facebook instagram

Tuesday, 22 July 2014

Bismillah...

Dari mata turun ke hati. Tapi kalau mata dah macam mata panda, muka yg halus mulus pun hilang serinya. Saya juga pernah mengalami masalah yg sama, lingkaran hitam bawah mata sejak dari zaman persekolahan lagi. Dah bermacam-macam krim mata saya cuba, dari murah ke mahal tapi kesannya biasa-biasa aje,tidak ketara.

Antara punca-punca yg menyebabkan lingkaran hitam bawah mata:
- pigmentasi berlebihan
- terdedah kepada sinar UV tanpa perlindungan
- salur darah bawah mata mengembang
- alergi
- penuaan
- penggunaan pil perancang
- genetik
- kurang tidur

Rupanya, lingkaran gelap bawah mata juga perlu dirawat dari dalam. Jangan tak percaya, supplemen boleh membantu kurangkan lingkaran hitam bawah mata. Livestrong menyenaraikan beberapa supplemen di bawah untuk menghilang lingkaran hitam bawah mata itu.

Iron
Kekurangan iron atau zat besi boleh mengakibatkan kulit kelihatan lebih pucat, maka lingkaran hitam nampak lebih ketara. Wanita memerlukan 18mg iron dan lelaki memerlukan 8mg iron setiap hari

Fakta: Supplemen Shaklee Vitalea Iron mengandungi 9mg iron

Vitamin B9 atau Asid Folik
Asid folik amat penting untuk kulit dan mata. Seorang dewasa memerlukan 400mcg vitamin B9 sehari. Dan B9 perlu diambil bersama vitamin B yg lain seperti B6 dan B12 kerana vitamin B bertindak secara berkumpulan.

Fakta: Supplemen Shaklee Bcomplex mengandungi vitamin B9, B6 dan B12

Vitamin C
Salur darah yg lemah dan mengembang serta kehilangan kolagen boleh menyebabkan lingkaran hitam ini terjadi. Pengambilan vitamin C dapat menguatkan salur darah serta menyokong kesihatan kolagen. Wanita memerlukan 75mg vitamin C sehari.

Fakta: Supplemen Shaklee Vita C SR mengandungi 500mg vitamin C dan bioflavonoid

Ekstrak Biji Anggur (Grape Seed Extract)
Ekstrak biji anggur mengandungi antioksidan yg dapat menyokong kesihatan salur darah dan seterusnya memudarkan lingkaran hitam bawah mata. Kesan grape seed ekstrak ini sangat berkesan dan juga boleh melindungi kolagen

Fakta: Supplemen Shaklee Vita E mengandungi Grape Seed Extract

No wonder lingkaran hitam bawah mata saya sekarang dah makin pudar! Walaupun tak hilang sepenuhnya, tapi memang ada noticeable improvement. Sekurang-kurangnya sekarang saya tidak lagi bergantung kepada krim mata sahaja. Nak tahu apa yg saya amalkan? Hampir kesemua supplemen yg disarankan di atas dengan jadual makan yg tertentu (takkan nak makan semua sekaligus kan?) dan beberapa lagi supplemen Shaklee yang lain.
- Shaklee Vita C SR
- Shaklee Vita E + Selenium with Grape Seed Extract
- Shaklee BComplex

Sebenarnya kombinasi Vitamin C, Vitamin E dan Bcomplex ialah kombinasi vitamin untuk kulit yg cantik lagi berseri-seri tanpa jerawat atau lebih dikenali sebagai SET D Shaklee. Bukan itu sahaja, Set D ini juga boleh menguatkan sistem imun badan, memelihara kesihatan sel tubuh, meredakan stress, membantu menghasilkan tenaga, meningkatkan kesuburan dan banyak lagi. Banyakkan FAEDAH Set D ni?

set d shaklee
Harga Retail Set D - RM295.25

Mahal ke harga Set D ni? Mahal kerana Set D ini untuk kegunaan selama 4 bulan!
Sebenarnya sebulan anda hanya berbelanja kurang dari RM50 sahaja.
✔SMS/WHATSAPP "SET D" ke 0194587610 untuk pesanan
ATAU

✔PM "SET D" ke www.facebook.com/messages/beautecology untuk pesanan


**Konsultasi PERCUMA
**Kredit kad diterima melalui Shaklee eSell
**sms/whatsapp untuk tahu bagaimana nak dapatkan harga ahli
**Sampel PERCUMA untuk 10 pembeli pertama sahaja! Jangan terlepas tawaran menarik ini.
 photo arrow.pngCONTINUE READING

Monday, 21 July 2014

Bismillah...

