh:

Contoh terbaik:
Ayam yang dipanggang, diperasakan dgn garam bukit, lemon dan lada hitam.
- kekal bentuk asal, tidak diproses
- perisa yang semulajadi dan minimum

Contoh tidak baik
Burger ayam tambah cheese beli kat warung depan 7-11
- ayam diproses secara berlebihan sehingga menjadi burger. takda rupa asal ayam langsung.
- ada MSG, pewarna tambahan
- masa brader tu masak, siap tambah sauce la, kicap la

JAUHKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT
1. Processed food
- Hotdog, burger, french fries, biscuit, roti, tepung etc

2. Fast food
- Mcdonalds, KFC dan sewaktu dengannya

3. MSG
- Ajinomoto dan adik beradiknya yg telah ditukar nama

4. Drugs/ubat
- Saya kurang gemar dengan ubat/drugs especially antibiotik. Tahu tak panadol akan kekal dalam sistem tubuh kita selama 5 tahun sebelum ia hilang sepenuhnya?

5. Daging ayam/lembu - kebanyakan dah disuntik hormon dan antibiotik supaya cepat besar dan bebas penyakit. Hormon dalam daging ni boleh sebabkan early puberty, kanser dan macam2 lagi penyakit

Go for organic or natural food!

AMALKAN PENGAMBILAN SUPPLEMEN
Dr Hamid Arshat, pakar kesuburan juga mencadangkan pengambilan supplemen dan herba bagi menggalakkan kesuburan -> http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/03/herba-dan-vitamin-untuk-subur.html. Beliau mencadangkan Vitamin C, Vitamin E, Zink dan Selenium. Herba seperti EPO, Flaxseed oil dan Vitex adalah antara yang dicadangkan oleh beliau

Selamat mencuba!

Set Kesuburan/Ingin Hamil

 photo arrow.pngCONTINUE READING
Bismillah...

Dari artikel Dr Hamid Arshat , beliau mencadangkan pengambilan vitamin C, vitamin E, Zinc dan Selenium sebagai vitamin  yang baik untuk sel-sel benih dan peranakan. Beliau juga mencadangkan pengambilan EPO sebagai herba untuk kesuburan. Saya sertakan di bawah highlights kebaikan setiap vitamin seperti tertera dalam artikel beliau.

Shaklee memiliki kesemua vitamin yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshat.

1.VITA-C
It is believed that vitamin C helps to neutralize the toxic effects of cigarette smoke on the sperm. According to Dr. Dawson intake of 200 to 1000 milligrams per day had a beneficial effect on sperm.

2. VITA-E COMPLEX (dgn selenium)
Vitamin E Essential for fertility and reproduction
A study conducted at the University of Padua in Italy and published in the Journal Science states that a diet low in selenium could be a cause of male infertility.

3. ZINC COMPLEX
A lack of zinc causes a lowering of testosterone, shrinks testicle size and produces misshapen and less healthy sperm, among other negatives.

4. GLA COMPLEX (berfungsi seperti EPO)
EPO helps the body to produce more fertile quality cervical fluid also known as "egg white cervical mucus."

Cadangan Vitamin
Untuk suami: Vita C, Vita-E Complex dan Zinc Complex
Untuk isteri: Vita C, Vita-E Complex dan GLA Complex

Boleh didapati dalam pek percubaan. SMS/Whatsapp: 0194587610(Shikin) untuk maklumat lanjut.


 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 22 May 2013


Bismillah...

Sebagai ibu, saya memang cuba sedaya upaya tak nak bagi ubat/drug bila anak saya demam, selesema, batuk etc. Saya pasti, ibu-ibu yang lain pun begitu juga. So, kali ni saya nak kongsi remedy yang natural lagi organik dengan ibu-ibu sekalian.

Biasa dengar cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) tak? Biasanya org guna apple cider vinegar ni sebagai salad dressing je. Sebenarnya, ACV ni banyaaakkk sangat kebaikan dia. Saya sendiri sebenarnya baru je discover kebaikan ACV ni tahun lepas. Asalnya, suami saya mencari rawatan alternatif untuk masalah sinus dia dan terjumpa psl ACV ni. Bermula dari situ, kami sekeluarga pun ambik ACV ni jugak

8 kebaikan ACV 

1. Boleh meleraikan mukus yang ada dalam badan dan membersihkan kelenjar limfa atau lymph node
Campurkan ACV dan madu, larutkan dalam air suam. Kalau batuk kering, tekak gatal takleh tidur...sangat la mujarab. Alhamdullillah, anak saya sekarang dah tak ambil ubat batuk lagi. Kami juga amalkan Shaklee OmegaGuard untuk cairkan kahak. Go for natural alternatif.

