Bismillah...
Pernah dengar Gabriel Method? Ia adalah cara untuk mengurangkan berat badan tanpa berdiet yang diasaskan oleh Jon Gabriel. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 200 pound dengan Gabriel Method.
Saya akan kongsi antara cara-cara yg dicadangkan oleh beliau.
STOP Dieting and START nourishing your body
Pastikan tubuh kita menerima nutrien yg secukupnya seperti asid lemak OMEGA-3, makanan segar dan protein tinggi. Pendek kata makanan yg berkualiti dan nutrien tinggi. Bukannya menyekat diri kita daripada makan dengan berdiet. Bila tubuh kita sudah biasa dengan makan yg berkualiti dan nutrien tinggi, kita tidak lagi teringin nak makan junk food atau fast food.
Saya sudah melalui fasa di atas, memang betul tau. Sejak mengamalkan supplemen Shaklee Omega Guard dan ubah cara pemakanan. Selera makan pun terkawal. Kalau dulu, rajin mengunyah junk food spt biskut, keropok dan teringin nak makan fast food. Sekarang ni, masih lagi ada tapi jarang-jarang sangat. Rupanya, ini sebabnya...
HEAL your DIGESTION
Punca tubuh kita sentiasa berasa lapar ialah isyarat yg ia
kekurangan nutrien. Sistem penghadaman yg tidak baik dan usus besar yg kotor
punca nutrien tak dapat menyerap nutrien dengan optimum. Sistem penghadaman yg
tidak baik juga boleh menyebabkan inflamasi. Inflamasi menyebabkan lemak
tersimpan dan tidak digunakan. Tingkatkan pengambilan fermented foods, enzim
penghadaman dan probiotik bagi memperbaiki sistem penghadaman.
Secara idealnya,
jika kita makan 3 kali sehari, maka 3 kali juga kita harus membuang air besar. Tapi,
tak ramai yg boleh lakukan ini. Saya juga sudah melalui fasa ini – sebelum dan
selepas sistem penghadaman yg baik. Sebab itu dulu kerja nak mengunyah aje. Saya
suka fermented foods seperti miso sup dan tempe. Sekali sekali saya ambil
Yakult. Saya juga cuba kenal pasti makanan yg menyebabkan sistem penghadaman
saya tidak lancar dan cuba jauhi makanan tu.
DETOX your BODY
Rupa-rupanya, tubuh
kita menggunakan LEMAK untuk menyimpan TOKSIN. Toksin yg terkumpul dalam lemak
boleh menyebabkan kita sukar atau lambat mengurangkan berat badan walaupun
telah berdiet dan bersenam dengan betul. Gabriel menyahtoksin badannya dengan
mengamalkan minuman beralkali seperti apple cider vinegar, jus lemon, jus
sayuran dan makanan seperti sayuran yg berwarna hijau, salad dan sprout
(taugeh, alfalfa dsb)
Saya memang
sangat menggalakkan mereka yg untuk menurunkan berat badan untuk detoks setiap
hari. Saya memang amalkan lemon+madu setiap pagi dan Shaklee Alfalfa setiap
lepas makan. Nak cari alfalfa sprout, susah jugak kan. Yang penting, apa jua
cara yg kita buat detoks, pastikan ia cara yg selamat dan semulajadi.
No comments:
Post a Comment