Detox ialah proses untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan. Toksin jika dibiarkan terkumpul dalam badan amat merbahaya. Antara tempat-tempat yg menjadi tempat pengumpulan toksin ialah usus besar, hati dan sel lemak. Detox amat penting terutamanya jika anda ingin berdiet dan menurunkan berat badan.

Detox Mengawal Rasa Lapar
Detox boleh menyingkirkan toksin dan membersihkan usus besar/kolon. Usus besar yg bersih memaksimumkan penyerapan nutrien dan membuatkan kita cepat kenyang. Bagaimana? Kebanyakan nutrien diserap melalui usus besar. Jika usus besar kotor, penyerapan nutrien akan berkurang. Kekurangan nutrien akan menyebabkan tubuh kita menghantar isyarat yg ia memerlukan tamabahan nutrien atau lebih dikenali sebagai "lapar". Inilah antara puncanya jika anda kerap berasa lapar dan sukar kenyang.

Detox Cepatkan Penurunan Berat Badan 
Anda dah berdiet, kurang ambil nasi dan bersenam tapi berat masih tak turun-turun? Ini mungkin disebabkan oleh toksin yg terkumpul dalam badan anda. Badan kita menggunakan sel lemak untuk menyimpan toksin berlebihan. Apabila lemak berjaya dipecahkan, toksin dalam lemak tadi akan terbebas dan melemahkan metabolisme pula. Gabriel (Gabriel Method) berkata, beliau berjaya mengurangkan 40 pounds terakhir berat badannya yg berlebihan dengan proses detox (artikel).

Detox Mengembalikan Fungsi Tubuh yg Normal
Toksin boleh mengganggu paras hormon, menghalang reseptor tiroid, memberatkan fungsi hati, merosakkan mitochondria dan fungsi mitochondria untuk membakar kalori selepas kehilangan berat badan. Kesemua fungsi tubuh ini berkait rapat dengan aspek metabolisme. Detox dapat mengembalikan semula fungsi organ metabolik utama iaitu hati dan tiroid kepada normal. Dan juga memelihara mitochondria iaitu tempat menghasilkan tenaga untuk sel daripada kerosakan.

Metod Detox
Dr Mark Hyman mencadangkan 4 proses detox iaitu melalui buang air kecil, buang air besar, peluh dan pernafasan. Antara metod detox yg boleh diamalkan ialah bagi menyokong proses detox ialah:

1. Pengambilan supplemen detoks seperti Supplemen Detox Shaklee (Cara ni paling senang!)
  • Shaklee Alfalfa – detoks seluruh asid berlebihan
  • Shaklee Herblax – membersihkan usus besar
  • Shaklee DTX – membersihkan toksin yg berkumpul di hati

✔SMS/WHATSAPP "DETOX" ke 0194587610 untuk pesanan


ATAU

✔PM "DETOX" ke www.facebook.com/messages/beautecology untuk pesanan



**Kredit kad diterima melalui Shaklee eSell
**Resepi detox juice PERCUMA untuk 10 pembeli pertama sahaja
**Harga Alfalfa(RM53.75)  Herblax(RM52.50)  DTX(RM155.50)
**sms/whatsapp untuk tahu bagaimana nak dapatkan harga ahli



shaklee detoks


2. Detox Juice/smoothie 
  • Menggabungkan beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan jus atau smoothie. Jus atau smoothie dikatakan lebih efisien kerana kita mendapat nutrien daripada beberapa jenis buah dalam kuantiti yg banyak serta dapat diserap sekaligus. Nutrien dlm bentuk cecair lebih mudah diserap oleh badan
  • Tumbuhan detox : lemon, halia, kunyit, serai, celery, timun, carrot, avocado, asparagus, epal hijau, green tea, bawang putih, beri dan banyak lagi
detoks juice
**Saya juga pengamal detox juice, setiap pagi sebelum sarapan
3. Detox Water
  • Menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dalam air kosong (infused water)
  • Antara buah-buahan yg biasa digunakan ialah strawberry, blueberry, lemon, kiwi dan banyak lagi.

Ketiga-tiga metod detox ini boleh membantu melancarkan sistem penghadaman dan perkumuhan. Buang air besar dan kecil dengan lebih lancar dan juga menggalakkan perpeluhan. Pilih metod mana yg sesuai dan yg boleh anda amalkan untuk jangka masa panjang.