2. Meredakan allergi sebab ACV boleh mengurangkan mukus dan sinus congestion
Secara tak langsung mengurangkan sakit tekak dan sakit kepala, akibat dari sinus tadi

3. Membantu dalam mengurangkan berat badan
2 sudu teh ACV larutkan dalam 16 ounces air. Boleh buat minum sepanjang hari.
Bahan utama dalam ACV ialah acetic asid. Kajian padat tahun 2009 yang diterbitkan dalam Bioscience, Biotechnology, and Biochemistry menunjukkan, pengambilan acetic acid selama 12 minggu, penurunan ketara pada ukuran pinggang, berat badan dan triglycerides(penyumbang utama kolestrol)

4. Melegakan keletihan yang amat sangat
Bila letih, badan kita menghasilkan lactic acid. Amino acid yang terkandung dalam ACV adalah antidot kepada lactic acid ni. Disamping postassium dan enzim yg terkandung dalam ACV boleh meredakan keletihan. Kalau ibu-ibu yang selalu penat lepas kemas rumah dari pagi smpi ke malam asyik bersepah je (hehe..), boleh minum campuran ACV dan air. Dengan jus pun boleh jugak.

Update:
Jam 3pm ke atas, memang azab kan? Masa ni lah rasa mengantuk yg teramat sangat sampai susah nak fokus. So, saya simpan sebalang kecil ACV di office. Gantikan teh/kopi waktu tea break tu dengan ACV drink. Serius, memang rasa cargas je lepas tu. Kekadang, saya gilirkan dengan Shaklee Cinch Tea yang tak kurang hebatnya. Cinch Tea boleh buat saya berjogging sepadang bola selepas sesi aerobik. Eh...motif??

5. Melegakan pedih ulu hati (heart-burn)
Minum sesudu ACV, pastu minum air segelas

6. Regulate pH kulit
Ada yg cadangkan utk guna ACV sebagai toner. Ada juga yg guna sebagai deodoran. Ok, ni saya nk try :-)

Update:
Saya dah cuba dannnnnn....saya JATUH CINTA dengan ACV yg dijadikan toner. BESTTT sangat sebab kulit tak kering dan tak berminyak aka NORMAL. Pori-pori juga semakin mengecil dan whiteheads dan blackheads dah semakin berkurangan. Rugi tak cuba awal-awal lagi. Kesannya lagi hebat dari toner yg mahal-mahal tu.

7. Detox badan secara keseluruhan
Kajian menunjukkan ACV boleh stimulate cardiovascular circulation dan membantu untuk detox hati.

8. Membuatkan rambut beralun dan bermaya (mcm iklan shampoo pulak )
Gunakan ACV utk membilas rambut selepas bersyampu.

TAMBAHAN (yang saya telah cuba sendiri)
9. Mengurangkan kelemumur/dandruf atau kulit kepala kering
Buat campuran ACV+air+shampoo Shaklee Prosante Purifying
*saya dah cuba 2 jenis shampoo lain sebelum Prosante tapi hasilnya tak sebaik dengan prosante


Tips:
Berkumur selepas minum ACV sbb ACV very acidic, boleh menipiskan enamel gigi
- Pastikan ACV tu organic, " with the Mother". Mak sapa??? Hehe..mother ACV ni mcm kat gambar bwh ni, mcm spider cob-web gitu. Hanya organic ACV je ada Mother ni cth : BRAGG, Garden of Eden, etc


credit


Sumber:
http://www.webmd.com/diet/apple-cider-vinegar?page=2
http://www.mindbodygreen.com/0-5875/15-Reasons-to-Use-Apple-Cider-Vinegar-Every-Day.html
http://www.rd.com/slideshows/8-health-benefits-of-apple-cider-vinegar/#slideshow=slide8

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 21 May 2013


Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi. Percaya tak, susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda? Kiranya, susu ibu ni adalah makanan yang paling sihat untuk bayi sebab susu ibu. Dengan menyusu, bayi mendapat khasiat daripada susu. Ibu pulak boleh pulak boleh kuruskan badan ;-)

Oleh itu, sangat penting bagi ibu menyusu untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar bayi anda dapat khasiat dan zat yang secukupnya.

