facebook instagram

Monday, 22 September 2014

Bismillah...

Akhirnya, setelah lama berdolak dalik, tolah tambah dan mengkaji...maka saya dah menjadi pengamal Collagen Shaklee sekarang. Masa mula-mula nak makan tu, takut juga sebab ramai yg kata baunya hanyir. Tapi..ok je. Campur dalam Tropicana Twister, goncang-goncang sikit, dah siap.
Jadi, kenapa akhirnya saya membuat keputusan nak amalkan Collagen Shaklee? Kerana faktor-faktor berikut:

Collagen Shaklee Mudah Diserap
Mutu sesuatu  collagen itu bergantung kepada keupayaannya diserap oleh badan berdasarkan kepada ukuran Dalton. Semakin kecil unit Dalton, menandakan semakin mudah collagen diserap. Berat Collagen Shaklee ialah 1000 dalton. Saya ada buat perbandingan dengan sejenis Collagen Berperisa Oren, yg memiliki berat kurang dari 1500 dalton. Kebanyakan lambakan produk collagen memiliki berat 3000-5000 dalton. Cuba bandingkan ;)

Diperbuat dari sumber semulajadi, tanpa perisa dan bahan tiruan
Kebanyakan produk collagen yg terdapat di pasaran, mempunyai perisa tambahan seperti oren, anggur mahupun kopi bagi melindungi bau hanyir collagen. Ya, collagen berbau hanyir kerana sumbernya dari hidupan laut.
Collagen Shaklee istimewa kerana ia tidak mempunyai sebarang perisa tiruan mahupun tambahan. Collagen Shaklee mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) atau sisik ikan merah yang terdapat di lautan dalam. Lautan dalam bermakna tiada pencemaran kimia dan mampu tahan tekanan tinggi. Jadi, ekstrak sisik ikan merah ni menghasilkan collagen yang sangat berkualiti tinggi, tulen, lasak dan elastik.

Collagen Shaklee telah diuji secara klinikal
Ramai pengguna suplemen yg tidak sedar akan kepentingan ujian klinikal. Ujian klinikal walaupun tak diwajibkan tapi ia SANGAT penting bagi membuktikan satu suplemen itu selamat digunakan dan tidak akan mendatangkan kesan negatif seperti kerosakan buah pinggang, hati, keracunan dan sebagainya. Collagen Shaklee telah melalui pelbagai jenis ujian klinikal sebelum ia dipasarkan bagi memastikan ia selamat digunakan. Istimewanya Collagen Shaklee ini lagi, hanya terdapat di Malaysia sahaja. Negara pengeluar Shaklee iaitu Amerika pun tak jual produk ni kat sana. Kerana, ia dirumus khas bagi orang Malaysia.

8 minggu dah nampak kesannya
Yang ini juga berdasarkan ujian, bukan suka-suka hati buat statement begini. Dalam masa 8 minggu, perubahan berikut dapat dirasai:
  • 90% peningkatan terhadap kelembapan kulit // Kerana saya memiliki masalah kulit sensitif dan kering, ini adalah faktor utama kenapa saya memilih collagen Shaklee
  • 75% pengurangan terhadap kekasaran dan kekeringan
  • 69% peningkatan terhadap kelicinan kulit
  • 71% peningkatan secara keseluruhan terhadap kulit
shaklee collagen powder



Peluang keemasan, setahun sekali saja!
PROMO Collagen Shaklee, Beli 6 PERCUMA 1
Harga Biasa : RM298.00 sekotak
Harga Promo: Sangat MURAH dari harga biasa!
Promo berakhir : 30 Sep 2014

ORDER SEKARANG, KALAU MELEPAS RUGI!
SMS/Whatsapp: 0194587610 - SHIKIN
Facebook: beautecology
Email : beautecology@gmail.com


Link -> Cara makan Collagen yg betul

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 8 September 2014

Bismillah...

