facebook instagram

Sunday, 4 May 2014

Jana Pendapatan Dengan Bisnes Shaklee

Bismillah...

Rasa terpanggil pulak nak menulis mengenai bisnes Shaklee dalam entri kali ini, dan bagaimana bisnes Shaklee telah membantu saya untuk jana pendapatan setelah setahun lebih menyertai Shaklee.

Saya mula mengenali Shaklee pada akhir tahun 2012, masa tu hanya beli set D Shaklee atau set kulit cantik daripada seorang kawan. Setelah dua bulan mengamalkannya dan merasai perbezaannya, saya pun daftar jadi ahli di bawah group Shakleepreneur. Setelah dikira, jadi ahli memang BANYAK penjimatannya untuk penggunaan jangka masa panjang, . Hampir 20%!!. Jadi selepas 2 bulan jadi ahli, saya berminat pula nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee. Mana taknya, kawan-kawan yg WAHM atau surirumah, boleh jana pendapatan lebih BANYAK daripada saya yg bekerja ni. Mau tak jeles -_-

Pada masa tu, memang saya ada rancangan nak setup bisnes butik dengan kawan-kawan. Siap dah pegi jumpa owner jenama pakaian muslimah di KL, cari pihak yg boleh beri pinjaman, modal permulaan, survey lokasi butik yg sesuai dan macam-macam lagi. TAPI akhirnya, kami tak jadi buka butik sebab MODAL PERMULAAN TAK CUKUP!

Modal Permulaan minimum sebelum boleh apply pinjaman/geran

Orang perempuan biasalah, kalau nak berniaga pasti pilih nak buka butik jual tudung, jubah dan sebagainya. Pernah juga join dropship baju kurung tapi tak berjaya. So, saya kaji semula pelan bisnes Shaklee dan potensinya untuk berkembang. Akhirnya, saya pilih untuk mula bisnes Shaklee. Ya, Shaklee ialah MLM tapi kenapa saya pilih Shaklee dan bukan MLM yg lain? Ini adalah antara kelebihan bisnes Shaklee yg telah membuatkan saya akhirnya memilih utk melakukannya secara serius. 

jana pendapatan


 Bagi saya, point no 8 tu sangat-sangatlah besar maknanya bagi saya. Dan sekarang memang saya dah rasa manisnya bila pelanggan beritahu:
"Kak, saya dah pregnant 2 minggu. Terima kasih banyak2 sebab bantu saya.. "
"Anak saya bertambah sihat skrg, dah jarang jumpa doktor. Terima kasih sebab kongsi ilmu..."
Kadang-kadang tu, rasa nak menitik air mata sambil melompat-lompat kegembiraan. Alhamdulillah, semuanya berlaku dengan keizinan Allah. Dan peranan kita ialah berusaha selagi termampu.

Berapa pendapatan saya sekarang? Alhamdulillah...sudah pun mencapai 3 angka. Dan saya masih lagi bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat IT dan sehari saya hanya boleh luangkan 2 jam sehari utk bisnes Shaklee. Bayangkan, hanya 2 jam sehari saya dah boleh dapat beratus-ratus sebulan. Kalau 8 jam sehari, macam mana? Do your maths ;)

p/s: saya ada seorang ahli kumpulan yg umurnya sudah menjangkau 40an, dan menjana pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan dgn Shaklee. Motif? Sesiapa pun boleh berjaya dengan bisnes Shaklee

Berminat untuk tahu bisnes Shaklee dengan lebih lanjut? Hubungi saya di:
SMS/Whatsapp: 0194587610
PM : facebook.com/messages/beautecology atau facebook.com/messages/vitaminkesuburan

No comments:

Post a Comment

blogger template