  • Ibu-ibu perlu mengambil diet yang lengkap, sempurna, cukup nutrien bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi.
  • Menggalakkan supply dan demand susu badan. Rule of thumb : tiada demand, tiada supply. Maka, kerapkan pam dan susukan anak
  • Pemakanan yang sempurna boleh membantu ibu mendapat kembali berat badan  sebelum mengandung
Piramid makanan sihat

Piramid makanan tidak sihat

Tips:
- Ambil makanan dengan portion yang betul. Nasi sepinggan, ikan sekeping, sayur sesudu...portion yang tak betul ya ibu2!
- Minum air yg banyak, 8-10 gelas sehari. 87% daripada susu ibu adalah AIR
- Minum segelas air setiap kali sebelum meyusukan bayi atau mengepam, akan menghasilkan lebih banyak susu
- Minum air masak juga dapat membantu menurunkan berat badan. 

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Thursday, 9 May 2013


Bismillah...

Khas untuk ibu-ibu, mak-mak, mama-mama yang ingin mahupun sedang menyusukan anak. Power Pumping ini sama penting dengan supplemen. Siapa yang dah ambil supplemen tapi susu masih tak banyak, boleh amalkan tenkik Power Pumping ni ya. Insha Allah, niat dan usaha yang baik pasti dipermudahkan.

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam





  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pam setiap 2-4jam sekali

  • Sentiasa:

    • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
    • Rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Monday, 6 May 2013


    Bismillah....

    Ibu-ibu yang gembira dengan set 3M.

    Stok susu / EBM meriah bila ambil set Tripple M / 3M

    Berpuasa tapi susu meriah dan banyak. Credit

    Mengandung selepas consume set 3M

    Susu overflow selepas guna set 3M / Tripple M. Credit

    Breast cepat penuh dengan set 3M / Tripple M

    Susu meriah walaupun anak dah setahun

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Bismillah....

    Introducing .............SET TRIPPLE M. Set yang boleh membantu para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding  mom) di bulan puasa Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi



    Kandungan Set Tripple M
    ~ Vitalea with Iron Formula
    ~ B Complex
    ~ Vitamin C
    ~ Alfalfa Complex
    ~ OsteMatrix
    ~ Energizing Soy Protein (ESP)


    Siapa yang perlukan Set Tripple M?
    Set ini digalakkan kepada
    * Si ibu yang ada masalah penyusuan,
    * Si ibu yang nak mula menyimpan stok,
    * Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
    * Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

    Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini Insya Allah dapat membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu sihat dan cergas dan sekaligus dapat menghasilkan susu.

    Komposisi utama dalam susuibu adalah protein dan kalsium seterusnya semua zat vitamin dan garam mineral. Maka pengambilan protein ESP dan kalsium Osteomatrix  yang mencukupi dalam diet harian membantu penghasilan susu dengan cepat dengan syarat si ibu kerap menyusukan anak atau pumping session yang konsisten.


    Mengambil Shaklee sebagai supplemen tambahan adalah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan kita. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:

    • Tubuh yang sihat
    • Supply Vs Demand
    • Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
    • Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
    • Konsisten dalam mengepam 
    Hubungi saya jika anda perlukan konsultansi. Whatsapp/SMS/Call/Email.
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Saturday, 4 May 2013


    Bismillah...

    Buat ibu- ibu yang menyusukan si manja mereka, saya ingin berkongsi tip bagaimana mahu banyakkan susu badan kerana ramai ibu- ibu yang mengeluh penghasilan susu mereka merudum.Jadi para ibu, jgn risau, boleh cuba cara yang saya listkan dibawah, Insya Allah, berkat usaha murni ibu-ibu, susu badan akan bertambah.
    [ credit ]

    1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
    Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
    Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
    Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
    Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

    2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
    Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
    Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
    Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

    3. Minum banyak Air
    Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

    4. Fikir Bayi Fikir Susu
    Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
    Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

    5. Berdisiplin
    Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

    6. Tandem Pumping
    Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

    7. Teknik Marmet
    Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.
    So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

    8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
    Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
    Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
    Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

    9. Penyusuan Malam
    Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

    10. Urutan
    Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik
    mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

    11. Pengambilan suplemen
    dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)

    Jadi, buat ibu-ibu yang sedang mengalami masalah susu merudum, bolehla ikuti tips- tips ini.Selamat meneruskan perjuangan menyusukan anak anda. Doa saya sentiasa mengiringi anda dlm apa jua hajat dan impian anda.. Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung dan penolong
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Bismillah...

    Walaupun wanita yang mengandung atau yang masih menyusukan anak tidak mudah mengalami allergik akibat bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik penjagaan wajah yang di gunakan, ibu-ibu haruslah mengambil perhatian terhadap bahan kimia yang berkemungkinan membahayakan bayi sewaktu mengandung atau yang masih menyusukan anak. Menurut laporan doktor di BabyandPregnancy.co.uk , bahan kimia daripada produk penjagaan kulit boleh menyusup masuk ke salur darah dan berkemungkinan menyebabkan kecederaan janin, menjadi punca allergi dan menjejaskan susu ibu. Sebelum menggunakan sesuatu produk penjagaan kulit, baca label dan pastikan tidak mengandungi bahan-bahan yang saya senaraikan di bawah.