Kenapa saya perlu pilih Skin Care Shaklee?
Ini adalah soalan yg sama saya tanya diri saya. Saya ini seorang yg sangat cerewet bila berkaitan dengan skin care ni sebab saya memiliki kulit yang sangat sensitif. Jadi, saya tak boleh pakai skin care yang sebarangan sebab nanti kulit saya akan jadi merah-merah, kering(dry patch) dan sakit/gatal. Oh, kulit saya bukan semulajadi sensitif. Satu ketika dahuluuuuu...kulit saya amat normal tanpa sebarang kondisi jerawat yg serius. Tapi, semua itu hancur musnah bila saya mula gunakan skin care jenama X, yg kononnya boleh membuatkan kulit lebihh putih mulus. Tapi padahal, ia mengandungi  bahan kimia yg kuat dan merbahaya membuatkan kulit menggelupas tak henti-henti. So, moral of the story...jauhi produk yg menjanjikan KULIT PUTIH DALAM MASA DUA MINGGU dan seumpamanya.

Jadi, 3 tahun lalu bermulalah journey saya mencari produk skin care yg sesuai utk kulit saya. Dan sepanjang journey itu jugalah, saya telah berjumpa dengan vitamin Shaklee. Dan setelah beberapa tahun mencari, barulah saya berjumpa dengan skin care yg sangattt sesuai untuk kulit saya. Shaklee ke? Bukanlah...jenama Origins - range Mega Mushroom. Masa ni saya tak berapa tahu sangat tentang skin care Shaklee. Saya beri 5 bintang utk set Origins ni sebab memang terbaik, boleh selesaikan masalah yg produk jenama lain tak boleh buat. Kesannya memang cepat, tak sampai sebulan dah boleh nampak perbezaan. Tapi....MAHALnya lahhhh. Sebotol krim moisturizer harganya RM300 sebotol!! Jadi, kenalah teruskan mencari lagi nampaknya....

Shaklee Enfuselle Advanced Skin Care
Apalah yg hebat sangat dengan skin care Shaklee ni? Shaklee ni buat VITAMIN yg bagus tapi boleh ke buat skin care yg bagus juga? Perenggan di bawah telah mengubah persepsi saya terhadap skin care Shaklee.
"It turns out that the same nutrients that help keep you healthy on the inside also play a huge role on how you look on the outside. So it should come as no surprise that the answer to amazing skin comes not from a cosmetics company but from the foremost natural nutrition company"
Kerana kulit kita memerlukan VITAMIN yg SAMA seperti diperlukan oleh tubuh kita. Kerana ini juga, Shaklee boleh menghasilkan skin care yang bagus kerana mereka juga syarikat nutrisi yg berpengalaman dan terbaik dalam menghasilkan VITAMIN.

Exclusive, triple-patented Vital Repair +® Complex
Plihan saya - Ensfuselle Advanced Skin Care (Hydrating) dengan formula Vital Repair +® Complex yang telah dipatenkan tiga kali.

shaklee skin care

Produk Enfuselle yang terdapat di Malaysia:
Untuk kulit kering/sensitif
- Eye Treatment //saya guna
- Hydrating Cleansing Lotion //saya guna
- Hydrating Moisturizer//saya guna
- Hydrating Toner //saya dah lama tak guna toner

Untuk kulit Berminyak/Berjerawat/Kombinasi
- Eye Treatment
- Balancing Moisturizer
- Purifying Cleansing Gel
- Purifying Toner 



Testimoni saya
Bagi saya, skin care Shaklee ni sama hebatnya dengan skin care yg jauh lebih mahal harganya dan LEBIH HEBAT dari produk yg sama harganya. Memang dapat rasa perbezaaan yg ketara selepas sebulan. Rupanya, ini memang jaminan dari Shaklee berdasarkan ujian klinikal, bukan janji manis ya;)

skin care shaklee


**Rujuk di sini untuk ujian klinikal

Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan berkenaaan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA!
sms/whatsapp/telegram: 0194587610
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 3 September 2014

Bismillah...

Selulit atau cellulite adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel lemak ini akan menarik tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia semakin banyak apabila umur semakin meningkat. Selulit ialah masalah yg biasanya terjadi pada kaum perempuan. Kebiasaannya, selulit terbentuk pada paha, punggung dan kadangkala tangan dan betis.

selulit
Contoh rupa selulit (gambar atas), kedut-kedut gitu.
**Sila google untuk gambaran selulit yg lebih jelas. Terlalu grafik saya nak tempek di sini sebab hampir kesemuanya menunjukkan gambar punggung :P
Untuk memahami apa itu selulit, kena tahu apa itu kolagen/collagen dulu. Kolagen ialah sejenis protein penting yg membantu pembentukan connective tissue pada tendon, ligamen dan juga kulit. Jadi, jika kolagen tidak berada dalam keadaan baik atau rosak, maka connective tissue tadi akan menjadi terlalu nipis atau penuh dengan lubang. Dan, lapisan lemak di bawah kulit boleh menembusi lubang-lubang tadi dan membentuk - SELULIT.

