Baca tajuk entri ni bunyi ye macam nak cerita pengalaman cinta pandang pertama je kan? Tapi sebenarnya nak cerita pasal eye cream. Hakikatnya, mata ialah benda pertama yg biasanya org tengok kat muka kat kita ni. Kalau mata puffy, berkedut dan tak firm, saya rasa kulit muka yg cantik pun org tak perasan.
Saya dah guna macam2 jenis eye cream sejak 10 tahun yg lalu. Bio Essence, Body Shop, Himalaya, Clinelle dan macam2 lagi. Tak ada perubahan yg ketara, dark circle masih ada, ketara tapi kedutan agak terkawal. Cuma semenjak 3 tahun yg lalu, saya start berubah kepada natural/organic skincare sebab saya mula sedar saya ada masalah kulit sensitif.
Actually, lepas saya start ambil Shaklee ESP, BComplex dan Alfalfa, ramai yg tegur dark circle bawah mata saya dah berkurang. Wahhh..happy tak terkata. Masa tu baru saya sedar, nak perbaiki masalah kulit bukan saja dari luar tapi dari dalam juga. Tapi, rawatan dalaman kenalah seiring dengan luaran.
Testimoni Shaklee Enfuselle Eye Treatment
Maka, saya pun mula guna Shaklee Enfuselle Eye Treatment. Dah lebih 4 bulan saya guna eye cream Shaklee ni. Ya, yg tiub putih sebelah kiri tu (gambar di bawah). Hasilnya, mmg saya berpuas hati. Kedut bawah mata mmg dah kurang banyak, tak kering, lembap je. Ada eye cream yg saya guna sebelum ni, tak mampu nak lembapkan kulit bwh mata saya. Dark circle taklah hilang 100% tapi agak terkawal. Eye cream ni agak rich, jadi kalau anda jenis yg kulit bwh mata suka berpeluh dan berminyak, mungkin kurang sesuai. Untuk saya, mmg takda masalah nak guna pada waktu siang. Lepas tu tepek compact powder je, tak perlu guna concealer dah sekarang. Yeayyy!!
Saya boleh katakan, kesannya sepadan dgn harganya yg tak berapa mahal kalau nak dibandingkan dengan eye cream yg jual kat Guardian dan Watson nun. Harga Shaklee Enfuselle Eye Treatment ni hanya RM52.50, murah kan??
Fakta tentang Enfusella Eye Treatment
Terbukti secara klinikal:
- 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
- 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
- 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
- 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
- Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Testimoni Kiehl's Midnight Recovery Eye
Saya sebenarnya ikut kawan saya ke Kiehl's. Kerana SA tu sangatlah bermurah hati, saya yg tak beli apa2 pun dia bagi sample packs jugak. Banyak pulak tu. Dan saya ni siap demand lagi nk samplae Midnight Recovery Eye. Ya, bile diberi kesempatan...kita kenalah ambilkan??
Saya dah guna Midnight Recovery Eye ni lebih kurang seminggu. Saya guna sehari sekali saja, sebelum tidur. Hasilnya mmg tidak mengecewakan. Dark circle mmg berkurang dalam 20-30% dan kulit bawah mata mmg well moisturized serta firm. Kalau esok pagi tak pakai eye cream. mmg takda masalah. Walupun eye serum ni diperbuat dari pelbagai jenis essential oils spt jojoba, sunflower, evening primrose dan aprikot tapi dapat diserap baik oleh kulit. So, sekarang saya guna Enfuselle Eye Treatment waktu siang dan Midnight Recovery Eye waktu malam sebelum tidur.
Penjagaan Kulit Bawah Mata
- Jangan guna mosturizer muka utk bahagian mata, nanti boleh tumbuh "oil seeds"
- Guna eye cream yg sesuai dgn jenis kulit cth gel-based utk kulit berminyak, cream-based utk kulit kering
- Jangan sapu eye cream tapi kena "dab" supaya dapat diserap dgn baik
- Selepas "dab", barulah urut dalam circular motion - dari dalam ke bahagian luar dan atas mata
- Guna eye cream sebelum tidur utk merawat kulit bwh mata ketika tidur
- Guna eye cream diwaktu siang utk melindungi mata
Nak order Shaklee Enfuselle Eye Treatment?
sms/whatsapp : 0194587610
PM : facebook.com/messages/beautecology
boleh tahu tak awak beli kt mana ye cream tu?
ReplyDelete