    PETROLEUM
    Ibu yang menyusukan bayi mesti mengelakkan produk yang berasaskan petroleum, sebab bahan ini akan memyebabkan kulit bayi yang sensitif merengsa. Nama bahan yang diperbuat daripada petroleum adalah seperti propylene glycol, mineral oil, paraffin, petrolatum dan  isopropyl alcohol.

    FORMALDEHYDE
    Formaldehyde adalah bahan yang biasa digunakan untuk memanjangkan usia  sesuatu kosmetik . . Formaldehyde boleh menyebabkan  allergies dan  reaksi allergik yang serius kepada bayi yang menyusu jika ibunya memakai kosmetik yang mengandungi bahan ini. Nama-nama teknikal yang digunakan untuk menunjukkan  formaldehyde terdapat dalam kosmetik tersebut iaitu  hydroxymethylglycinate, DMDM-hydantoin dan methenesmine.

    PARABENS
    Paraben merupakan ‘nyawa’ kebanyakkan kosmetik dan paling banyak digunakan dalam kebanyakkan kosmetik. Meskipun kandungannya rendah, namun pemakaian yang berterusan akan menyebabkan bahan ini berkumpul dalam badan dan kandungan yang tinggi akan menjejaskan system endoktrin bayi yang sensitif terhadap Paraben. Ia dikenali dengan nama isopropylparaben or methylparaben. 

    RETINOIDS
    Retinoids digunakan untuk mengurangkan kedutan pada wajah dan sangat popular. . Retinoids mengurangkan kedutan  dengan mempercepatkan penghasilan vitamin A, menghalang kemusnahan kolagen dan mempercepatkan penghasilan sel baru.Menurut laporan BabyCenter.com, retinoids yang dipakai secara luaran menyebabkan kecacatan janin dan tidak boleh digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya.   Retinoids terdapat dalam banyak nama seperti Retin-A, differin, tazorac, retinol atau retinyl.

    SALICYCLIC ACID
    Salicyclic acid adalah bahan yang digunakan didalam krim anti jerawat dan krim pupur. Ia juga banyak digunakan dalam pencuci wajah dan dikenali dengan nama BHA, beta hydroxy acid dan salicyclic acid. Bahan kimia ini akan menyerap jauh kedalam liang-liang kulit. Walaupun menurut kajian penggunaan yang sedikit tidak membahayakan bayi yang menyusukan, namun  salicyclic acidyang terdapat dalan topeng muka dan krim pencerah badan lebih  toksik kerana dibiarkan lebih lama di wajah dan salicyclic asidnya tinggi kepekatannya dalam topeng muka tersebut.

    Di Shaklee terdapat dua rangkaian penjagaan kulit yang bebas daripada segala bahan merbahaya di atas.

    Enfuselle-Anti aging, normal, oily , dry skin
    Nutriwhite-Whitens your skin gracefully and for sensitive skins

    Nota: Boleh rujuk entri ini untuk maklumat lanjut Nutriwhite.

     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Bismillah...

    Saya kongsikan gambar ini yang CNP daripada Gojez Kid Closet. Boleh menjadi panduan ibu-ibu bagaimana untuk menyimpan stok EBM .


     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Thursday, 2 May 2013


    Bismillah...

    Kita telah pun berada di dalam bulan Jamadilakhir. Lepas ni Rejab, Syaaban dan seterusnya bulan yang paling dinantikan - RAMADHAN al Mubarak. Tak lama lagi, kurang dari 90 hari saja. Saya ingin kongsikan awal-awal tips penyusuan di bulan Ramadhan sebab....cuba lihat perkara pertama dalam tips di bawah - Bersedia dengan stok susu ibu sebelum tibanya Ramadhan. Jadi harapnya, para ibu dapat manfaatkan tips ini dengan sebaiknya.




    Credit to Blog Susu Sihat.
     photo arrow.pngCONTINUE READING

    Wednesday, 1 May 2013

    Tema blog untuk bulan Mei
    Bersempena dengan bulan Mei ini iaitu bulan Hari Ibu, saya ingin dedikasikan blog saya dengan entri-entri pasal Ibu je bulan ni. Tanpa Ibu, siapalah kita kan.

    Pada ibu-ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu / Happy Mother's Day saya ucapkan. Kepada yang belum menjadi ibu, Insya Allah...masanya akan tiba.

    Nota: Ini ialah sticky post. Scroll bawah untuk entri baru ;-)

     photo arrow.pngCONTINUE READING
    blogger template