Untuk pemahaman yg lebih mudah, cuba kita bayangkan MURTABAK (bila beri contoh makanan ni, biasanya lebih senang dipahami.
Kulit luar murtabak ialah kolagen dan isi dalam murtabak ialah lemak. Jika kulit murtabak itu diregangkan dan menipis atau jika isi murtabak terlalu banyak(tamak ni), isi murtabak tu boleh jelas kelihatan timbul keluar pada kulit murtabak.Yang timbul-timbul itu, bolehlah disamakan seperti selulit.

Ada beberapa cara natural untuk mengatasi selulit seperti yg dicadangkan oleh Natasha Turner, seorang doktor naturopathy seperti dalam artikel beliau.

1. Merendahkan paras insulin
Dengan mengamalkan pemakanan yg dapat membantu merendahkan paras insulin seperti Omega-3, protein tinggi dan rendah karbohidrat. Gabungan pemakanan dan senaman adalah cara terbaik menurunkan paras insulin dan seterusnya mengatasi masalah selulit.

2. Mengurangkan inflamasi
Inflamasi dapat menyebabkan selulit lebih jelas kelihatan. Amalkan pengambilan Omega-3 yg dapat meredakan inflamasi dengan berkesan. Disamping itu, Omega-3 juga dapat membantu dalam penurunan berat badan yg lebih berkesan.

3. Kawal paras estrogen
Paras estrogen yg tinggi boleh meningkatkan pengumpulan lemak dan menyukarkan usaha penurunan berat badan. Berat badan dan lemak berlebihan adalah punca kepad pembentukan selulit. Jadi, hati-hati dengan pemakanan mahupun penggunaan bahan yg boleh menyumbang kepada kadar estrogen dalam badan. Detox dan pengambilan vitamin seperti zinc, B6 dan magnesium dapat membantu mengawal paras estrogen.

4. Tingkatkan kolagen dalam badan
Kerana, semua ini berpunca dari kolagen. Bila usia semakin meningkat, kolagen bukan sahaja boleh rosak tetapi penghasilan kolagen juga turut berkurangan. Faktor hormon dan dehidrasi juga boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Pengambilan kolagen telah terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit, kuku dan pertumbuhan rambut. Ia juga dapat menggalakkan tubuh kita untuk membina semula dan memperbaik fiber yg menyebabkan pembentukan selulit.

Jadi, apa cadangan supplemen Shaklee untuk mengatasi masalah selulit?
- Shaklee Omega Guard yg membekalkan Omega-3
- Shaklee Collagen Powder untuk membekalkan kolagen

kolagen shaklee

Set Collagen dan Omega Guard ni bukan sahaja dapat mengurangkan penampilan selulit tapi ada juga FAEDAH yg lain seperti:
- membakar lemak
- mencantikkan dan menegangkan kulit
- kulit lebih berseri-seri
- meredakan sakit sendi
- menyihatkan rambut
- menguatkan kuku
- merendahkan kolesterol
- menyihatkan jantung

PROMO HEBAT SHAKLEE COLLAGEN POWDER BULAN INI! HARGA DIJAMIN TERBAIK!!

Untuk pertanyaan, konsultasi dan pesanan:
sms/whatsapp/telegram: 0194587610 (SHIKIN)
fb: www.facebook.com/beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Wednesday, 6 August 2014

Bismillah...

Sama ada suka atau tidak, tubuh wanita akan mengalami perubahan luaran dan dalaman sebaik sahaja mencecah usia 35 tahun, bermulalah fasa Penuaan atau Aging (huk huk...tahun depan umur saya 35 tahun). Penting bagi seorang wanita mengetahui perubahan-perubahan yg bakal berlaku ini supaya dapat menjangka dan membuat perancangan tertentu seperti merancang untuk hamil.

