facebook instagram

Friday, 27 February 2015

Bismillah...

Bulan lepas, saya telah dikejutkan dengan berita seorang rakan sebaya (berusia 35 tahun) telah diserang strok. Ketika entri ini ditulis, beliau telah pun menghembuskan nafasnya setelah koma selama 2 minggu. Meninggalkan suami dan seorang anak berusia 9 tahun

Kejadian ini membuka mata saya, strok bukan ekslusif kepada golongan yg berumur sahaja. Apa yg terjadi pada rakan saya telah membuktikan bahawa strok juga menyerang golongan muda di bawah 40-an. Tapi, bagaimana ia boleh berlaku? Saya jarang menulis entri yg tentang penyakit serius/kritikal sebab jujurnya saya mengaku, memang saya tak ambil kisah langsung pasal strok sebelum ini. Jika anda juga macam saya yang tak pernah ambil tahu tentang strok sebelum ini, luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini. Kenali simptom-simptom strok agar langkah pencegahan ataupun rawatan awal dapat dilaksanakan.

Apa itu STROK?
Strok atau serangan angin ahmar berlaku apabila saluran darah yg membawa bekalan oksigen dan nutrien ke otak, terganggu akibat dari gumpalan dalam saluran darah(blockage) atau saluran darah pecah/koyak. Apabila otak tidak menerima bekalan oksigen yg secukupnya, sel otak akan berhenti berfungsi. Seterusnya, menyebabkan pesakit berada dalam keadaan koma.

Contoh arteri yg 95% tersumbat/terhalang (artery blockage)


TIADA Tanda-tanda Awal
Hasil daripada pembacaan saya, TIADA tanda-tanda awal strok yg jelas. F.A.S.T ialah cara mengesan strok tetapi apabila serangan strok hampir berlaku. Tetapi, dengan mengenal pasti punca-punca berlakunya strok dapat membantu mengurangkan risiko untuk serangan strok berlaku.


Punca-punca Strok
- Umur/lanjut usia
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Kolesterol tinggi
- Merokok
- Genetik

Saya tidak pernah nak ambil tahu tentang punca-punca strok seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi sebab alasannya - Saya Masih Muda. Kejadian yg berlaku kepada rakan saya ini, menyedarkan saya bahawa strok tidak mengenal usia.

Jadi, apakah yg boleh kita lakukan bagi mencegah punca-punca strok?
- Bersenam
- Berhenti merokok/minuman beralkohol
- Amalkan gaya hidup sihat
- Jaga pemakanan
- Buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara berkala


Supplemen Shaklee yg berikut amat baik untuk memelihara kesihatan jantung:
- VIVIX
- OMEGA GUARD
- PHYTOCOL ST
- COQ HEALTH

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma
sms/whatsapp : 019-4587610
facebook : beautecology






 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template