Hubungi saya, SHIKIN untuk konsultasi
sms/whatsapp: 0194587610
pm: www.facebook.com/messages/beautecology

 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 8 July 2014

Bismillah...

Ya, bukan barah payudara atau kanser servik tetapi PENYAKIT JANTUNG ialah pembunuh nombor satu wanita di dunia.

Dulu-dulu, penyakit jantung sangat sinonim dikalangan warga emas. Tetapi penyakit jantung sekarang tak mengenal usia. Banyak kes yg berkaitan penyakit jantung seperti serangan jantung, darah tinggi melibatkan golongan muda di bawah usia 40-an. Kenapa ini berlaku?

Antara punca yg menjadi punca sakit jantung ialah faktor gaya hidup seperti :
- pemakanan tidak sihat
- merokok
- minum arak
- tidak bersenam
- kurang tidur yg berkualiti
- berat badan berlebihan
- tekanan di tempat kerja

http://theconversation.com/stress-and-unhealthy-lifestyle-linked-to-heart-disease-14377

Langkah pencegahan awal yg paling mudah ialah dengan MENGUBAH cara hidup dari aspek pemakanan. Makan di luar pada hari ini seakannya seperti telah menjadi budaya hidup sebab ia mudah dan senang didapati. Anda tiada kawalan terhadap jumlah garam, gula, perisa dan perasa tiruan yg digunakan. Anda juga tiada kawalan terhadap jumlah makanan yg diproses yg digunakan. Bukan itu sahaja, anda juga tiada kawalan ke atas mutu bahan mentah yg digunakan.


8 Diet yg sihat dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

1. Kawal bahagian (portion) pengambilan makanan
- jangan ambil lebih daripada yg diperlukan
- ambil tahu jumlah kalori supaya tidak lebih dari 1800 kalori sehari

2. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- bahan dalam sesetengah sayuran dan buahan dapat menghalang penyakit kardiovaskular
- ambil buah-buahan bagi emenggantikan snek/makanan ringan jika masih tidak kenyang

3. Pilih bijirin penuh (Whole Grain)
- kaya dgn fiber dan nutrien yg memainkan peranan penting dalam kestabilan tekanan darah dan kesihatan jantung
- gantikan beras biasa kepada beras perang, roti putih kepada wholemeal,
- kurangkan makanan berasaskan tepung gandum

4. Kawal paras kolesterol dan pengambilan lemak tidak sihat
- pengambilan lemak tepu(saturated) dan trans(trans fat) adalah lebih baik dari jenis lemak lain

5. Pilih protein rendah lemak
- ikan ialah pilihan protein yg terbaik selain dari kekacang dan bijian

6. Kurangkan pengambilan garam
- hanya satu sudu kecil garam sehari utk dewasa yg sihat

7. Rancang pemakanan anda lebih awal
- sediakan menu harian

8. "Special Treat " sekali sekala
- jika teringin, seminggu sekali adakan "cheat day" untuk menikmati makanan seperti kek, kentang goreng dan lain-lain

Pengambilan suplemen Shaklee juga dapat MEMBANTU mencegah dan mengatasi masalah berkaitan penyakit jantung.

  • VIVIX - mengandungi resveratrol mengatasi segala masalah berkaitan penyakit jantung termasuk kolesterol, darah tinggi, strok dan lain-lain
  • OMEGA GUARD - mengandungi Omega-3 yg dapat merendahkan kadar lemak dalam darah atau trigliserid
  • PHYTOCOL ST - menurunkan paras kolesterol
  • GARLIC - membantu mengekalkan tekanan darah dan kolesterol yg normal 
  • CoQ10 - membantu menurunkan tekanan darah


Bertindak SEGERA kawal dan jaga kesihatan jantung anda.

shaklee jantung

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut"
whatsapp/sms: 0194587610
pm : facebook.com/messages/beautecology



 photo arrow.pngCONTINUE READING

Tuesday, 1 July 2014

Bismillah...
Cerita ini pada asalnya dikongsikan oleh Dato’ Roslan Ab Hamid di facebook. Cerita ini mendapat perhatian ramai dan memberi inspirasi kepada kita tentang bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Hayati dan hadamkan.
**********
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang. 
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
 photo arrow.pngCONTINUE READING
blogger template