Antara perubahan-perubahan yg bakal berlaku:

Fertiliti

  • Kualiti telur/ovum merudum
  • Kadar penghasilan estrogen dan progesteron ketika ovulasi berkurang
  • Telur juga mengalami penuaan maka berisiko utk mengalami kerosakan dan kecacatan genetik
  • Bukan saja berisiko buat ibu tapi juga berisiko untuk kandungan
  • Secara keseluruhannya, kesuburan merudum dengan drastik selepas 35 tahun

Peningkatan berat badan dan kesukaran menurunkan berat badan

  • Metabolisme mula menurun, punca utama pertambahan berat badan meskipun kurang makan
  • Metabolisme basal berkurang pada kadar 5% dan dan akan berterusan menurun setiap dekad
  • Perlu kurangkan kadar pengambilan kalori harian dengan drastik jika ingin kekalkan berat badan

Ketumpatan Tulang

  • Ketumpatan tulang berkurang kerana penghasilan estrgoen merudum selepas umur 35 tahun  (Estrogen melindungi ketumpatan tulang)
  • Bagaimanapun, ia tidak semestinya akan menyebabkan osteoperosis jika amalkan gaya hidup sihat, amalkan pengambilan kalsium dari awal dan bersenam

Perubahan pada kulit

  • Antara perubahan yg agak ketara dapat dilihat setelah umur mencecah 35 tahun
  • Selain daripada kulit berkedut, kulit kurang elastik dan tegang
  • Kesan kendur dapat dilihat pada kelopak mata dan pipi dengan nyata

Organ Pelvik

  • Otot lantai pelvik(pelvic floor) akan mula kendur dan lemah
  • Hilang kawalan secara perlahan-lahan pada pundi kencing seperti terkencing bila batuk atau bersin
  • Mengalami beberapa kesukaran pada organ pelvik

Proses penuaan memang tidak boleh dihentikan. Apa yg kita boleh lakukan ialah melambatkan dan meminimakan kesan penuaan dari awal dengan cara bersenam, pemakanan sihat, gaya hidup sihat serta pengambilan SUPPLEMEN. Bukan saja untuk anti penuaan tapi secara tak langsung, dapat menghalang penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis, osteoperosis dan lain-lain bila umur semakin bertambah.

Ini adalah antara supplemen Shaklee yg amat baik diamalkan dari sekarang, tak perlu tunggu sehingga usia 35 tahun. 

Shaklee Vivix
Saya mula amalkan Vivix setahun yg lepas. Tonik anti-penuaan dengan gabungan polifenol daripada beberapa jenis tumbuhan. 10 kali ganda lebih baik dari Resveratrol sahaja, Vivix berfungsi di peringkat sel atau cellular. Boleh melindungi dan memperbaiki DNA yg rosak, memperlahankan pembentukan protein AGE iaitu punca penuaan, memberi impak positif terhadap penstabil genetic dan meningkatkan penghasilan tenaga sel. Ini bermakna, Vivix bertindak seperti awet muda bukan hanya untuk kulit, tetapi juga seluruh tubuh dan mencegah penyakit kritikal daripada berlaku.

Shaklee Ostematrix
Ini juga saya amalkan sebab saya jaaaarang sangat minum susu. Membekalkan keperluan kalsium harian yg diperlukan dari sekarang supaya kesihatan tulang serta gigi terpelihara. Ketumpatan tulang yg baik dapat mengelakkan tulang belakang bengkok atau bongkok.

Shaklee Collagen Powder
Penghasilan kolagen semakin manyusut apabila umur meningkat. Maka, kita perlu dapatkan kolagen dari pemakanan. Kolagen yg mencukupi dapat meminimakan kesan penuaan pada kulit seperti kedut, kendur, pigmentasi dan kulit kering.

Shaklee GLA Complex
Antara supplemen favourite saya ni, dah setahun setengah saya amalkan. Penting untuk kesihatan wanita secara menyeluruh, tak mengira usia. Bagus untuk pelbagai jenis masalah kesihatan termasuklah keseimbangan hormon, menopaus, kesuburan, arthritis/sakit sendi, diabetes, mastalgia(sakit payudara), alergi dan lain-lain.
p/s: GLA ada promo bulan ni, beli 6 percuma 1 + FREE membership!!

AGE GRACEFULLY WITH SHAKLEE!
sms/whatsapp: 0194587610
fb: www.facebook.com/beautecology




 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 22 July 2014

Bismillah...

Dari mata turun ke hati. Tapi kalau mata dah macam mata panda, muka yg halus mulus pun hilang serinya. Saya juga pernah mengalami masalah yg sama, lingkaran hitam bawah mata sejak dari zaman persekolahan lagi. Dah bermacam-macam krim mata saya cuba, dari murah ke mahal tapi kesannya biasa-biasa aje,tidak ketara.

Antara punca-punca yg menyebabkan lingkaran hitam bawah mata:
- pigmentasi berlebihan
- terdedah kepada sinar UV tanpa perlindungan
- salur darah bawah mata mengembang
- alergi
- penuaan
- penggunaan pil perancang
- genetik
- kurang tidur

Rupanya, lingkaran gelap bawah mata juga perlu dirawat dari dalam. Jangan tak percaya, supplemen boleh membantu kurangkan lingkaran hitam bawah mata. Livestrong menyenaraikan beberapa supplemen di bawah untuk menghilang lingkaran hitam bawah mata itu.

Iron
Kekurangan iron atau zat besi boleh mengakibatkan kulit kelihatan lebih pucat, maka lingkaran hitam nampak lebih ketara. Wanita memerlukan 18mg iron dan lelaki memerlukan 8mg iron setiap hari

Fakta: Supplemen Shaklee Vitalea Iron mengandungi 9mg iron

Vitamin B9 atau Asid Folik
Asid folik amat penting untuk kulit dan mata. Seorang dewasa memerlukan 400mcg vitamin B9 sehari. Dan B9 perlu diambil bersama vitamin B yg lain seperti B6 dan B12 kerana vitamin B bertindak secara berkumpulan.

Fakta: Supplemen Shaklee Bcomplex mengandungi vitamin B9, B6 dan B12

Vitamin C
Salur darah yg lemah dan mengembang serta kehilangan kolagen boleh menyebabkan lingkaran hitam ini terjadi. Pengambilan vitamin C dapat menguatkan salur darah serta menyokong kesihatan kolagen. Wanita memerlukan 75mg vitamin C sehari.

Fakta: Supplemen Shaklee Vita C SR mengandungi 500mg vitamin C dan bioflavonoid

Ekstrak Biji Anggur (Grape Seed Extract)
Ekstrak biji anggur mengandungi antioksidan yg dapat menyokong kesihatan salur darah dan seterusnya memudarkan lingkaran hitam bawah mata. Kesan grape seed ekstrak ini sangat berkesan dan juga boleh melindungi kolagen

Fakta: Supplemen Shaklee Vita E mengandungi Grape Seed Extract

No wonder lingkaran hitam bawah mata saya sekarang dah makin pudar! Walaupun tak hilang sepenuhnya, tapi memang ada noticeable improvement. Sekurang-kurangnya sekarang saya tidak lagi bergantung kepada krim mata sahaja. Nak tahu apa yg saya amalkan? Hampir kesemua supplemen yg disarankan di atas dengan jadual makan yg tertentu (takkan nak makan semua sekaligus kan?) dan beberapa lagi supplemen Shaklee yang lain.
- Shaklee Vita C SR
- Shaklee Vita E + Selenium with Grape Seed Extract
- Shaklee BComplex

Sebenarnya kombinasi Vitamin C, Vitamin E dan Bcomplex ialah kombinasi vitamin untuk kulit yg cantik lagi berseri-seri tanpa jerawat atau lebih dikenali sebagai SET D Shaklee. Bukan itu sahaja, Set D ini juga boleh menguatkan sistem imun badan, memelihara kesihatan sel tubuh, meredakan stress, membantu menghasilkan tenaga, meningkatkan kesuburan dan banyak lagi. Banyakkan FAEDAH Set D ni?

set d shaklee
Harga Retail Set D - RM295.25

Mahal ke harga Set D ni? Mahal kerana Set D ini untuk kegunaan selama 4 bulan!
Sebenarnya sebulan anda hanya berbelanja kurang dari RM50 sahaja.
✔SMS/WHATSAPP "SET D" ke 0194587610 untuk pesanan
ATAU

✔PM "SET D" ke www.facebook.com/messages/beautecology untuk pesanan


**Konsultasi PERCUMA
**Kredit kad diterima melalui Shaklee eSell
**sms/whatsapp untuk tahu bagaimana nak dapatkan harga ahli
**Sampel PERCUMA untuk 10 pembeli pertama sahaja! Jangan terlepas tawaran menarik ini.
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 21 July 2014

Bismillah...

Detox ialah proses untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan. Toksin jika dibiarkan terkumpul dalam badan amat merbahaya. Antara tempat-tempat yg menjadi tempat pengumpulan toksin ialah usus besar, hati dan sel lemak. Detox amat penting terutamanya jika anda ingin berdiet dan menurunkan berat badan.

Detox Mengawal Rasa Lapar
Detox boleh menyingkirkan toksin dan membersihkan usus besar/kolon. Usus besar yg bersih memaksimumkan penyerapan nutrien dan membuatkan kita cepat kenyang. Bagaimana? Kebanyakan nutrien diserap melalui usus besar. Jika usus besar kotor, penyerapan nutrien akan berkurang. Kekurangan nutrien akan menyebabkan tubuh kita menghantar isyarat yg ia memerlukan tamabahan nutrien atau lebih dikenali sebagai "lapar". Inilah antara puncanya jika anda kerap berasa lapar dan sukar kenyang.

Detox Cepatkan Penurunan Berat Badan 
Anda dah berdiet, kurang ambil nasi dan bersenam tapi berat masih tak turun-turun? Ini mungkin disebabkan oleh toksin yg terkumpul dalam badan anda. Badan kita menggunakan sel lemak untuk menyimpan toksin berlebihan. Apabila lemak berjaya dipecahkan, toksin dalam lemak tadi akan terbebas dan melemahkan metabolisme pula. Gabriel (Gabriel Method) berkata, beliau berjaya mengurangkan 40 pounds terakhir berat badannya yg berlebihan dengan proses detox (artikel).

Detox Mengembalikan Fungsi Tubuh yg Normal
Toksin boleh mengganggu paras hormon, menghalang reseptor tiroid, memberatkan fungsi hati, merosakkan mitochondria dan fungsi mitochondria untuk membakar kalori selepas kehilangan berat badan. Kesemua fungsi tubuh ini berkait rapat dengan aspek metabolisme. Detox dapat mengembalikan semula fungsi organ metabolik utama iaitu hati dan tiroid kepada normal. Dan juga memelihara mitochondria iaitu tempat menghasilkan tenaga untuk sel daripada kerosakan.

Metod Detox
Dr Mark Hyman mencadangkan 4 proses detox iaitu melalui buang air kecil, buang air besar, peluh dan pernafasan. Antara metod detox yg boleh diamalkan ialah bagi menyokong proses detox ialah:

1. Pengambilan supplemen detoks seperti Supplemen Detox Shaklee (Cara ni paling senang!)
  • Shaklee Alfalfa – detoks seluruh asid berlebihan
  • Shaklee Herblax – membersihkan usus besar
  • Shaklee DTX – membersihkan toksin yg berkumpul di hati

✔SMS/WHATSAPP "DETOX" ke 0194587610 untuk pesanan


ATAU

✔PM "DETOX" ke www.facebook.com/messages/beautecology untuk pesanan



**Kredit kad diterima melalui Shaklee eSell
**Resepi detox juice PERCUMA untuk 10 pembeli pertama sahaja
**Harga Alfalfa(RM53.75)  Herblax(RM52.50)  DTX(RM155.50)
**sms/whatsapp untuk tahu bagaimana nak dapatkan harga ahli



shaklee detoks


2. Detox Juice/smoothie 
  • Menggabungkan beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan jus atau smoothie. Jus atau smoothie dikatakan lebih efisien kerana kita mendapat nutrien daripada beberapa jenis buah dalam kuantiti yg banyak serta dapat diserap sekaligus. Nutrien dlm bentuk cecair lebih mudah diserap oleh badan
  • Tumbuhan detox : lemon, halia, kunyit, serai, celery, timun, carrot, avocado, asparagus, epal hijau, green tea, bawang putih, beri dan banyak lagi
detoks juice
**Saya juga pengamal detox juice, setiap pagi sebelum sarapan
3. Detox Water
  • Menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dalam air kosong (infused water)
  • Antara buah-buahan yg biasa digunakan ialah strawberry, blueberry, lemon, kiwi dan banyak lagi.

Ketiga-tiga metod detox ini boleh membantu melancarkan sistem penghadaman dan perkumuhan. Buang air besar dan kecil dengan lebih lancar dan juga menggalakkan perpeluhan. Pilih metod mana yg sesuai dan yg boleh anda amalkan untuk jangka masa panjang.

Hubungi saya, SHIKIN untuk konsultasi
sms/whatsapp: 0194587610
pm: www.facebook.com/messages/beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 8 July 2014

Bismillah...

Ya, bukan barah payudara atau kanser servik tetapi PENYAKIT JANTUNG ialah pembunuh nombor satu wanita di dunia.

Dulu-dulu, penyakit jantung sangat sinonim dikalangan warga emas. Tetapi penyakit jantung sekarang tak mengenal usia. Banyak kes yg berkaitan penyakit jantung seperti serangan jantung, darah tinggi melibatkan golongan muda di bawah usia 40-an. Kenapa ini berlaku?

Antara punca yg menjadi punca sakit jantung ialah faktor gaya hidup seperti :
- pemakanan tidak sihat
- merokok
- minum arak
- tidak bersenam
- kurang tidur yg berkualiti
- berat badan berlebihan
- tekanan di tempat kerja

http://theconversation.com/stress-and-unhealthy-lifestyle-linked-to-heart-disease-14377

Langkah pencegahan awal yg paling mudah ialah dengan MENGUBAH cara hidup dari aspek pemakanan. Makan di luar pada hari ini seakannya seperti telah menjadi budaya hidup sebab ia mudah dan senang didapati. Anda tiada kawalan terhadap jumlah garam, gula, perisa dan perasa tiruan yg digunakan. Anda juga tiada kawalan terhadap jumlah makanan yg diproses yg digunakan. Bukan itu sahaja, anda juga tiada kawalan ke atas mutu bahan mentah yg digunakan.


8 Diet yg sihat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

1. Kawal bahagian (portion) pengambilan makanan
- jangan ambil lebih daripada yg diperlukan
- ambil tahu jumlah kalori supaya tidak lebih dari 1800 kalori sehari

2. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- bahan dalam sesetengah sayuran dan buahan dapat menghalang penyakit kardiovaskular
- ambil buah-buahan bagi emenggantikan snek/makanan ringan jika masih tidak kenyang

3. Pilih bijirin penuh (Whole Grain)
- kaya dgn fiber dan nutrien yg memainkan peranan penting dalam kestabilan tekanan darah dan kesihatan jantung
- gantikan beras biasa kepada beras perang, roti putih kepada wholemeal,
- kurangkan makanan berasaskan tepung gandum

4. Kawal paras kolesterol dan pengambilan lemak tidak sihat
- pengambilan lemak tepu(saturated) dan trans(trans fat) adalah lebih baik dari jenis lemak lain

5. Pilih protein rendah lemak
- ikan ialah pilihan protein yg terbaik selain dari kekacang dan bijian

6. Kurangkan pengambilan garam
- hanya satu sudu kecil garam sehari utk dewasa yg sihat

7. Rancang pemakanan anda lebih awal
- sediakan menu harian

8. "Special Treat " sekali sekala
- jika teringin, seminggu sekali adakan "cheat day" untuk menikmati makanan seperti kek, kentang goreng dan lain-lain

Pengambilan suplemen Shaklee juga dapat MEMBANTU mencegah dan mengatasi masalah berkaitan penyakit jantung.

  • VIVIX - mengandungi resveratrol mengatasi segala masalah berkaitan penyakit jantung termasuk kolesterol, darah tinggi, strok dan lain-lain
  • OMEGA GUARD - mengandungi Omega-3 yg dapat merendahkan kadar lemak dalam darah atau trigliserid
  • PHYTOCOL ST - menurunkan paras kolesterol
  • GARLIC - membantu mengekalkan tekanan darah dan kolesterol yg normal 
  • CoQ10 - membantu menurunkan tekanan darah


Bertindak SEGERA kawal dan jaga kesihatan jantung anda.

shaklee jantung

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut"
whatsapp/sms: 0194587610
pm : facebook.com/messages/beautecology



 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template